CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 738|Reply: 2

Nak Bunga Yang Ada Teddy Bear, Nora Ariffin Dedah Permintaan Arwah Anak Sewaktu Masuk Belajar

  [Copy link]
Post time 8-12-2022 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Nora Ariffin tampil mendedahkan permintaan arwah anaknya, Mohd Syakir Alif Johan sewaktu mendaftarkan diri untuk belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana.


Menurut Nora, arwah anaknya pernah berpesan kepadanya untuk menghadiri majlis konvokesyennya selepas tamat pengajian di peringkat Diploma nanti.


Malah, arwah turut berpesan yang ibunya perlu membawa jambakan bunga ketika majlis tersebut berlangsung.




Foto: IG




“Terutama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada UiTM kerana masih ingin mengiktirafkan lagi kejayaan anak kita walaupun dia dah tiada.


“Sebenarnya, sepanjang saya berjalan tu saya bayangkan anak saya berada di sebelah saya. Alif ni memang rapat sangat dengan saya , masa hari pertama dia di sana nak daftar di UiTM tu kebetulan kita lalu kita tengok suasana konvo.


“Jadi dia dah cakap dah kepada saya untuk hadir di majlis konvokesyennya apabila dia dah habis diploma. Dia nak saya belikan bunga yang ada teddy bear dan dia kata dia nak juga saya buat benda tu dan dia sempat cakap dia taknak buang masanya untuk terus sambung degree,” katanya.




  



Pendedahan tersebut telah dikongsikan oleh Nora ketika ditemu bual di sebuah program televisyen berbayar, baru-baru ini.


Genap tahun pemergian anaknya, Nora menyifatkan Alif merupakan anak yang paling rapat dengannya selepas suaminya, Johan Nawawi meninggal dunia.


Malah, Alif juga merupakan pembangkit semangatnya untuk teruskan hidup dan kerjayanya sebagai seorang penyanyi disaat dia ingin berhenti menjadi penghibur industri muzik tanah air.




  



“Arwah sangat rapat dengan saya. Selepas arwah suami saya meninggal, dia yang menggantikan tempat Johan dia banyak menolong saya. Sebenarnya selepas suami saya meninggal tu saya taknak menyanyi dah tapi dia yang banyak beri semangat kepada saya.


“Sepanjang di belajar di UiTM, setiap malam dia telefon saya. Kadang-kadang bila takda kelas pun dia tanya minta saya ambilnya untuk pergi jalan-jalan. Dalam pukul 12.30 malam tu juga saya pergi sebab anak punya pasal.


“Mungkin anak-anak lain tak pernah tahu, tapi arwah setiap hari bertanyakan kepada saya sama ada saya okay atau pun tidak. Bila dia tiada, saya tiada yang macam tu,” jelasnya.


  



Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi itu juga sempat berpesan kepada setiap individu yang bergelar anak agar terus berbuat baik kepada ibu bapa meraka.


“Kadang-kadang remaja ni ada nakalnya, tapi dalam nakalnya dia adalah anak yang tak pernah ingat yang saya kecil hati dengan dia sepanjang 20 tahun saya jaga dia. So, jadilah anak yang baik-baik kepada ibu bapa,” katanya. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2022 12:05 PM | Show all posts
kesiannya tgok vid majlis konvo tu..ni arwah yg buat bariatric tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 04:57 PM | Show all posts
mamajawie: kesiannya tgok vid majlis konvo tu..ni arwah yg buat bariatric tu ke?

a ah yela tu....
yg buat procedure tuh

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.065000 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list