CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2929|Reply: 42

Penganggur Tampar Muka Ibu Kandung Berkali-Kali, Cederakan Anak Saudara, Nak Toreh Muka Adik Perempuan

[Copy link]
Post time 20-12-2022 03:08 PM | Show all posts |Read mode
MELAKA: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menampar muka ibu kandung berkali-kali, mencederakan anak saudara dan mengugut menoreh muka adik perempuannya.


Tertuduh, Mohmad Saufian Abu Noor, 41, yang juga seorang penganggur membuat pengakuan itu sebaik sahaja tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.


Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada ibu kandungnya berusia 69 tahun dengan cara menampar muka mangsa berkali-kali menggunakan tangan.




Foto: Utusan




Untuk pertuduhan kedua, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada anak saudaranya berumur 10 tahun dengan cara menampar pipi serta menarik rambut mangsa juga menggunakan tangan.


Perbuatan itu dilakukan antara pukul 10.30 pagi sehingga pukul 12 tengah hari di sebuah rumah di Kampung Tengah, Bukit Rambai dalam daerah Melaka Tengah pada 15 Disember 2022.


Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A akta sama, jika sabit kesalahan.


Tertuduh turut didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibu kandungnya dengan menakutkan untuk menoreh muka adik perempuan berusia 32 tahun pada waktu, tempat dan tarikh sama.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri tidak menawarkan sebarang jaminan atas faktor tertuduh mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan telah dijatuhi hukuman.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan baru dibebaskan dari penjara Mei lalu, atas kesalahan mencuri kenderaan mewah.


Mahkamah bersetuju dengan permohonan dikemukakan pendakwaan dan menetapkan 2 Februari 2023 untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2022 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah la biawak
Xguna btol
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 03:21 PM | Show all posts
bwk2 la betobat dikk
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 03:49 PM | Show all posts
org yg mengganggur mcm ini biasanya dalam hati dia ada yg kotor...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 03:51 PM | Show all posts
babi macam ni bukan setakat biawak, tapi memang jenis perangai sial, pemalas kerja, feeling superior, dan jenis bodoh... jenis macam ni memang selayaknya humban dalam kandang buaya je.. membazir masuk penjara kasi makan bagai.. si sial ni lagi seronok takyah kerja..penjara kita ni selesa.. meols emo sebab dalam family sendiri ada si sial macam ni...ugut mak, maki adik-adik, malas nak kerja, berlingkar depan TV main game judi, mengamuk macam sial...hujung2 jadi taik dadah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 04:07 PM | Show all posts
oo tampar muka mak kau ye.. mendapat la kau kena tampor dalam tu, tubi-tubi dia kasi kau..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2022 04:17 PM | Show all posts
"Mahkamah bersetuju dengan permohonan dikemukakan pendakwaan dan menetapkan 2 Februari 2023 untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes"

sebulan lebih lg tu
kena xblh dekat2 dgn mak, adik, ank sedara
court x rule out ni ke
bahaya dia ni

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Stress duit tak ada.
Orang keliling bebel kuat.

Dia pun tak solat (maybe).
Jadi amukan marah tu banyak.

Rasanya pasal duit.
Kata penganggur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2022 04:25 PM | Show all posts
kekecik tamo mampoihh

gaytohhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 04:27 PM | Show all posts
Lelaki klo dah ada "M" dalam diri xboleh buat apa. Offer keje pun dia buat tak tau. Yg dia tau nak keje senang bergaji besar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 05:05 PM | Show all posts
cari pasal nak check in penjara balik la kot..
dok dalam tu pun senang..
makan tanggung berak cangkung..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 07:38 PM | Show all posts
Simunggu replied at 20-12-2022 03:49 PM
org yg mengganggur mcm ini biasanya dalam hati dia ada yg kotor...

Aiol plak pnganggur yg sdg cri krja & sdg buat business sndri.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 07:39 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 20-12-2022 03:51 PM
babi macam ni bukan setakat biawak, tapi memang jenis perangai sial, pemalas kerja, feeling superior ...

Heol ni x de inisiatif mncri krja or buat business sndri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 07:41 PM | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 20-12-2022 04:22 PM
Stress duit tak ada.
Orang keliling bebel kuat.

Aiol pun pnganggur jugak, cri krja blum dpt2 lgi, so iol pun buat lh business sikit2 utk mndptkn pndapatan & x d nafikn mlut mnusia mmg bnyk yg jahat psl ni. Asek compare kn diri dgn anak2/cucu2 dorg yg dh brkrja & brgaji tinggi, mmpu bli kreta, mmpu khwin awl etc, iol sllu next kn je, mls nak brtelingkah, iol ye-kan je pstu angkat kaki & brlalu dri org jnis cmni yg x henti2 nak "hentam" kita dgn facts psl anak2/cucu2 dorg yg dh dpt krja gji bsar psl kita ni x "sehebat" anak branak dorg.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 20-12-2022 07:41 PM
Aiol pun pnganggur jugak, cri krja blum dpt2 lgi, so iol pun buat lh business sikit2 utk mndptkn p ...

ioll doakan chuoll murah rezeki dan dibuka jalan untuk lebih success.. pedulik kan aje apa org nak cakap, kita tak mintak duit dia pun sibuk nak mengata bkn nak bagi naik semangat ke apa.. chuoll buat je ikut gerak hati, just go with the flow ok
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 09:48 PM | Show all posts
fefeeling replied at 20-12-2022 07:47 PM
ioll doakan chuoll murah rezeki dan dibuka jalan untuk lebih success.. pedulik kan aje apa org nak ...

Tq uol ats doanya, Amin2 YRA. Ya btul zmn skrg lbih susah dri zmn makpak kita dlu2, zmn makpak kita dlu2 umur 15 thun dh dpt krja waima askar sklipun. Zmn ni lahai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2022 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 20-12-2022 07:41 PM
Aiol pun pnganggur jugak, cri krja blum dpt2 lgi, so iol pun buat lh business sikit2 utk mndptkn p ...

Hi dear.
Sabar ya. I paham tu. (Rasa sedih hati).
Masa solat banyak bacakan ayat kursi supaya dilindungi dari anasir jahat.

Last masa doa. Baca cam ni. Ya Allah ya tuhanku, aku bermohon dariMu, seandainya ada orang ingin berbuat jahat terhadap aku dan juga keluargaku, Kau balikkanlah kejahatan itu kepada mereka, kerana sesungguhnya kami ini tidak berdaya. Amin Ya Rabbal Alamin.

I wish you dapat kerja for this coming 2023. Amin!!!!.

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 07:07 AM | Show all posts
neraka lah ko
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 02:29 PM | Show all posts
gideoncross replied at 20-12-2022 07:38 PM
Aiol plak pnganggur yg sdg cri krja & sdg buat business sndri.

sedang buat business sendiri bukan penganggur
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 03:25 PM | Show all posts
tak mampus pulak org jenis mcm ni
panjang pulak umur tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.442359 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list