CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1987|Reply: 24

[Politik] Majoriti besar isyarat rakyat meluat – Sanusi

  [Copy link]
Post time 8-12-2022 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KULIM: Majoriti besar diraih Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) memberi isyarat jelas rakyat meluat dengan Pakatan Harapan (PH) yang kini menjadi kerajaan bersama Barisan Nasional (BN).

Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kemenangan mereka di Parlimen Padang Serai amat penting walaupun tidak mengubah apa-apa keputusan di peringkat Persekutuan.

“Kemenangan ini sangat penting untuk memberi isyarat sama ada rakyat suka atau rakyat meluat. Kalau perbezaan majoriti 1,000 ke 2,000 undi itu (menandakan) rakyat tolak.

“Tapi kalau majoriti sampai berbelas-belas ribu itu rakyat meluat. Itulah signifikan keputusan Padang Serai kepada suasana politik hari ini,” katanya selepas pengumuman keputusan PRU15 Parlimen Padang Serai di sini, malam tadi.

Calon PN Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin menang dengan majoriti 16,260 selepas mendapat 51,637 undi mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Mohamad Sofee Razak yang meraih 35,377 undi.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit daripada PN mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 33,192 selain Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahya mengalahkan Datuk Mahfuz Omar di Pokok Sena dengan majoriti 31,751.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar berkata, keputusan PH dan BN bekerjasama termasuk yang dilakukan di Padang Serai tetap tidak mampu menghalang kehendak dan kemahuan rakyat walaupun digabungkan jumlah undi antara kedua-duanya.

Ketika ditanya faktor kejayaan PN di negeri itu, beliau berkata, politik harmoni adalah resepi utama yang memberi keselesaan kepada semua pihak dan tidak berlakon menjadi orang lain.

“Kita buat kerja sungguh-sungguh. Kita tak buang masa main politik, kita pun tak ambil tindakan balas dendam kat orang, kita tak cari salah orang dan kita teruskan projek-projek yang baik. Kita (juga) ada hubungan yang baik dengan pegawai-pegawai, agensi-agensi dan jabatan.

“Walaupun peratusan keluar mengundi hanya 68.9 peratus (di Padang Serai) tapi kita berjaya catat majoriti 16,260 walaupun kita bertanding enam penjuru. Saya rasa kalau dibuat pada hari cuti, pengundi yang akan keluar lebih ramai dan majoriti akan lebih banyak,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, Kedah tidak mustahil mampu menyapu bersih kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya dibubarkan selepas melihat momentum ketika ini.

“Kalau dijalankan pilihan raya Parlimen ini sekali dengan DUN, saya yakin kita akan menang 36-0 (kerusi DUN). Jadi ia akan menjadi satu pertimbangan sama ada pilihan raya DUN akan cepat atau lambat. Parlimen ini menjadi kayu ukur,” katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan hanya akan membubarkan DUN selepas Mac tahun depan seperti yang telah diputuskan bersama Kelantan dan Terengganu, sebelum ini. –UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasional/2022/12/majoriti-besar-isyarat-rakyat-meluat-sanusi/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 10:50 AM | Show all posts
baru padang serai, dah kecoh. PN kalah kerusi parlimen pun dah jelas tunjuk rakyat tolak. abahkau jugak masih berebut nak jadi PM. Abah segala darurat
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 11:05 AM | Show all posts
majoriti kalau parlimen setakat 16ribu bukan besar manapun. PH menang majoriti lebih puluh2 ribu pun banyak tempat, 100k pun ada macam gobind & mat sabu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 11:08 AM | Show all posts
nikaido replied at 8-12-2022 11:05 AM
majoriti kalau parlimen setakat 16ribu bukan besar manapun. PH menang majoriti lebih puluh2 ribu pun ...

tak payah nak tunjuk sapa paling teror la

dah sekarang ni memang pengundi pangkah ikut kaum
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 11:12 AM | Show all posts
sanusi ni tutoh tmj dah ler
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 11:18 AM | Show all posts
setuju ramai meluat dengan kau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2022 11:33 AM | Show all posts
Kepam!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 11:41 AM | Show all posts
nikaido replied at 8-12-2022 11:05 AM
majoriti kalau parlimen setakat 16ribu bukan besar manapun. PH menang majoriti lebih puluh2 ribu pun ...

Memanglah, dah kawasan tu pengundi bukan Melayu dan urban memang solid undi PH (cth: Damansara), janganlah dibandingkan dengan kawasan majoriti Melayu atau pengundi Melayu lebih ramai (cth: Padang Serai). Nak buat perbandingan biarlah sebijaknya. Cth: Jika PH menang besar di Marang, Terengganu tu baharulah hebat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 11:42 AM | Show all posts
salut aku dekat mb kedah ni

memang terbaik bila dia berucap

patut la rakyat kedah tak pangkah PH atau BN dah
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 11:42 AM | Show all posts
diam boleh tak..semak la dia ni..kau naik dulu pun sebab jv dgn pkr, dap tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu rakyat dah meluat. Kalau wak ngaku nk join pktn hanat sebelum pru15 confirm la bn berkubur terus.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 12:03 PM | Show all posts
Okayla.. kalau ni yg rakyat nak, MB yang bahasa kesat... I hormati pendirian rakyat. Macamana susahnya nak minta rakyat jaga kebersihan, macam tu la susahnya nak tepis sentimen agama dan bangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Org lagi meluat dgn lu la bai
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 12:13 PM | Show all posts
kawasan luar bandar, modal kempen melayu & islam boleh laa menang
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisah la luar bandar ke, dlm bandar ke, hujung bandar ke, yg pasti itu hak marhein . Dlm bandar tuh, confirm ke educated cerdik kayo rayo?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 12:24 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 8-12-2022 04:48 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 12:51 PM | Show all posts
Jagoh kamponggg lol
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
majoriti celah mana yg meluat...ramai jer melayu x suka pas
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 02:00 PM | Show all posts
totokreturn. replied at 8-12-2022 11:08 AM
tak payah nak tunjuk sapa paling teror la

dah sekarang ni memang pengundi pangkah ikut kaum

ya betul..pangkah ikut kaum & keluarga...

melayu shj bodoh pasal agama
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 02:05 PM | Show all posts
Lahai nusi nihhhh.
Dia tak tengok ke pru2 sblm ni belah2 utara ni keadaan mengikut angin bertiub.
Selang tahun bertukar parti memerintah
Pru13 BN masih lagi jaguh di sana.Pru14berubah sbb semua nak jatuhkan pok jib tu.
Pru15ni naik sbb penyokong BN beralih arah je tu pun sbb marah.
Dengan yakin ke Pru16 PN ni masih relevan nusi oiii.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.065015 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list