CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3277|Reply: 32

[Jenayah] Selamat tinggal 1MDB, 'RM600 Bilion' kini skandal terbesar dalam sejarah negara

  [Copy link]
Post time 8-12-2022 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 8-12-2022 04:03 PM

KUALA LUMPUR – Penggunaan dana negara sebanyak RM600 bilion tanpa dimaklumkan butiran perbelanjaannya kepada umum disifatkan sebagai skandal terbesar dalam sejarah Malaysia.



Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Isham Jalil berkata, jumlah itu mengatasi skandal 1MDB berjumlah RM42 bilion yang dimainkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Pengerusi Parti Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Wang RM600 bilion ini lebih besar dari skandal 1MDB. Saya ingat lagi (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) kata dia tak boleh bayang skandal 1MDB RM42 bilion itu banyak mana. Itu RM42 bilion, ini RM600 bilion, berapa belas kali ganda dari 1MDB.

“Apabila mereka berbelanja besar pada PRU15 tempoh hari, maka kita terfikir adakah sebahagian daripada RM600 bilion ini digunakan sebagai dana pilihan raya mereka?,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rancangan Jawab, Saya Tanya – Kerajaan Perpaduan – Di sebalik Yang Tersurat dan Tersirat siaran NRChannelTV di sini, malam tadi.

Isham turut menyatakan, ada dua faktor kemenangan 73 kerusi Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 lalu, antaranya kempen mereka kononnya parti itu bersih dan stabil.

Katanya, pada masa sama mereka mengutuk Barisan Nasional (BN) kononnya tidak bersih, rasuah dan sebagainya.

“Cuma, selepas ini rakyat akan tahu sama ada PN ini benar-benar bersih atau sebaliknya kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan korek isu dana RM600 bilion ini.

“Kedua, mengenai duit, kita tengok banyak kawasan kita, kawasan akar umbi kita, kubu kuat kita tiba-tiba kalah sampai majoriti 23,000 dan maklumat yang kita dapat mereka bagi tunai kepada pengundi. Ini yang perlu disiasat.

“Ini selaras dengan apa yang saya tengok, PN kali ini memang berbelanja mewah. Sumber duit pun kita terkejut, mana mereka dapatkan ini, bila kita tanya mereka tidak dapat jawab,” katanya.

Kata Isham lagi, pegawai-pegawai di Kementerian Kewangan pun mengakui ada isu penyalahgunaan kuasa mengenai pelaksanaan, tatakelola atau macam mana dana RM600 bilion itu digunakan.

“Anwar juga ada menyatakan, ada satu kes yang mana ada projek itu dibahagikan kepada syarikat berkenaan dengan keluarga bekas Perdana Menteri kelapan semasa negara diisytiharkan darurat dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebelum ini, UMNO sudah tanya, tapi tidak disiasat. Mungkin pihak kuasa ada kekangan dan sebagainya ketika itu. Sekarang, PN bukan kerajaan dan tidak ada lagi kekangan,” katanya.

https://malaysiagazette.com/2022/12/08/salah-guna-dana-rm600-bilion-lebih-besar-dari-skandal-1mdb-isham/

Info tambahan....

Rakyat mula mempersoalkan niat sebenar kerajaan melaksana proklamasi darurat apabila perbelanjaan besar kerajaan tiada penjelasan sewajarnya, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Razlan Rafii.

Katanya, "ketidakyakinan" terhadap alasan yang diberikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkenaan soal Proklamasi Darurat dapat dilihat melalui komen netizen atau warga maya di media sosial.

Jelasnya ada banyak alasan diberikan Muhyiddin termasuk pengambilan hospital swasta dan lain-lain berkenaan tatacara bagi menyelesaikan wabak Covid-19 itu yang dilihat tidak masuk akal bagi pemikiran rakyat yang waras.

"Rakyat makin nampak jelas alasan ini tidak logik kerana kemudahan hospital, tentera dan lain-lain sudah boleh digunakan tanpa isytihar darurat.

"Rakyat faham bahawa Darurat Perikatan Nasional (PN) dilakukan hanya kerana mahukan kerajaan ini kekal berkuasa tanpa berhadapan dengan pihak pembangkang di Parlimen.

