CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 921|Reply: 3

[Jenayah] Tomok kata pekerjanya seperti ‘dipukau’ seorang pelanggan lelaki.Netizen kata pelanggan lelaki ini ada kes.Lapuran pulis telah dibuat

[Copy link]
Post time 8-12-2022 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 8-12-2022 09:42 PM

  

Bukan hanya bergelar penyanyi, Tomok juga dikenali sebagai salah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan francais minuman popular dan sudah mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang.

Beberapa jam yang lalu, Tomok telah berkongsikan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang mendakwa pekerjanya seperti ‘dipukau’ seorang pelanggan ketika sedang berurusan di sebuah kiosk jualan di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam, Selangor.

Tomok berkata, pekerja seperti didesak oleh lelaki itu untuk memulangkan baki wangnya, sedangkan beliau belum pun membuat apa-apa bayaran.

Semalam staf saya macam kena scam di kedai kami, Chatime Setia City Mall. Dia datang pesan minuman dan terus minta duit baki, sedangkan dia tak bayar lagi duit untuk minuman tersebut.

“Kalau korang tengok video ini, dia macam paksa untuk dapatkan duit baki dengan cepat. Jadi staf saya bagilah duit baki yang dia mintak dalam RM87,” tulis Tomok.

Anggota kumpulan New Boyz itu berasa ralat dengan kejadian itu kerana dia baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

Menjengah di ruangan komen, ada peminat Tomok yang pernah ‘terkena’ dengan individu yang sama dan berkata lelaki berkenaan memang sudah biasa buat onar dan jenayah yang sama di restoran atau kedai di pusat membeli belah.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga pernah membuat pembayaran menggunakan wang palsu kepada peniaga serta bermasalah sebagai penyewa rumah


Dalam pada itu, Tomok sudah membuat laporan polis dan meninggalkan pesanan supaya orang lain lebih berhati-hati agar tidak melalui situasi yang sama sepertinya


Sumber Instagram Tomok


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 10:48 PM | Show all posts
iols jd cashier ada lah dekat 3 tahun zaman buat part time kt uni ms student dlu n lepas habis spm... iols plg kowserrr nak melayan org dtg mintak tukar duit sesaja.... boss iols pun x bg... tp dia ajar kitorg ms tu, kalo org nk tukar duit suruh dia beli barang.... selalunya org nk tukar rm100 diorg terpaksa amek lolipop chupa chup since itu yg plg murah n dekat kaunter.... nak xnak terpaksa lah... ada tu lagi lah, bru je lepas cucuk duit dlm stesen, pegi cucuk rm100 mmg la keluar sekeping rm100 bahalul... boleh dtg kt kitorg mintak pecah 50 dengan sepuluh2... ada makcik yg jaga kaunter ngn iols siap perli lagi, lain kali withdraw rm90 la, pastu withdraw lagi rm10..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu nak sgt duit kecik ai bagi 5sen segenggam
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 07:51 AM | Show all posts
ni teknik NLP. bukan nya ilmu hitam pun. alaa...benci la. belajar la sikit. semua nak amik short cut kata ilmu hitam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.352194 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list