CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2936|Reply: 24

[Dunia] Pelancong asing ‘takut’ ke Indonesia

  [Copy link]
Post time 8-12-2022 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 8-12-2022 01:56 PM

JAKARTA: Keputusan kerajaan Indonesia meluluskan undang-undang yang menetapkan hubungan seks luar nikah sebagai jenayah mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai, termasuk industri pelancongan.



Hal ini kerana, undang-undang itu turut termaktub kepada pelancong asing yang memasuki atau bekerja di negara ini.

Kumpulan hak asasi manusia menyifatklan undang-undang itu sebagai ‘bencana’, selain menyaksikan banyak protes membantah pelaksanaannya dilakukan di seluruh Indonesia termasuk, Aceh, Bali, Surabaya, Jakarta dan Makassar.

Bagaimanapun, undang-undang tersebut tidak akan berkuatkuasa serta-merta dan dijangka dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun.

Kod undang-undang tersebut juga mendapat perhatian Australia apabila sektor pelancongan negara ini ‘banyak bergantung’ kepada pelancong dari negara berkenaan.

Ribuan pelancong Australia terbang ke Bali setiap bulan untuk melancong, melangsungkan perkahwinan tepi pantai atau meraikan berakhirnya sesi persekolahan.

Kebanyakan golongan belia Australia memilih Bali sebagai destinasi pilihan kerana ia lebih murah berbanding tempat pelancongan yang lain.

TANGGAPAN BERUBAH

Namun, pandangan mereka mula berubah selepas kod jenayah itu diluluskan di Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR) kelmarin.

Menerusi media sosial, kebanyakan warga Australia dan pelancong asing yang lain mula membincangkan relevan undang-undang berkenaan untuk mereka.

Ada dalam kalangan mereka menyatakan akan membawa sijil perkahwinan ketika melancong ke Indonesia dan ada juga yang tidak mahu datang ke negara ini sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.

“Undang-undang itu merupakan ‘langkah terbaik’ untuk musnahkan sektor pelancongan di Bali’,” kata seorang pelancong.

TIDAK PERLU BIMBANG

Bagaimanapun, pelancong asing dinasihatkan tidak perlu bimbang dengan undang-undang itu kerana polis akan melakukan siasatan atau penahanan sekiranya terdapat laporan daripada keluarga seperti ibu bapa, pasangan suami atau isteri dan anak mereka yang terlibat.

Selain itu, pihak berkuasa negara ini juga memberi jaminan undang-undang itu ‘kurang berisiko’ kepada pelancong asing kerana mereka yang boleh membuat aduan mestilah rakyat negara ini.

BERGANTUNG KEPADA PELANCONGAN

Sementara itu, seorang pemandu pelancong di Bali, Yoman menegaskan kod undang-undang tersebut boleh memburukkan sektor pelancongan di seluruh Indonesia.

“Saya sangat risau kerana kerjaya saya bergantung sepenuhnya kepada sektor pelancongan.

“Jika tiada pelancong datang ke Bali atau ke tempat lain di seluruh di Indonesia, bagaimana orang seperti saya ingin mencari makan? soalnya.

Jelas Yoman, ramai pelancong asing akan pergi ke tempat lain berbanding Indonesia kerana mereka tidak ‘sewenang-wenangnya’ membiarkan diri mereka dipenjara jika ditangkap bersekedudukan bersama pasangan yang belum berkahwin.

RAKYAT BANTAH

Dalam pada itu, majoriti rakyat Indonesia membantah langkah DPR meluluskan Draf Kanun Jenayah (RKUHP) menjadi undang-undang.

Draf yang diperkenalkan sejak era Hindia Belanda itu disifatkan tidak lagi relevan dengan situasi semasa di Indonesia kini.

