CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 437|Reply: 0

Hafizh terharu sokongan peminat

[Copy link]
Post time 17-12-2022 12:05 PM | Show all posts |Read mode

HAFIZH Syahrin (kanan) dan barisan atlet Top 5 AIS HM bergambar bersama dua kereta elektrik Appollen yang akan menjadi milik Ikon Sukan Terbaik dan pengundi bertuah. FOTO AIZUDDIN SAAD

Kuala Lumpur: Pelumba motosikal berpengalaman negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui terharu dengan sokongan peminat biarpun menempuhi musim suram, tahun ini.

Perkara itu mendorong dirinya untuk melakukan yang lebih baik lagi musim depan bagi membalas kepercayaan daripada pasukan dan peminat.

Malah Hafizh yang berpengalaman beraksi di Kejohanan MotoGP selama dua musim iaitu 2018 dan 2019 turut terkejut apabila tersenarai dalam Top 5 bagi kategori Anugerah Ikon Sukan (AIS) Pempengaruh anjuran Harian Metro (HM), biarpun tidak menyerlah musim ini.


Dia yang baru menyambung kontrak buat musim kedua bersama pasukan MIE Racing Honda akan meneruskan perjuangan di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) pada tahun depan bersama rakan sepasukan dari Brazil, Eric Granado.

"Pasukan menjanjikan jentera terbaik dan jika musim ini jentera tidak menyebelahi saya, tapi saya sudah bersedia untuk mengharungi musim kedua.

"Kalau nak ikutkan dari tahun pertama, saya lebih yakin kali ini kerana pelumba di WSBK adalah pelumba yang sama pernah saya tewaskan dan bersaing di MotoGP.

"Saya harap pakej yang akan diterima nanti akan dapat beri saingan lebih baik untuk mengharumkan nama Malaysia atau meningkatkan prestasi saya seperti dulu," katanya.

Jelasnya, jentera baru akan mula diuji pada sesi ujian pertama di sirkit Portimao, Portugal pada Januari depan dan di sirkit Phillip Island Victoria, Australia, pada Februari sebelum saingan WSBK bermula.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pasukan kerana masih memberikan kepercayaan dan khidmat saya untuk tahun kedua.

"Malah mereka turut memberi komitmen penuh terhadap apa yang saya rasa dan mahu dengan jentera baru.

"Saya berjanji untuk cuba berikan saingan dan sentiasa berada dalam kedudukan mata," katanya.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ru-sokongan-peminat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.605158 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list