CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 0

[Perlis] Terpedaya Macau Scam, wanita rugi RM40,000

[Copy link]
Post time 12-12-2022 08:04 PM | Show all posts |Read mode
Terpedaya Macau Scam, wanita rugi RM40,000


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



Gambar hiasan




Kangar: Gara-gara terpedaya dengan panggilan penipuan 'Macau Scam', seorang wanita berusia 24 tahun kerugian hampir RM40,000 termasuk barang kemas milik ibunya dalam satu kejadian di Kangar.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima laporan polis yang daripada mangsa yang memaklumkan bahawa dirinya menjadi mangsa penipuan kes berkenaan semalam.

"Kejadian bermula apabila mangsa yang tidak bekerja itu menerima panggilan telefon pada 21 November lalu yang mendakwa daripada syarikat perkhidmatan kurier di mana pemanggil menyatakan mangsa mempunyai kiriman yang mengandungi barangan terlarang yang mahu dihantar ke Sarawak.

"Mangsa kemudian disambungkan panggilannya oleh suspek kepada seorang individu yang mendakwa diri sebagai pegawai polis yang kemudian memperkenalkan diri sebagai 'Sarjan Nur Amira' untuk membuat laporan.

"Selepas itu, mangsa disambungkan pula kepada seorang individu yang mendakwa sebagai 'pegawai Bank Negara' dalam talian yang sama.

"Suspek mengarahkan mangsa untuk mengeluarkan wang dari kesemua akaun yang dimiliki bagi tujuan keselamatan akaun bank berkenaan," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Katanya, suspek turut mengarahkan mangsa memasukkan wang itu ke dalam satu akaun yang diberikan suspek kononnya sebagai transit demi menyelamatkan wang berkenaan.

"Mangsa yang percaya dengan 'arahan' suspek bertindak memindahkan wang berjumlah RM8,150 dari akaun milik ibu dan ayah mangsa ke dalam empat akaun individu yang berbeza.

"Tidak cukup dengan itu juga, mangsa turut menggadaikan barang kemas milik ibunya berjumlah RM33,850 untuk dimasukkan ke dalam akaun suspek. Semua transaksi pemindahan wang ini berlaku sebanyak lima kali dalam tempoh 28 November sehingga Khamis lalu," katanya.

Yusharifuddin berkata, mangsa kemudian menyedari dirinya tertipu segera membuat laporan di Balai Polis Kangar semalam pada 7.29 malam.
"Kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan hasil siasatan awal mendapati akaun bank yang digunakan suspek mempunyai dua laporan bersangkut kes yang sama di luar Perlis.

"Dalam hal ini, kita ingin menasihati orang ramai supaya jangan mudah panik dan percaya dengan panggilan sedemikian dan sentiasa bertanyalah dan buat semakan terlebih dahulu sebelum mengikuti apa jua arahan yang hanya dibuat melalui talian telefon," katanya.

Orang ramai boleh membuat rujukan dan semakan berkaitan jenayah komersil menggunakan perkhidmatan yang disediakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman melalui National Scam Response Center (NSRC) di talian 997.

Selain itu juga, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat melalui aplikasi 'WhatsApp' CCID Infoline di talian 013–2111222 atau terus menghubungi 'hotline' Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis (IPK) Perlis di talian 04-9872222 atau 'hotline' Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar (IPD) Kangar di talian 04-9082222 untuk sebarang pertanyaan lanjut.




Disiarkan pada: Disember 12, 2022 @ 7:33pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.057657 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list