CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 296|Reply: 3

[Tempatan] Kerajaan akan terus konsisten perangi rasuah – Anwar

[Copy link]
Post time 9-12-2022 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan kepimpinan beliau akan terus konsisten dengan usaha memerangi rasuah.

Anwar menerusi perkongsian di platform media sosial berkata, agenda reformasi terutamanya dalam usaha mencegah rasuah tidak hanya terhad kepada aktiviti penguatkuasaan.

“Sebaliknya, nilai-nilai seperti integriti, akhlak dan etika adalah aspek yang perlu diterap dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

“Dengan meraikan serta memartabatkan integriti, ia berupaya memacu Malaysia ke arah kecemerlangan yang holistik yang akan mencakup aspek fizikal, rohani, nilai dan identiti,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian bersempena Hari Antirasuah Antarabangsa yang disambut hari ini.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, Malaysia berbangga menyertai komuniti antarabangsa bagi memperingati Hari
Antirasuah Antarabangsa dengan tema: UNCAC at 20: Uniting The World Against Corruption.

“Ia merupakan satu pengiktirafan sekaligus menjelaskan bahawa memerangi rasuah dan bukan tanggungjawab satu entiti semata-mata.

“Kerjasama global merentas sempadan semakin diperlukan untuk memerangi rasuah dan penipuan kerana jenayah kewangan tidak lagi terhad dalam sempadan sebuah negara sahaja,” katanya ketika berucap pada Forum Sempena Hari Antirasuah Antarabangsa 2022 secara dalam talian hari ini.

Azam berkata, di Malaysia, SPRM menggunakan pendekatan holistik menerusi tiga strategi utama iaitu, penguatkuasaan, siasatan dan pendakwaan, serta pencegahan rasuah dan pendidikan masyarakat.

“Peruntukan Liabiliti Korporat telah berkuatkuasa pada Jun 2020 di bawah Seksyen 17A
Akta SPRM 2009, yang mana sesebuah organisasi komersial boleh didakwa jika mana-mana pekerja atau sekutunya melakukan rasuah untuk kepentingan organisasi.

“Syarikat juga perlu bertanggungjawab sekiranya gagal membuktikan bahawa pihaknya telah mengambil langkah-langkah yang mencukupi untuk mencegah berlakunya amalan korup dalam urusan perniagaan mereka,” ujar beliau.

Tambah beliau, prinsip peruntukan itu bukan semata-mata bersifat punitif, namun ia digubal bagi memastikan syarikat telah mengambil langkah yang mencukupi untuk mencegah
rasuah dalam organisasi mereka. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2022/12/09/kerajaan-akan-terus-konsisten-perangi-rasuah-anwar/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiklah we take noted kata anak jiran tmn sblh yg english tk berapa konsisten...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang aja laa Bung Nuwar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik anwar.....teruskan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-1-2023 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.086238 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list