CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

[Pulau Pinang] Masjid Habib bernilai RM25 juta dijangka siap 2024

[Copy link]
Post time 19-12-2022 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Masjid Habib bernilai RM25 juta dijangka siap 2024

oleh      SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI     19 Disember 2022      01:22pm






Meer Sadik (kiri) menerangkan konsep dan reka bentuk Masjid Habib kepada Ahmad Fuzi pada Isnin.




GEORGETOWN - Hasrat keluarga pemilik pengusaha barang emas dan permata terkemuka, Habib Jewels untuk membina sebuah masjid tercapai apabila ia dijangka siap pada tahun 2024 nanti.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Datuk Seri Meer Sadik berkata, masjid yang dianggarkan bernilai RM25 juta itu mempunyai keluasan 8,615 meter persegi dan terletak di Bandar Tanjong Pinang di sini.

Menurutnya, masjid yang diberi nama Masjid Habib itu juga dilengkapi dengan ruangan untuk pelbagai acara selain tempat beribadah yang selesa untuk para jemaah masjid.

"Masjid ini merupakan hasrat keluarga terutamanya arwah bapa saya, Datuk Habib Mohamed Abdul Latif yang ingin menubuhkan sebuah masjid di tempat asal kami iaitu di Pulau Pinang di bahagian pulau.

"Selain menyediakan tempat beribadah, hasrat ini juga adalah untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan sebuah pusat komuniti menyatukan masyarakat setempat," katanya kepada media selepas Majlis Pecah Tanah Masjid Habib di Tanjung Tokong di sini pada Isnin.

Majlis perasmian disempurnakan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman dan Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Seri Zarida Noordin.

Masjid Habib akan dibina di atas tanah serahan pemaju kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang berkeluasan 0.89 hektar.




Mengulas mengenai reka bentuk masjid tersebut, Meer Sadik berkata, pembinaan rekaan dan hiasan masjid berterapkan unsur-unsur seni komuniti kacukan, Jawi Peranakan di Pulau Pinang.

"Reka bentuk kubah diambil dari potongan intan yang unik sebagai penghormatan kepada budaya pemakaian barang kemas masyarakat Jawi Peranakan. Perancangan dan pemilihan konsep berunsurkan seni Jawi Peranakan akan memakan masa hampir dua tahun.

"Masjid ini mampu menampung lebih daripada 1,500 jemaah pada satu masa. Ia dilengkapi kemudahan lain untuk kegunaan awam seperti bilik kuliah, bilik mesyuarat serta dewan serbaguna untuk majlis perkahwinan dan acara tertentu bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat," katanya.

Meer Sadik berkata, masjid berkenaan juga akan dihiasi taman hijau selain menara masjid berkonsepkan tanglung.

"Ia akan memberikan pemandangan yang tenang, sekali gus menambahkan reka bentuk vernakulaf moden yang mampan kepada pengunjung.

"Terima kasih kepada MAINPP dan masyarakat setempat yang memainkan peranan penting dalam menjayakan pembangunan masjid ini. Kita mengalu-alukan orang ramai untuk berkunjung ke Masjid Habib untuk manfaat bersama selepas ia dibuka nanti," katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.771202 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list