CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Perlis] Kenangan 'biskut mayat'

[Copy link]
Post time 17-12-2022 12:24 PM | Show all posts |Read mode

PUTU mayung, peknga, sambal gesek dan biskut mayat adalah antara sarapan klasik yang dihidangkan di Sadiah Cafe.

Kangar: Kuih putu mayong atau putu mayam, peknga, sambal gesek dan biskut 'mayat' antara sarapan klasik di Sadiah Cafe yang mampu membangkitkan kenangan zaman kanak-kanak bagi kebanyakan pengunjungnya.

Kafe berkonsepkan alam semula jadi di Kampung Wang Ulu, Bintong di sini itu turut memikat pelanggan dengan suasana kampung berlatarbelakangkan Banjaran Nakawan dan kehijauan sawah.

Pengurus kafe, Norazliana Adzame, 41, berkata, idea membuka cafe itu tercetus selepas rindu dengan kenangan zaman kanak-kanaknya sekitar 70-an.

"Resipi sarapan tradisional seperti putu mayong dan peknga ini saya 'pelajari daripada arwah nenek (Sadiah Jusoh), menggunakan bahan mudah diperoleh seperti tepung, kelapa dan gula Melaka

"Ketika kecil, arwah nenek setiap hari menyediakan menu itu kepada cucunya untuk mengalas perut sebelum berbasikal ke sekolah," katanya.

Menurutnya, Sadiah Cafe yang dibuka sejak setahun lalu itu diusahakan bersama adiknya yang juga pemilik kafe, Nurul Azli, 40, dan anak saudara, Mohd Rizuan Mohd Yatim, 29.

Beliau yang mesra dengan panggilan Kak Intan berkata, setakat ini sambutan diterima amat menggalakkan terutama daripada penduduk sekitar dan pengunjung dari luar Perlis.



"Rata-rata pengunjung memberitahu mereka terkenang dan rindu hidangan sarapan zaman kanak-kanak apabila datang ke Sadiah Cafe, selain rasa tenang dapat melihat suasana kampung.

"Saya sentiasa berpegang kepada pesan Tok (nenek) masaklah dengan hati ikhlas dan jaga kebersihan kerana kita masak untuk bagi orang lain makan," katanya yang berazam menambah baik kualiti masakan dari semasa ke semasa.

Norazliana berkata, antara menu istimewa yang popular dalam kalangan pengunjung ialah biskut mayat, iaitu biskut yang dihidangkan bersama kelapa parut, gula, serta garam dan biasanya dinikmati bersama kopi panas.

Bagaimanapun, menurutnya kebanyakan menu disediakan dalam kuantiti terhad bagi menjaga kualiti, selain menghadapi masalah kekurangan pekerja.

"Insya-Allah pada masa depan kami menambah beberapa hidangan menarik," katanya sambil memberitahu Sadiah Cafe dibuka bermula jam 8 pagi untuk sarapan pagi dan 5 petang hingga 12 malam.


SADIAH Cafe yang berkonsepkan alam semula jadi di Kampung Wang Ulu memukau mata pengunjung yang rindukan suasana kampung berlatarbelakangkan Banjaran Nakawan dan kehijauan sawah padi.



https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nangan-biskut-mayat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.058307 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list