CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 647|Reply: 1

Henry Cavill bukan lagi Superman

[Copy link]
Post time 16-12-2022 12:41 AM | Show all posts |Read mode
LOS ANGELES: Pelakon Henry Cavill, yang memegang watak adiwira dalam filem Superman sebelum ini mengumumkan tidak akan kembali memegang watak itu lagi.



Kata Cavill, selepas pertemuan dengan pengarah dan produser filem itu, James Gunn dan Peter Safran, pelakon British itu menyampaikan berita sedih itu kepada peminat dan pengikutnya di Instagram.

“Saya tidak akan kembali sebagai Superman. Selepas diberitahu oleh studio untuk mengumumkan kemunculan saya pada bulan Oktober dan keputusan ini bukanlah yang paling mudah, tetapi itulah kehidupan.

“Perubahan adalah sesuatu yang berlaku. Saya menghormati itu.

“James dan Peter mempunyai sesuatu baharu untuk dipersembahkan. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan semua yang terlibat dan semoga berbahagia,” tulis Cavill dalam kapsyennya.

Sebelum ini, Cavill menjadi tajuk utama selepas mengumumkan kepulangannya sebagai adiwira ikonik pada bulan Oktober, pada masa yang sama Gunn dan Safran dilantik sebagai ketua DC Studios.

Kongsi Cavill lagi, meskipun peminat perlu menerima berita ini dengan hati terbuka dia tetap mengingatkan mereka bahawa Superman masih wujud di ciptaan komik DC itu.

Sementara itu, Gunn melalui Twitter mengesahkan bahawa dia dan Safran telah menyediakan senarai projek baharu DC untuk tahun depan termasuk filem Superman.

Gunn mendedahkan bahawa filem Superman baharu akan fokus kepada penceritaan awal Superman terdahulu yang menjadi antara sebab Cavill terpaksa melepaskan watak itu.

Beliau menambah bahawa semasa pertemuan dengan Cavill, mereka melihat kemungkinan untuk bekerjasama Cavill menerajui watak lain dalam filem lain.

Meninjau ruangan komen, Gunn mengesahkan dia dalam proses menyiapkan filem Superman terbaharu dan pihaknya masih dalam proses memilih pengarah yang sesuai.

Ciapan Gunn mendapat lebih 25,000 tanda suka dan kembali diulang siar lebih 3,000 kali serta lebih 3,000 balasan daripada pengikut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2022 03:16 PM | Show all posts
Pelakon batman kan selalu bertukar-tukar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.069844 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list