CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

[Kedah] Kaki auta 'pegawai polis' miliki 46 rekod lampau ditahan

[Copy link]
Post time 20-12-2022 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Kulim: Tiga individu termasuk seorang daripadanya yang layak digelar 'kaki auta' berjaya ditahan selepas dikesan menipu dengan menyamar sebagai pegawai polis.

Semua suspek masing-masing dua lelaki serta seorang wanita berusia 24 hingga 44 tahun ditahan semalam di Kajang, Selangor dan Brickfields, Kuala Lumpur.

Penahan mereka itu dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim susulan laporan dibuat seorang wanita pada 11 Disember lalu.


Wanita berkenaan dalam laporannya mendakwa dia menjadi mangsa penipuan selepas dihubungi seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai polis dan menawarkan bantuan untuk membebaskan suaminya yang ditahan dalam lokap kerana kes dadah.

Mangsa kemudian diminta membayar RM5,000 sebelum diberikan satu akaun bank dan wanita terbabit yang tidak mengesyaki penipuan itu mengikut arahan suspek.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, selepas memasukkan wang mangsa membuat semakan dengan pegawai penyiasat kes sebelum menyedari yang dia sebenarnya ditipu individu yang menyamar sebagai pegawai polis itu.

"Susulan daripada itu mangsa membuat laporan berhubung kes terbabit dan polis berjaya menahan tiga suspek berkenaan di dua lokasi berasingan di Selangor serta Kuala Lumpur.

"Semakan mendapati seorang daripada suspek yang juga mastermind dalam kegiatan jenayah itu mempunyai 46 rekod lampau bersabit kesalahan sama," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, semua suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Polis turut merampas tujuh telefon bimbit, tiga keping kad ATM Bank serta kertas catatan maklumat tahanan lokap beserta nombor telefon mangsa.

"Semua suspek akan dituduh di Mahkamah Kulim esok mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ekod-lampau-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.058400 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list