PETALING JAYA – Masih ada peniaga atau pengusaha makanan yang degil menjadikan laluan pejalan kaki atau kaki lima sebagai sebahagian kawasan untuk berjualan.
Terkini, tular di Twitter milik Fareeza_MN, memaparkan peniaga yang meletakkan beberapa buah meja dan kerusi tambahan di laluan pejalan kaki berbumbung dipercayai di Wangsa Maju.
“Laluan pejalan kaki berteduh daripada hujan dan panas buat bumbung meja makan kedai kau,” ciapnya.
Menerusi ciapannya itu majoriti netizen turut marah dengan tindakan tidak bertanggungjawab peniaga tersebut sekaligus menafikan hak pengguna.
“Jangan tegur orang macam ni tak pernah salah,” komen Herimzln.
“Dekat LRT Wangsa Maju ni. Serius stres lalu situ. Pernah tegur sekali tapi saya yang kena marah,” ujar Imaaannn pula.
“Nanti bila DBKL angkut dikatanya Melayu ni asyik nak jatuhkan bisnes sesama Melayu. Melayu dengki dengan Melayu la,” respon Nur_Athirah97.
Sehingga kini perkongsian tersebut diulang ciap sebanyak 3,228 kali dengan 4,406 tanda suka. – KOSMO! ONLINE
Banyak kwasan yg jadikan tempat letak kereta sebagai kawasan berdagang makanan. Diorang ni dikenakan cukai/sewa ke FOC? Siapa yang kutip wang sewaan? Kerajaan ke developer? Diorang bukak gerai ni ikut prosidur ke? Ada permit dan sijil halal ke? Pengendali makanan tu semua ada buat saringan kesihatan ke sebelum dibenarkan beroperasi? Kalau dulu, diorang pasang khemah kecik, skrg dah advance pakai food truck.
Post time 8-12-2022 03:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
DBKL ..majlis perbandaran same ol’ same ol’ dek ni buat negara jd low class… gerai2 atap zink ..payung berdaki..meja lipat kepam merata. Takde visi pon nak jadikan KL world class city! Tak guna buat elok2 lorong pejalan kaki tp hakikatnye jd cam pasar tani jew..apooo dek! Sedeyyyhh
bukak je la Hawker Center mcm dkt singapore sana. nampak kemas dan teratur la sikit. Hawker Center ada, tapi tidak diseliarapi oleh majlis.. last2 nampak buruk dan kotor, pengunjung pon tak selera nak datang.
Post time 8-12-2022 08:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kt wangsa maju nih
Nih kang kalau majlis angkut dia kata la dengki ngn org melayu la itu inilaaah itulaa
Cuba la meniaga ikut undang2 n peraturan baru la berkat rezeki tu
Nih laluan penjalan kaki utk org nak lalu lalang sibuk plak nk open table mcm hak ko sendiri
Post time 8-12-2022 08:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kak-Rohana replied at 8-12-2022 03:44 PM
DBKL ..majlis perbandaran same ol’ same ol’ dek ni buat negara jd low class… gerai2 atap zink ..p ...
Aku mmg allergic bab payung berdaki tu
Mmg serabut la KL sekarang ni
Ni gara2 nuar musa yg benarkan org berniaga merata2 bandaraya.
Padahal lesen utk 6 bulan masa zaman covid dulu
Post time 9-12-2022 02:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
menyusahkann orang peniagaa macam niee. yangg palingg anoyying orang yang duk pacakk khemah banyak2 kat tepi pantaiii pastu gunaa pulakk pondok2 yang ada kat situ buat simpan barang diaaaa..
Post time 9-12-2022 04:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
WM ni patut jadi bandar terancang tapi dah jadi caca marba.. too high dense ngan byk indo dah mcm negara seberang.. kena belajar dengan developer shah alam & bb bangi.. rasanya these 2 township paling kemas & teratur.. ada la nmpm gerai payung tapi x padat & sampai ganggu lalu lintas & laluan pejalan kaki macam kat area wm ni.. wangsa maju, sentul dah mcm slump area sebab keadaan cam ni la