View: 1082|Reply: 11
|
[Tempatan]
Berita malam sejuk:Kementerian Pertanian nafi keluar kenyataan 'Bekalan telur kurang kerana ayam enggan bersetubuh'
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 10-12-2022 01:44 AM
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPTM)menafikan gambar tular yang mendakwa pihaknya mengeluarkan kenyataan punca kekurangan bekalan telur adalah disebabkan ayam enggan bersetubuh.
Dalam kenyataan KPTM di Facebook menjelaskan, gambar posting tajuk berita yang tular di media sosial bersama dengan gambar Menteri Pertanian Mohamad Sabu, adalah palsu.
"Maklumat melalui akaun media sosial tersebut adalah palsu. Untuk makluman, ini merupakan suntingan akaun palsu dan bukan akaun rasmi Astro Awani.
Orang ramai diminta tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu," katanya.
Sementara itu, Astro Awani juga tampil menafikan posting tersebut.
"Astro Awani tidak pernah mengeluarkan laporan seperti yang tular di media sosial. Laporan ini dipercayai disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab".
Di ruangan komen, netizen menggesa kerajaan bertindak pantas dalam menangani sebarang info palsu yang sedang berleluasa ditularkan di media sosial.
"Harap kerajaan lebih tegas tentang fake news. Cari dan heret pelakunya ke mahkamah dan hukum dengan akta sedia ada. Kalau berterusan, boleh merosakkan mentaliti rakyat," kata netizen.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Rasa macam dah ada thread ni. Anyway dari apa yg dilalui untuk minggu ini stok telur mudah sikit la dapat berbanding 1-2 bulan lepas. Ayam telur dah banyak boleh bertelur agaknya. Gred A RM16/papan |
|
|
|
|
|
|
|
Yang buat post tu dan orang yang percaya mmg bodoh. Ayam betina bila matang akan bertelur setiap hari tanpa perlu ayam jantan. Cuma telur tu akan steril tak ada benih. Letak dalam inkubator pun, telur tak akan menetas. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by daisy71 at 10-12-2022 07:30 AM
Betul tu. Kita panggil ayam telur.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nk fitnah orang, last2 sendiri nampak bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bukan fitnah ya, ini satira. kegagalan mengenalpasti mana satu real mana satu satira adalah kegagalan IQ masyarakat dan kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sarcasm intended… |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh je fitnah PN skrg ni ye
Lantik la ketua pembangang tu..kesian nampak mcm dh takde hala tuju dah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Chicken and chicken fight egg will suffer…last time omelette suffer… |
|
|
|
|
|
|
|
Chicken don wan to play lah.
Menteri |
|
|
|
|
|
|
|
la ni mana boleh ada satira, semua tu consider fitnah.
zaman depa jadi pembangkang dulu boleh la...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|