CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 639|Reply: 2

Ne-Yo kembali ke Malaysia selepas 12 tahun

[Copy link]
Post time 13-12-2022 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Ne-Yo kembali ke Malaysia selepas 12 tahun


Konsert imbau semula kenangan zaman remaja dan membangkitkan emosi melalui nyanyian lagu bergenre soul yang sinonim dengan Ne-Yo,

KUALA LUMPUR: Selepas 12 tahun, akhirnya bintang R&B terkemuka, Ne-Yo kembali ke Malaysia bagi menganjurkan Konsert Ne-Yo Live In Malaysia di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 21 Januari tahun depan.

Kehadiran penyanyi berasal dari Amerika Syarikat (AS) itu sudah pasti dinantikan peminatnya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata, beliau berharap konsert Ne-Yo Live In Malaysia dapat mengimbau semula kenangan ketika lagu-lagu nyanyian Ne-Yo menjadi fenomena.

"Kami berharap peminat Ne-Yo yang lahir pada 1990-an dan 2000 akan hadir menyaksikan persembahannya. Ne-Yo adalah salah seorang penyanyi popular ketika itu.


"Kami yakin konsert ini bakal mengimbau semula kenangan zaman remaja dan membangkitkan emosi penonton melalui nyanyian lagu bergenre soul yang sinonim dengan Ne-Yo," katanya.


Ne-Yo pernah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan global menerusi pelbagai lagu yang dihasilkan sejak mula bertapak pada 1990-an.

Penganjur bersama yang juga pengasas Happymoon, Kesavan Purusotman berkata, dia mahu memanfaatkan peluang keemasan sebaik mungkin dan percaya peminat merindui Ne-Yo.

"Kita semua membesar dengan lagu nyanyian Ne-Yo yang begitu dekat di hati. Gerak tarinya mengasyikkan dan kini Ne-Yo kembali aktif mengadakan siri jelajah konsert.

"Kami tidak mahu melepaskan peluang membawa Ne-Yo selepas konsert terakhirnya di Sunway Lagoon Surf Beach kira-kira 12 tahun lalu," katanya.

Ne-Yo terkenal menerusi lagu Miss Indipendent, Because Of You, So Sick, Mad, One In A Million, She Knows, Closer, Time Of Our Lives dan Let Me Love You.

Malah, Ne-Yo pernah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan global menerusi pelbagai lagu yang dihasilkan sejak mula bertapak pada 1990-an.

Antara anugerah dimenangi termasuk Grammy Awards untuk Album Kontemporari R&B Terbaik pada 2008, Persembahan Vokal R&B Lelaki Terbaik (2009) dan Lagu R&B Terbaik (2009).

Tiket konsert sudah mula dijual dengan harga RM288 (Gold), RM488 (Platinum), RM688 (Diamond) dan RM988 (VIP). Pembelian boleh dibuat menerusi laman web, www.hitmanlive.com.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... ia-selepas-12-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka one in a million n so sick...
Tp dengo di youtube jelah
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 03:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ne yoo...duet mariah carey.. Lagu angels cry.. Repeat bnyk kali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.109790 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list