CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

[Pulau Pinang] Azam graduan cacat penglihatan mahu jadi pendidik

  [Copy link]
Post time 14-12-2022 01:09 PM | Show all posts |Read mode
Azam graduan cacat penglihatan mahu jadi pendidik


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Narimah Samat (kanan), berbual dengan Chiew Sui Teng di Upacara Konvokesyen Ke-60 USM. FOTO IHSAN USM




Georgetown: Penat lelah graduan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan ketika dalam pengajian terbalas apabila berjaya menerima ijazah Sarjana Muda Pendidikan pada Upacara Konvokesyen Ke-60 Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam.

Malah ia mendorong Chiew Sui Teng, 26, bagi terus menyambung pengajian pada masa akan datang demi mengejar cita-citanya yang sejak di bangku sekolah itu.

Berasal dari Georgetown, Chiew berkata, tiada yang dapat menggambarkan perasaan saat namanya dipanggil menaiki pentas bagi menerima ijazah.

Katanya, dia bersyukur kerana dapat mengatasi cabaran yang biasa dihadapi golongan cacat penglihatan terutama dalam mengharungi era teknologi masa kini.

"Paling mencabar apabila bahan pembelajaran bagi golongan cacat penglihatan adalah terhad, jadi saya terpaksa berusaha lebih bagi mendapatkannya.

"Dengan bantuan rakan dan pihak universiti, semuanya dapat diatasi dan saya anggap ia sebagai asam garam sebagai seorang pelajar," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas lanjut Chiew berkata, penglihatannya mula kabur sejak kecil akibat glaukoma sebelum hilang penglihatan sepenuhnya ketika berusia 10 tahun.

Biarpun tidak dapat melihat, dia cekap mengurus diri ketika berada di asrama dan sepanjang pengajian.

"Saya bersyukur kerana dikelilingi rakan yang setia membantu dan sentiasa menawarkan pertolongan.

"Selepas ini saya mahu bekerja dahulu sementara menunggu tawaran bagi menyambung pengajian ke peringkat tertinggi," kata anak bongsu daripada dua beradik itu.

Sementara itu, ibunya iaitu Ching Siew Yeang, 58, berkata, anaknya memang sudah menunjukkan kecemerlangan sejak di sekolah rendah dan sejak itu dia yakin dengan kemampuan gadis berkenaan.

"Chiew tidak pernah kenal erti putus asa dan dia adalah anugerah bagi kami sekeluarga.

"Bagi ibu bapa yang mempunyai anak OKU, berilah mereka peluang belajar kerana pelajaran dapat mengubah nasib mereka selain mengukur kemampuan diri," katanya lagi.

Pada sidang ke-11 yang dipengerusikan Pro- Canselor USM Tan Sri Datuk Dr Zulkefli A Hassan itu, membabitkan seramai 613 graduan menerima ijazah Sarjana Muda dalam bidang masing-masing.




Disiarkan pada: Disember 14, 2022 @ 12:53pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.315548 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list