CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1716|Reply: 14

Stephen Boss 'Step up' bunuh diri

[Copy link]
Post time 15-12-2022 05:03 PM | Show all posts |Read mode

MAYAT Stephen Boss ditemui di sebuah hotel di pinggir Los Angeles dengan kesan tembakan yang dipercayai dilepaskannya sendiri.

DJ The Ellen DeGeneres Show mati bunuh diri

SEORANG disc jockey atau DJ program The Ellen DeGeneres Show, Stephen Boss ditemui mati dipercayai membunuh diri di sebuah hotel di Encino, Los Angeles pada pagi Selasa.

Berita menyedihkan tersebut dikongsi isterinya yang juga penari, Allison Holker selepas merasakan perkara mencurigakan berlaku kepada Boss, 40, sebaik dia meninggalkan kediaman mereka secara tiba-tiba.

Ibu kepada tiga anak itu membuat laporan polis yang kemudian memaklumkan penemuan mayat suaminya yang didakwa sudah tidak bernyawa dengan kesan tembakan.

“Dengan hati paling berat saya maklumkan suami, Stephen telah meninggalkan kami. Dia seorang yang sangat menghargai keluarga, teman dan insan sekeliling.

“Dia adalah tulang belakang buat keluarga kami, suami serta ayah terbaik dan menjadi sumber inspirasi buat semua yang mengenalinya,” luah wanita berusia 34 tahun itu dalam media sosial miliknya.

Holker yang meminta orang ramai memberikan ruang peribadi buatnya dan anak-anak turut mendedikasikan sebuah rangkuman video tarian mereka sekeluarga.

“Stephen, kami mencintaimu, merindukanmu dan aku akan selalu menyimpan tarian terakhir untukmu,” tulisnya sehingga menyentuh hati ramai.

Boss terkenal sebagai DJ di Ellen Degeneres bermula tahun 2014 hingga 2022 selain dipertanggungjawabkam sebagai pengacara serta penerbit eksekutif program bual bicara tersebutu.

Sebelum ini, DJ selebriti tersebut terlebih dahulu meraih perhatian sebaik bergelar naib juara So You Think You Can Dance 2008.

Dia kemudian diundang sebagai juri program realiti berkenaan bersama JoJo Siwa dan Leah Remini.

Menyingkap latar belakang sebagai koreografer profesional, Boss pernah tampil dalam filem tarian popular termasuk Hairspray, Step Up: Revolution dan Magic Mike XXL.

Bersama Holker, gandingan pasangan terbabit meraih kepercayaan mengendalikan acara siri Disney+ Disney’s Fairy Tale Weddings selama dua tahun bermula pada 2018.

Sementara itu, Ellen DeGeneres turut meluahkan perasaan sedih dengan kehilangan rakan sekerja yang sudah dianggap sebagai keluarganya sendiri selain turut berkongsi gambar mereka berpelukan dalam Twitter. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... ow-mati-bunuh-diri/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2022 05:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2022 05:05 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 06:07 PM | Show all posts
Mcm misteri kematian dia...dia cuma penari & Executive Producer Ellen Show ja pun....sian bini dgn 3 org anak kecik2 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 06:33 PM | Show all posts
mcm bukan suicide je sbb ada kesan tembakan... iols rs dlm byak2 cara nak bunuh diri, tembak diri sendiri ni biasanya org buat in public utk lepas geramm... kalau nak mati bunuh diri sorg2 rasanya tembak diri sendiri ni mcm lain pulak rasanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2022 07:34 PM | Show all posts
Orix replied at 15-12-2022 06:33 PM
mcm bukan suicide je sbb ada kesan tembakan... iols rs dlm byak2 cara nak bunuh diri, tembak diri se ...

mcm kurt cobain?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2022 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg terkejut  giler masa aku terbgn nak tgk game pagi tadi.aku mmg follow so you think you can dance dan mmg tau twitch ni sejak dia jadi  contestant sampai la dia jadi juri latest season haritu.kesian alison ..mmg nampak diorg happy je.sedih pulak aku
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
nadie90 replied at 15-12-2022 06:07 PM
Mcm misteri kematian dia...dia cuma penari & Executive Producer Ellen Show ja pun....sian bini dgn 3 ...

Tak misteri pun. aku baca kt tmz wife dia sedar dia xde kt rumah tapi kereta ada.call tak berjawab.lps tu ada kes bunuh diri kt hotel.mmg dia ada niat nak bunuh diri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 08:12 PM | Show all posts
ingatkan si ellen ni yang mampus

kohkohkohkohkohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 15-12-2022 12:10 PM
Tak misteri pun. aku baca kt tmz wife dia sedar dia xde kt rumah tapi kereta ada.call tak berjawab ...

Faham tapi bunuh diri sbb apa tu yg mcm misteri.....family pun nampak happy & low profile...nasib Ellen Show dah pun selamat melabuhkan tirai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
nadie90 replied at 15-12-2022 08:53 PM
Faham tapi bunuh diri sbb apa tu yg mcm misteri.....family pun nampak happy & low profile...nasib  ...

Jangan percaya dengan ape yang orang update di social media..
Nampak happy tak semestinya happy..
Banyak kali baca kes orang bunuh diri, beberapa hari sebelum gambar semua senyum happy & macam takde masalah. Padahal....

sedih sbb suka twitch ni, selalu tengok video dia menari...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 09:41 PM | Show all posts
boongalalang replied at 15-12-2022 01:14 PM
Jangan percaya dengan ape yang orang update di social media..
Nampak happy tak semestinya happy..
...

Tu la kan.....baru tgk video2 dia menari....sblm ni dok tgk dia kt Ellen Show ja...trkjut baca berita ni dlm pkul 3 pgi lebih td
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 10:15 PM | Show all posts
tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2022 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tekejut jgk. Pling best sytycd tu batch dia la…dia n joshua..tp klo tgk video menari dia kt ig beberapa hari sblm pun mata dia mcm sedih jee..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2022 04:21 PM | Show all posts
Kematian dia ruled as suicide. Maybe dia memang struggle dengan mental problems.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.070506 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list