View: 1326|Reply: 9
|
[Tempatan]
Tidak Tahu Nak Fokus Yang Mana,Peristiwa ini Banyak Kejadian Serentak Berlaku Pada Waktu Sama buat netizen rasa deejavu
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 8-12-2022 12:40 AM
https://vt.tiktok.com/ZS8Lj2CQp/
video yang tular di laman TikTok baru-baru ini di mana memaparkan suasana jalan raya yang dipenuhi dengan kenderaan lain dan kelihatan sebuah kereta Proton Satria berwarna merah dipenuhi asap tebal.
Akibat asap yang tebal itu, seorang lelaki bertindak menggunakan tong pemadam api memecahkan tingkap kereta tersebut dipercayai bagi mengurangkan asap yang tebal itu.
Tidak cukup dengan itu, apa yang membuatkan warga netizen berasa geli hati melihat video ini apabila banyak lagi kejadian lain yang berlaku dalam video tersebut pada waktu yang sama!
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @johnkelabu30 itu, selain kejadian kereta tersebut, jika diperhatikan dengan teliti terdapat seorang lelaki pula yang terjatuh ke dalam longkang.
Hampir separuh badannya termasuk ke dalam longkang tersebut.
Kemudian, kelihatan pula seorang lelaki yang berjalan mendekati tanda jalan lalu tanpa disedari kepalanya pula terhantuk pada papan tanda jalan berkenaan.
Bukan itu sahaja, video tersebut juga dipenuhi teriakan orang ramai di kawasan kejadian yang aneh itu.
Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video TikTok berkenaan telah berjaya meraih sebanyak 3.9M tontonan, 299.4K tanda suka dan 7322 komen.
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terhibur melihat pelbagai kejadian yang terjadi dalam satu masa itu sehinggakan warganet juga berseloroh mengenai kejadian tersebut.
Sumber @johnkelabu30
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Cemas sbb kereta berasap
Tapi jd lawak yg jatuh longkang yg langgar tiang |
|
|
|
|
|
|
|
Observant betul org yg notice kejadian2 tu, aku mula2 nmpk kereta berasap je, sampai kena ulang2 nk tgk kejadian2 yg lain tu hehe
Yg jatuh lubang (pun prihatin nk tlg kereta berasap, kenapa boleh ada lubang kat situ, bahaya) dan langgar sign board tu sebab dok fokus pd kereta berasap. |
|
|
|
|
|
|
|
pergi mana2 bawak suwey kpd org keliling kah |
|
|
|
|
|
|
|
yg 2 lg tu ralit tgk kete tu ye tu terlanggar tiang n terjatuh lubang.. tp bahaye lubang tu kalau budakla jatuh fuh |
|
|
|
|
|
|
|
kena ulang 3 kali video tu utk tengok semua kejadian,
rasanya dlm movie xbyk ada babak mcm ni hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 8-12-2022 08:13 AM
pergi mana2 bawak suwey kpd org keliling kah
Adoiii gelak aku |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak kali ulang tengok sampai iols gelak keluar air mata punya pasai |
|
|
|
|
|
|
| |
|