CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10962|Reply: 129

[Tempatan] Hari ini kahwin,tak akan esok beranak:Para guru gesa Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek lebih responsif, mula ‘bekerja’ kurangkan berpolitik.Rina Harun 2.0?

  [Copy link]
Post time 10-12-2022 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 10-12-2022 08:04 AM

KUALA LUMPUR – Para guru dan pengguna Facebook, menggesa Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, agar lebih responsif dan segera mengemukakan perancangan beliau dalam menyelesaikan permasalahan terkait pendidikan di Malaysia.


Gesaan itu dibuat susulan, setakat hari ini tiada sebarang perancangan mahupun isu pendidikan yang disuarakan oleh beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal dari Pakatan Harapan sebaliknya hantaran di Facebooknya dipenuhi dengan isu parti dan politik.

Menjengah ke Facebooknya, dapat disaksikan pelbagai rungutan dibuat oleh guru dan pengguna Facebook di ruangan komen beliau yang memuat naik hantaran terkait intipati sidang media Perdana Menteri Anwar Ibrahim, pada Isnin.

Seorang guru berpengaruh di media sosial yang terkenal bersuara lantang dalam menyuarakan keluhan guru dan ibu bapa mengenai isu pendidikan negara iaitu Cikgu Mohd Fadli Salleh turut meninggalkan pesanan ‘ikhlas’ kepada Fadhlina.

“YB fokus tulis sendiri isu pendidikan negara. Apa masalah. Apa yang YB rancang nak buat. Apa pelaksanaan. Respon pada isu dan masalah semasa dalam dunia pendidikan.

100 hari pertama sangat penting untuk YB tonjolkan kredibiliti sebagai menteri. Bukan sekadar share posting dari Perdana Menteri or parti. YB adalah menteri. Perlu ada post sendiri. Unit media menteri, tolonglah.

“Benda ni basic dalam sosial media kot. La ni panas isu redeployment. YB perlu respon dalam media sosial, keluarkan kenyataan media KPM dan sebagainya. Bukan hanya share post DSAI sahaja.

“Rakyat sedang memerhati. Baca komen-komen rakyat ni. Jangan jadi macam menteri sebelum ni, tak pernah respon isu walau di tag, hanya respon bila tak ada jawatan,” tulis beliau di ruangan komen itu.

Kenyataan Cikgu Fadli itu seiring pengguna Facebook lain yang mahukan Fadhlina mendengar dan bertindak menyelesaikan isu majoriti guru hari ini yang merungut tentang permasalahan penempatan semula atau pertukaran guru ke sekolah lain di mana ia didakwa tiada ketelusan dan menyusahkan.

Pemilik akaun Mawar Pink memohon Fadhlina meneliti isu tersebut kerana dikhuatiri memberi kesan buruk apabila emosi dan mental pendidik sendiri tidak dijaga hingga boleh menyebabkan kualiti pengajaran berkurangan sekaligus memberi efek kepada murid-murid yang menimba ilmu.

“Banyak isu redeployment ni. Isu tak telus. Isu kroni dikekal atau ditempatkan berdekatan. Isu menyusahkan. Isu tak puas hati. Ramai guru-guru tak gembira dengan redeployment terkini.

YB tolong teliti hal in. Guru tidak gembira bermaksud pengajaran akan kurang kualiti. Efek akan kena pada murid-murid bakal pemimpin kita juga. Baca luahan guru-guru kat page Kami Guru Malaysia (KGM) YB. Buka mata. Baca sendiri. Jangan harap sangat kat pegawai khas atau dapatan dari pegawai jabatan tu.

“Baca sendiri. Fahami sendiri. Jangan bergantung pada pegawai. Percayalah, cerita dari mulut pegawai banyak yang membodek sahaja,” tulis beliau yang turut menambah bahawa isu tersebut tidak lagi boleh ditangguh perlu penyelesaian segera

Foto: Tangkap layar ruangan komen Facebook Fadhlina Sidek Sidek

Sumber : Facebook Fadhlina Sidek Sidek

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2022 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bosannya tengok komen si Fadli tu.

Penyokong2 PN ka yang bising2 penuh kegigihan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kang orang tu buat dasar baru
Kau orang juga melolong meroyan nanti
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-12-2022 08:52 AM
Bosannya tengok komen si Fadli tu.

Penyokong2 PN ka yang bising2 penuh kegigihan tu?

