CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2646|Reply: 36

[Politik] TERKINI: BN menang DUN Tioman, PN menang parlimen Padang Serai

  [Copy link]
Post time 7-12-2022 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 7-12-2022 11:08 PM

Calon BN Mohd Johari Hussain mendapat 8,080 undi diikut rapat calon PH Nor Idayu Hashim dengan 7,507 undi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Keputusan pilihanraya DUN Tioman menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Johari Hussain mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan dengan majoriti 573 undi.

Keputusan itu menyaksikan Johari yang juga penyandang tiga penggal mengekalkan status quo BN di DUN berkenaan.Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ahmad Nasim Mohd Sidek di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Rompin.

Dalam pilihan raya itu, BN mendapat 8,080 undi, calon Perikatan Nasional (PN) 7,507 undi, Pakatan Harapan (PH) dengan 784 undi, Pejuang 79 undi dan Bebas 58 undi.

PH sebelum ini mengumumkan menarik diri di DUN berkenaan selepas membentuk kerajaan perpaduan bersama BN di Pahang dan Putarajaya selepas PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peratusan keluar mengundi DUN Tioman adalah sebanyak 58.39%.

Calon wanita tunggal Nor Idayu Hashim yang mewakili PN dicabar oleh calon BN yang juga penyandang kerusi itu, selain Osman A Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Sulaiman Bakar (Bebas).

Pada PRU14, BN yang diwakili Johari menang DUN Tioman dengan majoriti sebanyak 1,280.

**********************************************

Azman Nasruddin (tengah) bersama Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor (kanan) dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Roslan Hashim.

PETALING JAYA: Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional (PN) menang kerusi Parlimen Padang Serai di Kedah selepas memperoleh majoriti 16,260 undi berbanding pencabar terdekat Sofee Razak dari Pakatan Harapan (PH).

Kemenangan Azman menjadikan PN memperoleh 14 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah.Azman mendapat 51,637 undi manakala Sofee memperoleh 35,377 undi. Calon Barisan Nasional C Sivaraj turut mendapat 2,983 undi walaupun beliau menarik diri bagi memberi laluan kepada PH.

Calon bebas Sreanandha Rao mendapat 846 undi, diikuti Hamzah Abd Rahman dari Pejuang (424) dan Bakhri Hashim dari Pejuang (149).

Pilihan raya Padang Serai ditangguhkan susulan kematian calon PH M Karupaiya pada 16 Nov. Bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu meninggal dunia akibat serangan jantung.

Karupaiya memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2018 dengan majoriti lebih 8,000 undi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Di bagan serai yg dahulunya ph menang dgn lebih 8 ribu umdi hari ni dgn bergabung dgn bn boleh kalah dgn PN dengan majoriti lebih 16000 undi. Meleset 24000 banding GE14. Nampak what will happen in the future..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
adan uke dah tau org nyampah muka jahit tu dibawaknya lagi ke padang serai. muhasabah diri sket bangnon kerana wak jahit sekor, PH yg rugi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah....pru16 nanti nampak gayanya akan menang ngan mudah la
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pejuang pecah rekod semua calon kalah.
Eloklah dibubarkan aje parti ini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermm anuar musa kata Bersatu tak penah nak makan UMNO
Tp nampaknya mcm betul je PN nk gantikan BN, org melayu pun semua pi ke PN.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2022 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 7-12-2022 11:58 PM
Pejuang pecah rekod semua calon kalah.
Eloklah dibubarkan aje parti ini.

Malah semua calon hilanh wang deposit
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 7-12-2022 11:59 PM
Ermm anuar musa kata Bersatu tak penah nak makan UMNO
Tp nampaknya mcm betul je PN nk gantikan BN, o ...

Kalau dah bergabung dengan parti peliwat memanglah ahli2 UMNO sendiri geli lalu tinggalkan parti pindah ramai2 ke PN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 8-12-2022 12:19 AM
Kalau dah bergabung dengan parti peliwat memanglah ahli2 UMNO sendiri geli lalu tinggalkan parti p ...

Good morning papa????
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 12:24 AM | Show all posts
X-mas is coming snake game!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 12:36 AM | Show all posts

yg lawaknya lagu PKR ALTIMET PENYAMUN tu dah jadi lagu PN plk..amek lagi wak jahiddd...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
clara_nur replied at 8-12-2022 12:36 AM
yg lawaknya lagu PKR ALTIMET PENYAMUN tu dah jadi lagu PN plk..amek lagi wak jahi ...

Yg ni paling epic

Kawan2 PH kat FB ramai delete previous posting yg ada lagu ni Besar sungguh kemaluan mereka
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tioman ni sepatutnya PN boleh menang.. Tapi sebab peratus pengundi rendah sangat dan faktor calon PN yg tak menarik. Patut letak calon yg lebih berwibawa. Aku tengok ada banyak tempat juga calon PN tak strong

Contohnya Parlimen Bangi...  Ada ke patut budak umur 27 mana tah diletak jadi calon PN... Padahal Bangi tu punya la banyak tokoh2 yg gila hebat
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
bertahanla kita 5 thn ni dgn zahid hamidi dan anaknye nurul tu, i mkn sirap penenang je setiap hari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2022 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 7-12-2022 11:29 PM
Di bagan serai yg dahulunya ph menang dgn lebih 8 ribu umdi hari ni dgn bergabung dgn bn boleh kalah ...

Kulim bandar baharu pun PH kalah teruk. Masa tu x gabung pun ngan BN. Maksudnya PH mmg direject di kawsan majority melayu luar bandar. Lps ni bg BN je bertanding kawasan2 luar bandar, PH focus pd kawasan bandar je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 07:41 AM | Show all posts
lepas ni PN harap pikio2 calon yg berwibawa...jgn main taruk je...
n drp skrg PN kena buat keje kaw2....supaya pru 16 nnty xkecewa lagi...
sbb besar harapan dgn PN ni....
anak aku pru 16 nanty  dh 2 org leh mengundi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 07:56 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 8-12-2022 07:03 AM
Tioman ni sepatutnya PN boleh menang.. Tapi sebab peratus pengundi rendah sangat dan faktor calon PN ...

ya Bangi tu ramai geng2 kayangan T20 dan tokoh besar sama macam Shah Alam. kena letak calon A++ kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 8-12-2022 07:56 AM
ya Bangi tu ramai geng2 kayangan T20 dan tokoh besar sama macam Shah Alam. kena letak calon A++ ka ...

Percaturan bangang sape tah pi letak budak mentah 27 tahun kst Bangi kahkahkahkahkah

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
clara_nur replied at 8-12-2022 12:36 AM
yg lawaknya lagu PKR ALTIMET PENYAMUN tu dah jadi lagu PN plk..amek lagi wak jahi ...

Sedap pulak bebudak muda nyanyi ramai2. Papa nyanyi off key...haha
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 8-12-2022 07:29 AM
Kulim bandar baharu pun PH kalah teruk. Masa tu x gabung pun ngan BN. Maksudnya PH mmg direject di ...

Saifuddin yg kalah teruk di Kulim dgn muka x malunya jd menteri penuh. Hanat sungguh lah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.130087 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list