CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 405|Reply: 0

[Pulau Pinang] Karnival PTPTN Sempoi Baq Hang platform dekati masyarakat

[Copy link]
Post time 19-12-2022 06:39 PM | Show all posts |Read mode
Karnival PTPTN Sempoi Baq Hang platform dekati masyarakat

Disember 19, 2022 @ 6:27pm



Apli memotong riben sebagai simbolik pelancaran Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang, kelmarin. - FOTO Danial Saad



Bukit Mertajam: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Karnival PTPTN Sempoi Baq Hang bersempena sambutan Jubli Perak 25 tahun PTPTN, bertujuan mendekati masyarakat melalui pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik di Permatang Pauh, di sini, kelmarin.

Pengerusi PTPTN, Dr Apli Yusoff, berkata ia adalah satu daripada program promosi turun padang dalam memastikan identiti korporat PTPTN terus mendapat kepercayaan kukuh, agensi itu telah melaksanakan penjenamaan secara berperingkat sejak 2020.

Beliau berkata, inisiatif itu selari dengan Pelan Strategik 2021 hingga 2025 yang turut menumpukan usaha memperkasa organisasi ke arah lebih dinamik dan cemerlang melalui memperkasakan imej, budaya serta proses kerja melalui penjenamaan dan pendigitalan PTPTN.

"Pemilihan lokasi penganjuran karnival ini juga sangat bertepatan bagi menghebahkan kepada orang ramai mengenai pemindahan pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang (PPN) dari Seberang Jaya ke lokasi baharu yang lebih strategik di Elevate Gravitas, Permatang Pauh," katanya dalam ucapan pelancaran program itu.

Apli berkata, dalam usaha mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman, PTPTN kini fokus kepada misi membudayakan amalan penabungan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) yang diperkenalkan sejak 2004 dengan menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit.

Dalam hal ini PTPTN sudah membantu 3.77 juta pelajar dengan jumlah pinjaman yang dikeluarkan RM68.22 bilion sehingga 30 November lalu.

Jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima setakat 30 November lalu adalah RM13.38 bilion membabitkan 5.68 juta akaun.

Katanya, pencapaian prestasi itu membuktikan Simpan SSPN terus diyakini sebagai produk simpanan pilihan utama ibu bapa untuk perancangan kewangan pendidikan tinggi anak.


Nadarajan dan Siau Poh menang RM2,525 menerusi Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN, Cabutan Siri Silver 2 di Bukit Mertajam, kelmarin. - FOTO Danial Saad

Dapatkan maklumat
Pengunjung, Mohd Shah Farin Wahaiyan, 37, menyifatkan penganjuran Karnival PTPTN Sempoi Baq Hang bermanfaat untuk orang ramai mendapatkan pendedahan maklumat terkini berhubung perkhidmatan yang ditawarkan.

"Saya berpeluang menambah tabungan untuk empat anak yang berusia dua tahun hingga 10 tahun secara terus di kaunter dan tidak sangka pula dapat bawa balik hadiah cabutan bertuah berupa sebuah basikal lipat," katanya yang bekerja sendiri sebagai peniaga.

Sementara, pesara guru, Y Nadarajan, 60, tidak menyangka bakal memenangi hadiah wang tunai RM2,525 menerusi Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN selepas enam tahun beliau menabung dalam Simpan SSPN untuk dua anaknya yang berusia 24 dan 18 tahun.

Beliau berkata, anak sulungnya sudah menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dibiayai pinjaman PTPTN, manakala anak kedua, bakal melanjutkan pengajian ke Politeknik tidak lama lagi.

Seorang lagi pemenang, Lee Siau Poh, 48, berkata dia konsisten menyimpan dalam Simpan SSPN dengan harapan dua anaknya yang kini berumur 14 dan 9 tahun tidak perlu bergantung kepada pinjaman bagi membiayai pengajian mereka apabila tiba masanya kelak.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.071822 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list