CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 787|Reply: 4

[Politik] Anwar jangan toleh belakang

  [Copy link]
Post time 8-12-2022 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa anggota Kabinet menegaskan segala projek kerajaan terdahulu yang memberi manfaat kepada rakyat akan diterus malah diperkasakan lagi.
Penegasan mereka pastinya melegakan banyak pihak kerana ia menunjukkan hala tuju jelas kerajaan baharu tentang ke mana mahu dibawa negara ini.

Malaysia sepatutnya mencapai status negara maju mengikut acuannya tersendiri dua tahun lalu tetapi Wawasan 2020 yang dilancarkan pada 1991 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad gagal mencapai sepenuhnya matlamat yang disasarkan.

Kedatangan pandemik Covid-19 pada awal tahun 2020 memburukkan lagi keadaan dan menutup kekecewaan pencapaian Wawasan 2020. Pelaksanaan sekatan pergerakan dan penutupan sektor ekonomi hampir sepenuhnya bagi menyekat tersebarnya virus coronavirus itu benar-benar menjejaskan negara.

Bukan sahaja Malaysia, seluruh dunia juga mengalami bencana yang sama.
Bagi negara ini pula, keadaannya lebih kritikal apabila politik negara turut bergolak selepas kerajaan

Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Politik tidak stabil itu berterusan sehingga menyaksikan pertukaran tiga kerajaan dalam tempoh lima tahun.

Ketika negara lain yang terjejas dengan Covid-19 mula melangkah membina semula negara masing-ma­sing, Malaysia pula terus tercari-cari rentak untuk bangkit semula.

Sehinggalah Pilihan Raya Umum Ke-15 berakhir pada 19 November lalu, negara menyaksikan sekali lagi pertukaran kerajaan dan kali ini lebih menarik apabila dua parti yang berseteru bekerjasama pula bagi membentuk kerajaan selepas tiada satu parti pun yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu.

Kerajaan baharu kali ini menjanjikan kelainan apabila Anwar bertegas mahu memerangi rasuah, adil kepada semua, perbelanjaan berhemat dan membina Malaysia.

Anwar tidak mahu ‘mengorek’ polisi lama semata-mata dilaksanakan kerajaan sebelum ini sebaliknya bekerja terus untuk masa depan negara yang lebih baik. Itu permulaan yang bak untuk negara terutama dalam membina keyakinan pelabur asing untuk datang ke negara ini.

Pengalaman kerajaan lalu yang memberi fokus keterlaluan terhadap kesilapan kerajaan terdahulu dan mendakwa negara sudah bankrap akibat korupsi akhir­nya memakan diri sendiri kerana hilang keyakinan pelabur luar.

Dasar-dasar kerajaan terdahulu yang baik ditukar atau dihentikan amat merisaukan rakyat yang turut meragui kemampuan kerajaan terutama apabila manifesto mereka ditinggalkan begitu sahaja.
Anwar boleh melihat ke belakang terutama projek-projek meragukan tetapi jangan sampai lupa melaksanakan janji-janji yang ditawarkan ketika kempen pilihan raya.


https://www.utusan.com.my/commentary/anwar-jangan-toleh-belakang/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Anwar memang tak perlu toleh ke belakang.. Sebab posisi dia memang sentiasa kat belakang katanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2022 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk belakang tu mcm nak mengena...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Highflyer19 replied at 8-12-2022 09:44 AM
Tajuk belakang tu mcm nak mengena...

Cabut sat. Nak kentut
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 10:30 AM | Show all posts
yes yes yes go go go go
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.108183 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list