"Mendaulatkan undang-undang adalah kepercayaan dan keyakinan bahawa Perlembagaan negara mesti di patuhi dan ditaati. Apabila darurat dilaksanakan, Perlembagaan secara langsung telah digantung, kerajaan tidak yakin dengan apa yang tertulis didalam Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Muhyddin Yassin memberi jaminan bahawa tiada motif jahat di sebalik pengisytiharan darurat seperti beberapa kebimbangan dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

Perdana menteri berkata pengisytiharan tersebut dilakukan dengan tujuan utama membendung penularan pandemik Covid-19 serta mempercepatkan langkah perundangan berkaitan pengurusan wabak itu.

"Ini merangkumi penggunaan aset hospital swasta, mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih hospital swasta atau membuat permintaan menggunakan sumber hospital swasta bagi merawat pesakit Covid-19.

“Jadi, sila yakin bahawa tidak ada motif jahat di sebalik pengisytiharan darurat ini,” katanya ketika berucap pada sesi dialog bersama industri anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu Razlan berkata, kepercayaan rakyat bukan boleh dipaksa-paksa dan rakyat merasakan mereka ditipu apabila perdana menteri memberikan alasan kebudak-budakan.

Katanya, rakyat Malaysia tidak ada tempat mengadu, wakil rakyat sudah tidak berfungsi kerana wakil rakyat kini mulutnya telah ditutup.

"Dalam jangkamasa darurat di lakukan, RM600,000,000,000.00 atau RM600 billion telah dibelanjakan.

"Rakyat hanya mengetahui angka ini, tidak ada siapa yang memberi penjelasan malah apabila Parlimen di gantung, setiap perbelanjaan boleh dibuat sewenang-wenangnya tanpa ada tatacara yang jelas.

"Kerajaan PN hanya memberi angka tanpa pecahan. Kerajaan PN dikatakan melaksanakan Perolehan Kerajaan sesuka hati, kepada mereka yang mempunyai kepentingan.

“Ada yang bertanya apa dia 'jana wibawa' atau nama-nama kontrak yang sedang berlegar diagih-agihkan dikalangan mereka yang punyai kepentingan rapat dengan kerajaan PN. Di mana untuk bertanyakan soal ini?" kata Razlan lagi.

https://www.malaysiakini.com/news/570950




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 11:41 AM | Show all posts
laaaa, Isham Jalil  ni grad dari harvard ka, apasal bila masuk politik terus jadi lemau, bang non sendiri pun dah bagitau dalam PC yang 600b tu ada duit mora dan kwsp dlm tu.

dah tu yg jadi menteri kewangan waktu tu pun si tengku zafrul yg bang non kutip jadi kan ahli kabibet, apasal yg nak tala dekat din pagoh

apsal tak tala dekat ismail sabri waktu dia jadi pm, nampak sgt la puak puak umgok ni dah ketandusan isu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 11:46 AM | Show all posts
dah jadi trend, blla tukar kerajaan terus cari kesalahan dan penyalahgunaan kuasa serta kewangan kerajaan terdahulu. bukan nak cari jalan macamana nak makmurkan negara, kayakan negara dan naikkan taraf hidup rakyat. Hilang terus jasa dan kebaikkan yang dibuat sebelum ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak ucap alhamdulillah ka.. nak ucap astafirullah ni? Haha… patut la meroyan sekor2 termasuk walaun2 lebai Cari makan!

cc: Skuau.. Au..auww! menyakau..
Perwira…sandiwara..
Solok dijolok!
Highflyer..Panasonic airfryer


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 12:45 PM | Show all posts
totokreturn. replied at 8-12-2022 11:41 AM
laaaa, Isham Jalil  ni grad dari harvard ka, apasal bila masuk politik terus jadi lemau, bang non se ...

Dia cakap sebahagian..dia tak cakap full 600 bil tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji bukan penuhkan kondo dengan beg mewah,jam tangan mewah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2022 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 8-12-2022 11:46 AM
dah jadi trend, blla tukar kerajaan terus cari kesalahan dan penyalahgunaan kuasa serta kewangan ker ...

