View: 1989|Reply: 16
|
[Tempatan]
“Inilah cerita sebenarnya... “, Kak Ros hanya jumpa Zahid, tak masuk pun mesyuarat MKT UMNO
[Copy link]
|
|
Kehadiran Rosmah Mansor ke bangunan Umno ketika Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu semalam menimbulkan banyak persoalan dan spekulasi.
Bagaimanapun, menurut bekas pegawai Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang kini rapat dengan Rosmah, isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu hanya bertemu Presiden Umno Zahid Hamidi.
“Ramai yang buat cerita kononnya Datin Seri Rosmah masuk dalam mesyuarat MKT tersebut.
“Tapi sebenarnya Datin Seri Rosmah tiba di Bangunan Umno sebelum mesyuarat bermula hanya untuk bertemu dengan presiden Umno.
“Beliau tidak ada apa-apa urusan dalam Mesyuarat MKT,” kata Rahimi Osman.
Tulisan Rahimi di Facebook itu turut dikongsi semula di Facebook Rosmah Mansor hari ini, dengan komen ringkas:
“Inilah cerita sebenarnya... “
Sementara itu, Rahimi berkata Rosmah hanya bertemu dengan Zahid kira-kira sepuluh minit saja dan keluar melalui parkir bawah tanah, menyebabkan dia tidak kelihatan keluar oleh orang awam dan wartawan.
“Ya, dia berada di PWTC hanya untuk beberapa minit. Bukan berjam-jam seperti yang disangka orang.
“Sedangkan apabila berita sudah mula tersebar malam tadi dan macam-macam spekulasi dibuat, (ketika itu) Datin Seri Rosmah telah berada di rumah,” katanya.
Dia justeru menasihat orang ramai tidak memandai-mandai membuat cerita kerana ia boleh menjadi fitnah.
Malaysiakini difahamkan pertemuan itu tidak berkaitan dengan kes mahkamah Najib dan tetapi hanya urusan peribadi.
Rahimi adalah rakan sekolah Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Anwar. Dia ialah orang yang memperkenalkan Saiful kepada Anwar.
Rahimi mencetuskan kontroversi selepas mendakwa dipaksa membuat dua laporan bersumpah pada tahun 2008 yang mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes liwat tersebut.
Anwar mendapat pengampunan penuh diraja bagi sabitan dan hukuman terhadapnya, walaupun telah menjalani hukuman penjara beberapa tahun.
https://www.malaysiakini.com/news/647510
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kami purcaya |
|
|
|
|
|
|
|
Sembang sambil makan2 karipap gitchew |
|
|
|
|
|
|
|
karipap d'belian presint 14 putrajaya sis...sedap yakmat
|
|
|
|
|
|
|
|
Tukang sebok
Nasik himpit
|
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 diaorg ni punya jawapan tu macam rakyat malaysia ni x pandai fikir pulak..hahahah. |
|
|
|
|
|
|
|
alasan bodow2kn rakyat marhein...
deme ingat kita nih belajar xabes kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Membongak la deme nih.....klau setakat nk jumpa wak jahit, blh je dtg rumah |
|
|
|
|
|
|
|
bekas pegawai Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang kini rapat dengan Rosmah
Keyword dia ini… bekas sana, bff sini gitoooo rapattt |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau benar rosmah terjah mesyuarat MKT, dah lama dah ahli yang tak sebulu bocorkan
Tapi macam biasa acik2 porem akan tetap setia dengan kebengapan walaupon dah diexplain berkali kali |
|
|
|
|
|
|
|
beg tangan siapa tu. kaler matching dgn baju kak ros ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya barang berpindah-randah, Barang dipunggah pakai pedati
Tidaklah tempua bersarang rendah, Membawa salam maksud di hati
Betapa tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi hajat di hati
Dia datang tanpa diundang, merafak sembah penuh erti
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 9-12-2022 02:40 PM
karipap d'belian presint 14 putrajaya sis...sedap yakmat
Nanti akak singgah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kak mah anto saka kat wak jahit kutttttttttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
Aku msh pelik..knp la geng deme ni ramai cai setia .pdhal terang2 deme ni kaki sauk.. X nampak je kekayaan deme ni.. yg duk sokong tu alahi rumah pun dah kalah reban ayam..reban ayam pun lg kukuh.. pelik2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|