CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1883|Reply: 0

Sanjna Suri terbuka bawa apa saja watak termasuk wanita Islam

[Copy link]
Post time 16-12-2022 06:35 PM | Show all posts |Read mode
Sanjna Suri terbuka bawa apa saja watak termasuk wanita Islam


Sanjna Suri



Kuala Lumpur : Pelakon utama filem Mundey Kampung Dey, Sanjna Suri bertekad mengintai peluang dalam bidang lakonan sekali gus enggan dibayangi gelaran ratu cantik semata-mata.

Menurut pemenang Miss Intercontinental Malaysia 2017 dan Miss Supranational Malaysia 2018 itu, dia berharap orang luar tidak hanya memandang rupa parasnya sebaliknya melihat komitmen dan bakat lakonan yang dimiliki.

"Saya sangat berdedikasi untuk mengasah bakat yang ada. Saya minta orang lain jangan pandang pada rupa atau kecantikan saya saja. Saya mahu terus mendalami ilmu lakonan.

"Walaupun saya dikenali sebagai ratu cantik dan model yang boleh berlakon, tapi saya tak mahu lagi dikenali dengan gelaran terbabit kerana ia sudah berlalu.

"Sekarang saya berusaha untuk dikenali sebagai pelakon kerana saya sudah tidak menyertai pertandingan ratu cantik dan kurang mengambil tawaran dalam bidang peragaan. Saya kini sepenuh masa dalam bidang lakonan," katanya.

Sanjna berkata, dia sentiasa terbuka dalam menjayakan apa saja watak yang bakal diberikan termasuk memegang watak wanita beragama Islam

"Saya mula teebabit dalam lakonan pada 2018. Dalam industri hiburan Melayu, saya bermula sebagai watak sampingan dalam naskhah Pengantin Satu Malam di samping Amelia Henderson dan Nazim Othman.

"Jujurnya tidak mudah nak 'menembus' dunia hiburan tempatan kerana saya bukan Melayu. Saya selalu diberikan watak bukan Melayu, selalunya watak wanita India atau wanita berdarah campuran.

"Saya nak pecahkan stereotaip terbabit kerana benar-benar berminat nak berada di pasaran arus perdana. Saya tak kisah cerita itu memerlukan saya memakai tudung, melakonkan babak aksi atau watak tomboy.

"Saya 100 peratus terbuka menerima watak wanita Muslim. Saya menghormati semua agama dan saya pun memang membesar dalam kalangan orang Islam," katanya yang pernah berguru dengan Fauziah Ahmad Daud menerusi beberapa bengkel lakonan anjurannya.

Dalam perkembangan lain, filem lakonan Sanjna, Mundey Kampung Dey kini ditayangkan di pawagam sejak semalam.

Filem yang mendapat dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ini diarahkan oleh Mansher Singh.

"Saya memegang watak heroin bernama Keeran. Apa yang menariknya, filem ini adalah naskhah Punjabi tempatan pertama yang dihasilkan di Malaysia.

"Saya tak sangka lakonan saya mendapat respons positif media dari Pakistan. Mereka menggemari keserasian saya dan hero, Anwaar Beg Moghal.

"Saya teruja kerana filem ini juga berada dalam fasa perbincangan untuk ditayangkan di Pakistan. Saya berharap peminat dapat menyokong karya ini dengan menonton di pawagam," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... rmasuk-wanita-islam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.059999 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list