Bukan soal nak cari salah....ko nak take over mustiler check bebetul bukan tukwr kerajaan ini ada protocol handing taking over kheunz? Setakat take reference dari pegawai tertinggi penjawat awam......

So perkara yg kalo ko tak teliti betul betul may have inpak on perlaksanaan ko mengendalikheun serta menguruskheun pentadbiran negara seterusnya...benda basic macam ini pun takkheun nak kena anak jiran aku yg 3 tahun terangkheun?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 01:50 PM | Show all posts
kita tengok sape yg kena....walaun2 nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 01:52 PM | Show all posts
Wak Yiddin dah lama merancang, UMNO and the rest jer yang lalai...

1. Cowgate scandal, 250 juta untuk sahrijat, dia yang approved, masa dia menteri pertanian .. boleh percaya ker kalau dia tak dapat apa apa...
2. Konon boleh jadi PM dengan cara tekan najib dengan scandal 1MDB, sekali najib lagi smart, pecat dia.. instead najib letak jawatan..
3. JV dgn TDM buat parti bunga raya, tumpang PH untuk menang.. ni memang best plan dia..
4. Dah nampak peluang untuk jadi PM setelah cubaan pertama gagal, terus buat langkah syaiton..sanggup mengkhianati kawan dan parti tempat dia menumpang naik..
5. Dah jadi PM, tak berani buat vote of no confident, tutup parlimen, sampai agong titah suruh bukak, itu pun dally delay sampai boleh kata derhaka lah..
6.Masa dia PM, macam macam package rangsangan yang berbillion billion sampai mencecah hampir 600 bil.. ( dalam siasatan)
7. Dah merancang siap siap untuk jadi PM selepas PRU 15, siap dengan signed SD terus jumpa agong., claimed ada majority konon macam dia buat masa langkah syaiton
8. Tak bersetuju dengan cadangan agong untuk PN bergabung dengan PH untuk tubuh kerajaan, sebab dia nak jadi PM jugak.

so mana nya bersih dan stabil nya kalau asal lahirnya pun dari hasil yang tak bersih...
PAS hanya jadi kayu sokong jer, jangan nanti sokong membawa rebah sudahlah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 02:35 PM | Show all posts
Kena cirit abahhh...tahniah




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Wellll… tepok
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 04:34 PM | Show all posts
terus senyap kes kapal LCS

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 08:09 PM | Show all posts
skandal atok dia, depan mata buat2 tak nampak...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cubaan nak membebaskan najib ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 8-12-2022 11:46 AM
dah jadi trend, blla tukar kerajaan terus cari kesalahan dan penyalahgunaan kuasa serta kewangan ker ...

Ia akan berterusan jika pru16 nnt bertukar gomen lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
margo20 replied at 8-12-2022 08:17 PM
Cubaan nak membebaskan najib ke?

Baru berapa bulan masuk jel. Eh jel vvip.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 8-12-2022 11:41 AM
laaaa, Isham Jalil  ni grad dari harvard ka, apasal bila masuk politik terus jadi lemau, bang non se ...

Almaklumlah mereka dah lupa mereka penyamun lepas membaptiskan diri sendiri

Isu 1MDB yg dimainkan oleh PN & Pejuang katanya.

Bukankah PH pun antara yg lantang memainkan isu 1MDB .
Kenapa masing2 dah hilang ingatan lepas perasan mereka dibaptis .
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 8-12-2022 11:46 AM
dah jadi trend, blla tukar kerajaan terus cari kesalahan dan penyalahgunaan kuasa serta kewangan ker ...

Setuju sgt, repeat tiap kali tukar gomen - rakyat mcmni jugak
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm merepek je songlap 600 billion.. takde breakdown takde apa.. pendapatan malaysia beberapa tahun pun tak cecah banyak tu..

Boleh tak kalo berdendam tu jangan nak emotional sangat sampai jaid merepek camni...

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 07:45 AM | Show all posts
kalau Tun & geng...600bil ni bukan banyak..1MDB yg banyak...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.074839 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list