Si gila perhatian tu nnt bila ada dasar lain yg dibuat
Mesti dia terpaling kedepan menyalak itu ini kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 09:37 AM | Show all posts
Apa background dia sebelum ni? Any management or responsibility yg dia hold?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu cikgi ramai undi pn... sebab tu meroyan lain macam... take your time yb... jangan bagi ada balik upsr...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2022 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap menteri baru boleh tengok balik silibus pembelajaran di sekolah. Tolong lah tambah waktu subjek dan fokus pada STEM dan juga IT. Tak payah lah buat banyak sangat subjek2 yang tak berapa penting. Tolong tengok juga keperluan pelajar terutama di kawasan pedalaman.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata kata.. Hari ini kahwin, tak akan esok beranak... Tidak boleh guna lagi seperti term lepas lintang pukang... Sekarang PH kahwin janda 60 yo...selain free gift anak + package cucu lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2022 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cokoro at 26-12-2022 08:43 AM

Hmmmmm .
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 10-12-2022 01:22 AM
Si gila perhatian tu nnt bila ada dasar lain yg dibuat
Mesti dia terpaling kedepan menyalak itu in ...

Sah2 la sebab terpaling prihatin katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 10:29 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 10-12-2022 08:52 AM
Bosannya tengok komen si Fadli tu.

Penyokong2 PN ka yang bising2 penuh kegigihan tu?

Dia berharap Dr Maszlee naik rasanya.
Kalau tengok ramai2 guru2 ni nak Maszlee naik balik dah berharap di lantik senator jadi menteri pendidikan.
Sekali tengok calon lain di luar jangkaan.
Tu yang jadi tak menyabar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Browsing sana sini ..

Ada yg minta dikembalikan semula UPSR & PT3
Ada yg mahukan perancangan segera dibuat agar penggal persekolahan bermula Januari kembali dlm tempoh beberapa tahun akan datang


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 10:32 AM | Show all posts
Edited by Innrukia at 10-12-2022 10:34 AM
Dwdrum replied at 10-12-2022 09:50 AM
Kata kata.. Hari ini kahwin, tak akan esok beranak... Tidak boleh guna lagi seperti term lepas linta ...

hang punya perumpamaan PH kawen janda umuq 60 tu lawak okay
but boleh pakai..
dan kenapa la ni asai kritik je menteri ni semua kena tuduh PN?
mamat ni memang populis, tapi awat sebelum ni ramai sokong dia bila dia kritik menteri sebelum ni? now pakat sentap
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnasda53 replied at 10-12-2022 02:29 AM
Dia berharap Dr Maszlee naik rasanya.
Kalau tengok ramai2 guru2 ni nak Maszlee naik balik dah berh ...

Alahai. Dah terbukti Maszlee lembik masa jadik boss KPM, lagi nak dia naik? Bagus cemana pun buat kerja jika tak tahan tukul tiada maknanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 10-12-2022 02:44 AM

Sorry jah akak memang tak minat Fadli sedari dulu. Porumer2 yang sokong dia di tred dia kritik silibus, kritik si Radzi, belum masuk sini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
F685 replied at 10-12-2022 02:31 AM
Browsing sana sini ..

Ada yg minta dikembalikan semula UPSR & PT3

Ntah hapa2 ntah. Belum sampai 5 tahun dimansuhkan, dah nak mintak balik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2022 10:48 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 10-12-2022 10:43 AM
Alahai. Dah terbukti Maszlee lembik masa jadik boss KPM, lagi nak dia naik? Bagus cemana pun buat  ...

Yup ni betul..kalau tak lama dah di lantik jadi senator naik menteri.Tapi orang lain yang di lantik.
Skrg ni pun iols bagi dulu peluang pada Menteri pendidikan baru ni.
Nak tgk cara kerja dan pembaharuan yang dia buat.


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-12-2022 08:52 AM
Bosannya tengok komen si Fadli tu.

Penyokong2 PN ka yang bising2 penuh kegigihan tu?

Cakap gini kat fb...mau cikgu cezi kena serangan bertubi²
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
cik_Sally replied at 10-12-2022 02:53 AM
Cakap gini kat fb...mau cikgu cezi kena serangan bertubi²

Sebab tu aiol tak komen2 di FB aiol yang usang last updated ntah tahun bila tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-12-2022 08:52 AM
Bosannya tengok komen si Fadli tu.

Penyokong2 PN ka yang bising2 penuh kegigihan tu?

Kan. Mentang2 dia dpt sokongan padu rakyat tu hari teruz lah accah. Lek pis la cekgu. Tiba2 mcm dia perdana menteri nak nasihat menteri. Ko sabo jap cegu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.087332 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list