CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1113|Reply: 13

[Tempatan] Anwar diminta tidak pilih kasih, jangan lindungi tauke PH-DAP...sebab isu sekarang telur dan simen bukan beras!!!

[Copy link]
Post time 9-12-2022 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, minta kerajaan beri keutamaan yang betul dalam menangani masalah rakyat. - Foto fail NSTP


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengambil tindakan bersesuaian dengan memberi keutamaan kepada isu yang membabitkan rakyat serta tidak mengambil tindakan secara pilih kasih.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata kerajaan perlu tahu apa keutamaan untuk rakyat dan bukan lagi mengamalkan mentaliti sebagai pembangkang populis.

Beliau berkata, rakyat ketika ini resah, kecewa dan marah dengan masalah kekurangan bekalan serta lonjakan harga telur dan simen.

"Dua isu ini bukan baru bermula semalam. Sepatutnya, siapa juga menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), inilah keutamaan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.


"Rakyat berdepan dengan isu kekurangan bekalan telur dan harganya melambung. Harga makanan menggunakan telur pun ikut naik. Contohnya, laporan berita mengatakan harga roti canai telur naik daripada RM2.50 kepada RM3.20. Naik 70 sen," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Wan Saiful, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, harga simen pula melonjak 30 peratus daripada RM17 bagi setiap beg 50 kilogram kepada RM22.50 ketika ini.

"Jika simen naik harga, semua bahan binaan membabitkan simen akan turut naik. Padahal, simen adalah barangan kawalan berjadual, yang tak sepatutnya naik," katanya.

Beliau juga membangkitkan isu monopoli dan permainan licik 'tauke' kaya, yang menguasai industri makanan dan pembinaan.

"Yang jadi mangsa ialah rakyat dan kontraktor, terutama kontraktor kecil. Telur dan simen sepatutnya menjadi keutamaan (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tapi Anwar utamakan beras. Ya, harga beras penting, tapi kenapa masih tak ada idea bagaimana nak selesaikan masalah harga telur dan simen yang lebih mendesak sekarang?" katanya.

Beliau menegaskan jika terlalu banyak 'wayang' populis tapi sebenarnya tong kosong saja, maka akan terjadilah salah keutamaan (wrong priorities).

"Tak adakah keinginan nak tegur tauke kaya `tertentu' dalam industri berkaitan telur dan simen? Itu sepatutnya jadi keutamaan kerajaan.

"Saya setuju jangan ada monopoli, tetapi letak keutamaan yang betul dan jangan lindungi tauke kawan-kawan Pakatan Harapan (PH)-DAP daripada teguran. Jangan pilih bulu," katanya.

Beliau juga mahu kerajaan melihat kepada harga minyak.

"Wahai Pak Syeikh, itu belum lagi saya tanya mengenai harga minyak. Berapa kali esok yang Pak Syeikh perlukan untuk turun harga minyak?" katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1037336/anwar-diminta-tidak-pilih-kasih-jangan-lindungi-tauke-ph-dap

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh masa korang jadi KERAjaan dan pegang portfolio berkaitan dulu nape tak banteras kartel2 nih?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis2 dengan telor… hoi kalu ada telor lantik la Ketua Pembangkang!
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 04:49 PM | Show all posts
Lagi penting beras. Apa ko makanan ruji ko simen ke? Kos subsidi beras terlalu tinggi. Duit yg jimat tu boleh salur ke dedak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp dah jadi pembangkang baru nak melalak??sbb masa korang jadi kjaan haritu mmg tak buat apa2 kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 04:52 PM | Show all posts
Teruskan bergaduh je lah korang ni…pandai la rakyat marhaen ni nak settle sendiri pasal telur ka beras ka… macam tak biasa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian org melayu..nak makan telur pun harapkan cina yg bela ayam (kalau ikut kata wan saiful ni lah)

Selama 70tahun msia merdeka,kjaan yg dulu tak buat apa2 ke utk galakkan melayu bela ayam??

Bila dah takde telor camni,ujung2 meratib salahkan Dapig.Bodoww
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 05:00 PM | Show all posts
tripleid replied at 9-12-2022 04:51 PM
Knp dah jadi pembangkang baru nak melalak??sbb masa korang jadi kjaan haritu mmg tak buat apa2 kan

dia tau tapi dia buat2 taktau...gitula bila jadi kerajaan, lebih sonok bukak mulut komplen bila jadi pembangkang..atau masa jadi kerajaan mulut dah kena sumbat dgn bancuhan telur n simen...2x5 je belaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
isu mkanan akn jdi pertelingkahan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu zaman najib

Tak pernah berlaku shortage separah ini

Hanya najib yang mampu jinakkan kartel

#najibpm11
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
pilot replied at 9-12-2022 05:00 PM
dia tau tapi dia buat2 taktau...gitula bila jadi kerajaan, lebih sonok bukak mulut komplen bila ja ...

Kalau tgk dlm berita nampak jgk la KERA jaan skrg tgh berusaha utk kurangkan kos sara hidup..mestilah ambik masa..baru seminggu lebih je kot jadi kjaan takkan nak expect semua harga turun
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 05:26 PM | Show all posts
pilih kasih? siapa yang kasihkan bangnon cer teka! tak kan bangnon tak reti berterima kasih

uols saper

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 05:33 PM | Show all posts
tripleid replied at 9-12-2022 05:26 PM
Kalau tgk dlm berita nampak jgk la KERA jaan skrg tgh berusaha utk kurangkan kos sara hidup..mesti ...

iols cakap ttg orang yg komen pasal isu telur n simen tu...masa jd kerajaan sebelum ni lagi isu telur ni...knp skg baru reti bercakap suruh orang buat keja..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 9-12-2022 05:43 PM
pilot replied at 9-12-2022 05:33 PM
iols cakap ttg orang yg komen pasal isu telur n simen tu...masa jd kerajaan sebelum ni lagi isu te ...


itu ler..masa dorg jadi kjaan keje apa pun tak buat,nak suarakan isu rakyat camana sbb asik ponteng parlimen jah..dah jadi pembangkang baru sel2 otak berhubung nak kondem itu ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.853507 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list