CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 830|Reply: 2

Angelina Jolie Bawa Haluan Sendiri Selepas 2 Dekad Bersama UNHCR

[Copy link]
Post time 17-12-2022 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Angelina Jolie mengumumkan dirinya menamatkan perkhidmatan sebagai wakil khas Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNHCR.


Akui Aktres Hollywood itu, dia akan membawa haluan sendiri selepas dua dekad bersama agensi itu.




Foto: The Guardian




Dalam satu kenyataan, Jolie memaklumkan akan meneruskan usaha terlibat dalam isu hak asasi dan kemanusiaan yang lebih mencabar.


Ini termasuk bekerjasama secara terus dengan pelarian dan organisasi tempatan.


Jolie mula bekerjasama dengan UNHCR pada 2001 sebelum dilantik sebagai wakil khas pada 2012.








Sepanjang tempoh itu, beliau terlibat dengan 60 misi pelarian di lapangan.


Dalam tulisan terbaharunya yang disiarkan akhbar The Guardian, Jolie menarik perhatian apabila secara terbuka menyatakan kekecewaannya dengan kegagalan dunia menangani keganasan seksual ketika konflik.


Jolie turut mengecam Majlis Keselamatan PBB yang didakwa menyalahgunakan kuasa veto.




Sumber: AWANI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2022 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga yang baik2 aje yer Acik Jolie..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2022 07:37 AM | Show all posts
best of luck angelina jolie!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.051292 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list