CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6374|Reply: 55

"Tolong Jangan Fitnah,"-Aishah Bengang Sherry Al-Hadad Perlekeh Orang Buat Pembedahan Bariatrik

[Copy link]
Post time 13-12-2022 09:32 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Aishah menggesa pengacara Sherry Alhadad berhenti menyebarkan info tidak benar tentang pembedahan bariatrik yang didakwa sebagai jalan mudah menurunkan berat badan.


Aishah atau Aishah Wan Ariffin, 57, berkata, dia gembira melihat perubahan fizikal Sherry semakin kurus dipercayai mengambil produk pelangsingan badan.


Bagaimanapun, pelantun lagu Janji Manis Mu ini kurang senang apabila Sherry memberi reaksi negatif terhadap individu yang melakukan pembedahan tersebut.




Foto: IG




"Adik Sherry Alhadad yang katanya telah kurus dengan menggunakan produk, Alhamdulillah akak tak mahu menghakimi asalkan awak rasa lebih sihat.


"Namun, apa yang akak rasa tak sedap sikit bila awak kondem individu yang melakukan pembedahan bariatrik itu sengaja mahu cari jalan mudah," katanya.


Aishah berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.




  



Terdahulu, Sherry memuat naik sebuah video yang mengatakan dia tidak melakukan pembedahan bariatrik, sebaliknya mengamalkan produk yang membuatkannya berjaya menurunkan berat badan.


Menurut penyanyi itu, pembedahan bariatrik adalah jalan akhir bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti melampau sehingga menganggu kesihatan.


"Bila buat pembedahan ini, kadang-kadang ini sahaja jalan yang kami ada kerana sudah sampai tahap menganggu kesihatan.


"Awak jangan pukul rata kerana ini bukan pembedahan kosmetik, tetapi satu rawatan medikal yang disarankan oleh doktor.


"Sherry tolong jangan fitnah mengatakan ini hanyalah satu jalan mudah untuk kurus," jelasnya.




  



Dalam pada itu, Aishah turut berkongsi pengalamannya dan memberitahu dia juga sebenarnya takut untuk melakukan pembedahan berkenaan.


Namun, disebabkan masalah kesihatan dan tidak mahu menyusahkan anak-anak, penyanyi itu mengambil keputusan untuk memilih jalan ini.


"Saya pernah berjalan di atas treadmill sejauh lima kilometer setiap hari. Tetapi, dalam sebulan langsung tidak turun walaupun satu kilogram. Awak rasa saya nak putus asa tak?


"Lutut saya jadi semakin sakit. Pada waktu itu saya tahu saya perlu melakukan sesuatu. Saya pun tidak mahu menyusahkan anak-anak apabila sakit nanti," katanya.


Tambahnya lagi, pembedahan bariatrik bukan hanya dilakukan semata-mata untuk kelihatan cantik, tetapi lebih kepada mementingkan faktor kesihatan.


"embedahan bariatrik bukan seperti pembedahan kosmetik yang orang lakukan untuk nampak cantik. Ya, mungkin selepas kurus kita lebih mudah untuk pakai baju menarik, tetapi itu sahaja orang lain nampak.


"Selain daripada cantik, orang tak tahu berapa lama kita menanggung masalah ini. Buat apa nak cantik, saya dah tua pun. Saya lakukan semuanya atas faktor kesihatan," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2022 09:42 PM | Show all posts
Kurus sangat dia sampai nampak sangat tua.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sherry ade ke mention name dia? Kenape kak ecah petik nama sherry? Dia cakap general je kan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 10:02 PM | Show all posts
takdela kurus mana sherry tu...
sama jah di mata iols
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya si nek ecah ni..dgn smua org nak sentap. Org tu bg pandangan dia je. Yg ko melenting kenapa?

Mcm makan cili pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 10:10 PM | Show all posts
Ecah ni semua hal dia nak address. Baikla dendiam aja. Haritu masa finals GV, oranglain dpt slot nyanyi kan, tapi dia tak dapat. Dan dia dah kurus tapi dia kelihatan cam orang sakit. Boleh je nak kurus, tapi dia terlalu kurus, jangan ada penyakit lain sudah le…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan produk ape tu? Harap2 janganlah makan produk timbang kilo. Dh ramai dh mengalami masalah buah pinggang, rahim selepas mkn produk timbang kilo ni... Diet + senaman je... Cepat kurus... Atas rajin n malas je sebenarnya.. Ghituuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Produk timbang kati haruslah backup selagi dibayar jd duta produk koserr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2022 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nek Ecah nampak tua lepas kurus.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh ehhh, si tua niii. Semuaaaa kau nak sentap!
Ko ni, dulu Dr potong perut kau ke, potong otak kau?!
Pikir la sikit. Si Sherry tu, nak lariskan produk dia, of course lah dia ckp mcm2. Ko nak terasa, dah kenapa, situa?? Sherry sebut nama kau ke?? Kau ingat, ko sorang je potong perut?? Ha, situa?
Nih, dah mmg kau pemalas! Jln treadmill sehari 5km,tapi lepas tu kau mencekik nasik, ayam goreng berlemak, minum air manis, cake2 bagai, cemana nak turun??? Eh situa niii. Aku panggg kan nanti, makin kemek idung ko nanti
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
ko dh kenapa macik, semua benda tak kena dengan ko kan. ko takde anak cucu ke nak bebelkan kat telinga dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi memang pun ada yang buat surgeri ni sebagai jalan mudah untuk kurus. Acik Aishah takyah la terasa jika acik buat kerana kesihatan/saranan doktor. Acik anggap saja la si Sherry tu tujukan ayat dia untuk yang ambik jalan mudah ha.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 03:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Gemuk memang antara punca utama kebanyakan penyakit kan?
So betullah baraitrik tu terus mudah utk kurus, dgn harapan kurang penyakit2 tadi? Tak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeke sherry ckp mcm tu
Klu iye iols percaya sgt sherry kurus sbb jaga mkn dan gym
Bukan sebab produk kurus

Keji sgt org yg kata kurus mkn produk pdhal ko susah payah jaga mkn dan gym.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Back up la dr mustafa bariatic tu..hari tu masa anak nora meninggal pandai pula diam membisu tak beri komen.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 07:36 AM | Show all posts
elok la sape yg sgt gumux dan ada mcm mcm penyakit kronik buat potong perut.. nak diet kurus nie disipline dia sgt sgt tinggi atleast setahun la kalo nak capai beat ideal dgn tidak kacau mental.. setengah org nafsu mkn dia lain mcm.. pastu masa nak prep healthy meal dan exercise .. buat accordingly your determination, kewangan anda..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2022 07:44 AM | Show all posts
kurus sgt ke sherry tu? dr dulu aku tgk dia gebang mkn mcm2, minum mcm2, tp hujung2 masih sama je badannya
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 07:52 AM | Show all posts
tp iols kinda agree dgn sherry. sbb kwn lama yg iols jumpa, buat operation tu sbb malas nak bersenam and jg makan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 08:13 AM | Show all posts
bukan senang ye nak jaga lepas operate pun.
Tengok kawan sndr tgh tunggu turn nak operate , sbelum operate kena jaga makan apa smua . mcm2 check & ujian kesihatan kena buat
Lepas operate pun lg kena jaga kalau tak sama je nant badan akan naik semula .
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 08:44 AM | Show all posts
uda replied at 13-12-2022 09:42 PM
Kurus sangat dia sampai nampak sangat tua.

nampak kecut uoollssss...
lepas tu bebel2.. sentap... nampak sgt da nenek2...
hahahhahaha....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.169164 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list