Terdapat kira-kira 600 perbuatan jenayah di bawah draf tersebut termasuk seks di luar nikah, menghina presiden dan Perlembagaan serta hukuman mati. – AGENSI




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah semoga Malaysia follow soon
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 10:26 AM | Show all posts
kenapa undang-undang yang selari dengan perintah Tuhan selalu menerima bantahan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 10:30 AM | Show all posts
di malaysia sudah ada, jabatan2 agama negeri rajin serbu hotel2 murah, kereta2 rakyat, bilik2 apartment sebagai moral police...

moral police kena ada kerana di mana lagi orang melayu nak kerja kalau tak di jabatan agama?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 10:31 AM | Show all posts
patut dah lama buat ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 10:32 AM | Show all posts
Paiya replied at 8-12-2022 10:26 AM
kenapa undang-undang yang selari dengan perintah Tuhan selalu menerima bantahan?

sebab manosia lagi suka ikut nafsu,
lagi syiok seronot penuh dengan kenikmatan donia

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2022 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 8-12-2022 10:30 AM
di malaysia sudah ada, jabatan2 agama negeri rajin serbu hotel2 murah, kereta2 rakyat, bilik2 apartm ...

Batam bakal menyepi....banyak rumah rumah urut akan tutup bisness...anak anak ayam merudum.....skills selain dari yg uhuk uhuk  takda ....

Indonesia bakal hadapi rusuhan.....anak anak ayam baring tengah jalan....mata pebcarian mereka ditabur dgn pasir
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg pangkah indon..penuh dgn scammer, dari teksi, hotel, pak supir, kedai makan. sikit3 minta extra, buat muka kesian cakap anak ramai etc. Makan pun kotor. Better pi thailand, puas hati makan tomyum ori
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakal jd negara facist..  surveillance state cam china.. iran. Sampai bilik tidor org pun nak menyibok. Podahhh!

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 10:41 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 8-12-2022 09:23 AM
Baguslah semoga Malaysia follow soon

Aminn.

tapi rasa nya tak mungkin.
geng2 liberal dan lawyer hak asasi manosia kuat berkokok dalam negara ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 10:47 AM | Show all posts
Undang-undang larang bersekedudukan, tetapi bagi tau orang tempatan sahaja boleh report, tourist jangalah takut...ada report baru ada tindakan.. datang jer jangan orang report dah lah..

perkenal undang-undang tetapi bagi tau juga kelemahan undang-undang itu supaya orang jangan takut.. kelakar pulak
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 11:17 AM | Show all posts
acheh pun bantah ke? bukan kt acheh undang2 dah memang ketat ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelancong yg nak berzina dgn rakyat tempatan je terjejas. Kalau pelancong sekadar nak nikmati keindahan alam, budaya, makanan semua tu takde masalah. Baguslah. Toksah dilayan sgt permintaan org nak berzina.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 8-12-2022 09:23 AM
Baguslah semoga Malaysia follow soon

Nak bunuh industry tourism buat la.. dengan Mariah kari hang tu skali kena sular bawak anak ikan duduk Grand Hyatt kan????????
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecattaik replied at 8-12-2022 02:59 PM
Nak bunuh industry tourism buat la.. dengan Mariah kari hang tu skali kena sular bawak anak ikan d ...

Anak ikan Bryan tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 03:31 PM | Show all posts
juboqhang replied at 8-12-2022 10:38 AM
Bakal jd negara facist..  surveillance state cam china.. iran. Sampai bilik tidor org pun nak menyib ...

sebab imam mahadi dah nak sampai dah dari donia molayu ni
pemuda kicap tamin will rise


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam mana nak buktikan zina? Nanti loyar tanya pulis ko nampak ke dek batang masuk faraj awek dia? Lain la dlm bilik semua ada CCTV dek…
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh la suku sakat friska babu ndon kumpul kebo lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 08:26 PM | Show all posts
Utk org islam kut.. agama lain lantak laaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts

Bukan nya pelancong asing yg bg rezeki
Nk risau buat apa

Ini sama la mcm bekas menteri vaksin sekor tu
Nk susah kn hidup org yg xvaksin
Last2 dia yg melingkop cash la padan muka  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.210402 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list