CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 5

[Tempatan] Abdul Azeez bebas sebab tiada fakta memihak kepada pendakwaan

  [Copy link]
Post time 9-12-2022 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dibebaskan daripada tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mendapati, tiada keterangan serta fakta memihak kepada pendakwaan.

Menerusi satu kenyataan media, Peguam Negara berkata, perkara itu diperoleh selepas perkembangan siasatan telah dirujuk semula kepada pasukan pendakwaan.

Menurutnya, pada 1 Disember lalu, Abdul Azeez memfailkan permohonan untuk dibebaskan dari kesemua pertuduhan.

Sejak pertuduhan difailkan di Mahkamah Sesyen di sini, beliau berkata, bekas Ahli Parlimen Baling itu telah mengemukakan beberapa representasi kepada AGC, agar kes pendakwaan terhadapnya ditarik balik dan kesemua pertuduhan dibatalkan.

"Berdasarkan surat representasi bertarikh 11 dan 16 Mac lalu, pihak pendakwaan telah menerima enam akuan berkanun daripada saksi-saksi utama pendakwaan.

"Ini menyebabkan siasatan yang menyeluruh dan teliti perlu dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ada bukti baharu yang tidak dipertimbangkan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, pendakwa raya memohon kepada mahkamah satu perintah pelepasan tanpa terjumlah kepada pembebasan sebagai mana mengikut Seksyen 254(2) Kanun Tatacara Jenayah (CPC) agar siasatan lanjut dapat dibuat.

Susulan itu katanya, mahkamah telah membenarkan tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Pada 16 Januari 2019, Abdul Azeez telah didakwa atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 membabitkan RM5.2 juta dan sembilan pertuduhan bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Rasuah Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) 2009, berjumlah RM139,416,664.85.

Ia dikatakan terlibat dalam membantu syarikat-syarikat kontraktor memperoleh projek-projek kerajaan.

Perbicaraan kes itu bermula 19 Ogos 2020 dengan tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Pada 7 September 2020, pihak pendakwaan telah membuat pindaan ke atas sembilan pertuduhan itu, di bawah AMLATFPUAA dan menambah satu pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2009 dengan nilai kesalahan berjumlah RM13,433,985.25.

Perbicaraan telah ditangguhkan kerana pihak pembelaan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini, untuk membatalkan pertuduhan-pertuduhan tersebut, namun ia ditolak.

Abdul Azeez yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu, telah merayu di Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan dan membatalkan semua pertuduhan berkenaan.

Mahkamah Rayuan kemudiannya memutuskan untuk menolak rayuan Abdul Azeez selaku perayu.

Bagaimanapun, pemimpin UMNO itu dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan pindaan ketiga, ketujuh, kelapan dan kesembilan.


https://www.sinarharian.com.my/article/235419/berita/semasa/abdul-azeez-bebas-sebab-tiada-fakta-memihak-kepada-pendakwaan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2022 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiseh.. nape tak mintak bukti dekat acik2 pensokong PH? Dorang ada banyak
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Yahoo!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 9-12-2022 08:26 PM
Aiseh.. nape tak mintak bukti dekat acik2 pensokong PH? Dorang ada banyak

Dia kini dipandang molia dan suchi oleh pentokong2 ph…
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Abdul Azeeeeeeeeeeeeez Abdul Rahim cakap keling dalam Parlimen Mulayu

tambi, ning gasorling gena woli teri noregenna soringgey

anney, anney lagi, anney lagi, ini tambi anney tara dengar

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok...next....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.086402 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list