CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

[Perlis] Perlis sasarkan pengeluaran Harumanis meningkat tahun hadapan

[Copy link]
Post time 15-12-2022 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Perlis sasarkan pengeluaran Harumanis meningkat tahun hadapan

Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



Buah harumanis.




Kangar: Kerajaan negeri menyasarkan pengeluaran buah ikonik, Harumanis Perlis ditingkatkan sebanyak 3,600 tan metrik bersamaan RM72 juta tahun hadapan sekiranya cuaca baik menjelang April hadapan.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Perlis Razali Saad berkata, hasil pengeluaran buah berkenaan agak menurun pada tahun ini iaitu sekitar RM36.2 juta sahaja disebabkan gangguan cuaca yang tidak menentu pada awal tahun ini.

"Namun, kita berharap sekiranya tiada cuaca hujan yang berterusan pada Januari hingga April tahun hadapan, maka pengeluaran sebanyak 3,600 tan metrik mangga Harumanis dapat dihasilkan menjelang bermulanya musim buah itu pada April tahun hadapan.

"Dalam masa yang sama juga, pengeluaran buah itu bagi musim hadapan membabitkan 1,200 hektar keluasan kebun yang diusahakan pengusaha kebun mangga Harumanis di seluruh negeri ini.

"Kita melihat jumlah keluasan itu adalah sebagai kawasan yang berpotensi menghasilkan pengeluaran buah mangga Harumanis ini di seluruh Perlis untuk tahun hadapan dan jumlah ini sebenarnya menunjukkan peningkatan berbanding sekadar 1,080 hektar sahaja sekitar pada tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama pemasaran dan pembangunan industri mangga Harumanis Perlis antara Jabatan Pertanian Negeri (JPN) Perlis yang mewakili kerajaan negeri dengan Kayangan Agro Farm Sdn Bhd (KAFSB) di sini, hari ini.

Katanya, dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran mangga Harumanis di negeri itu bagi mencapai sasaran pengeluaran tahun hadapan, sebanyak lebih 1,200 pengusaha atau peserta kebun mangga Harumanis ini daripada 63 kelompok seluruh Perlis terbabit dalam usaha itu.

"Petani atau pengusaha mangga Harumanis berkelompok yang kita ada di negeri ini adalah sebanyak 63 kelompok dan kemungkinan daripada sini, kita cuba babitkan mereka bagi pemasaran satu negeri.

"Namun begitu, kita cuba menyasarkan penyertaan sehingga 70 kelompok pengusaha mangga Harumanis selepas musim hadapan disebabkan JPN akan digiatkan untuk terbabit aktif dalam projek Mangga Harumanis ini," katanya.

Musim pengeluaran Mangga Harumanis Perlis dijangka bermula April tahun hadapan.

Terdahulu, Razali menyaksikan perjanjian kerjasama yang termeterai antara JPN Perlis yang mewakili kerajaan negeri dengan syarikat KAFSB.

JPN diwakili pengarahnya, Hafizuddin Othman, manakala KAFSB pula diwakili pengerusinya iaitu Datuk Mohd Farid Mohd Yusof.

Menerusi kerjasama itu, KAFSB dilantik sebagai rakan niaga eksklusif pemasaran dan pengedaran mangga Harumanis dengan jenama 'Kayangan Harumanis'.

Mengulas lanjut, Razali berkata, KAFSB dipilih adalah untuk membantu melaksanakan pembelian buah mangga Harumanis daripada seluruh pengusaha di bawah bimbingan JPN Perlis.

Selain itu, mereka juga berperanan untuk menyeragamkan dan menyelaras pengedaran mangga Harumanis ini bagi membolehkan orang ramai berpeluang merasai buah ikonik berkenaan selain memasarkannya ke negara Singapura dan Brunei.


Disiarkan pada: Disember 15, 2022 @ 3:45pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.049959 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list