CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2980|Reply: 52

[Tempatan] KL South syurga ketenteraman di tengah kepesatan pembangunan

  [Copy link]
Post time 7-12-2022 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KL South menjadi semakin popular sejak kebelakangan ini.

PETALING JAYA: Masa depan tidak menentu dan cabaran dalam kehidupan seringkali memaksa kita memikirkan semula apa yang sebenarnya penting dalam kehidupan ini.

Selain tahap kesihatan optimum, ramai yang turut meletakkan keutamaan tinggi pada kualiti kehidupan yang baik, walaupun setiap individu mungkin mempunyai kriteria tersendiri dalam mencari lokasi dan persekitaran yang sempurna buatnya.Penduduk bandar masih cenderung menghuni kawasan yang populasinya tinggi, manakala mereka di kawasan subbandar mungkin lebih selesa tinggal di kawasan pembangunan yang tidak terlalu dekat dengan kepesatan kawasan pusat bandar.


Dua tahun kebelakangan ini, lebih ramai orang kerap berada di rumah, memandangkan pelbagai perintah kawalan pergerakan, arahan bekerja dari rumah, selain kaedah bekerja secara hibrid yang dilaksanakan. Ini secara tidak langsung menyebabkan lebih ramai orang juga semakin menghargai kadar kehidupan kurang pesat, yang tetap menawarkan akses terhadap kemudahan penting.Jadi tidaklah mengejutkan apabila semakin ramai orang kini memburu kehidupan seimbang di kawasan kediaman yang serba tenang, tetapi memiliki segala kemudahan seperti ditawarkan di bandar.

Kehendak pembeli rumah kini beralih kepada mencari gaya hidup tenteram, bukan lagi sekadar mencari tempat yang berhampiran kemudahan awam dan transit. Disebabkan itu mereka mencari pembangunan mesra insan, yang menerapkan idea hijau, kelestarian, akses mudah, kehidupan bermasyarakat, dan gaya hidup sihat.

Dengan globalisasi dialami sejak beberapa dekad ini, bandar metropolitan Kuala Lumpur (KL) semakin berkembang, malah kini ia antara bandar paling ramai diduduki di Malaysia, dengan daerah perniagaan pusat (CBD) tersendiri yang maju. Pembangunan KL juga begitu meluas meliputi koridor selatan atau dikenali sebagai KL South.Pembangunan pesat di selatan KL tidak menghairankan memandangkan sempadan ibu negara juga semakin berkembang.


Pembangunan pesat di selatan KL memang tidak menghairankan memandangkan sempadan ibu negara juga semakin berkembang.

Antara faktor yang menyumbang ke arah keadaan ini termasuk pertambahan penduduk dan status Putrajaya-Cyberjaya yang semakin menonjol, selain kedudukannya yang hampir dengan Seremban, Negeri Sembilan.


Menurut banci penduduk Malaysia 2020, Putrajaya dan Sepang mengatasi nilai 1.7% kadar pertumbuhan penduduk negara sehingga kira-kira tiga kali ganda, iaitu masing-masing pada 4.7% dan 4.5%.Sementara itu, KL South merekodkan peningkatan pendapatan tertinggi, apabila Sepang menunjukkan pertumbuhan pendapatan purata isi rumah sebanyak RM12,254 dengan kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) 6.4%. Ini adalah berdasarkan tinjauan pendapatan isi rumah dan kemudahan asas dilakukan Jabatan Perangkaan pada 2019.

Prinsipal dan pengasas Art Toh Sdn Bhd, Arthur Toh melihat potensi untuk pembangunan hebat di KL South, dengan lokasinya yang strategik di kawasan pertemuan daerah-daerah utama melibatkan Kuala Lumpur, Petaling, Hulu Langat dan Sepang, selain turut merangkumi pusat pentadbiran negara di Putrajaya serta hab digital, Cyberjaya.

Toh melihat De Centrum City (DCC) sebagai kawasan bandar yang dikelilingi kemudahan institusi dan penyelidikan, selain turut menawarkan kebebasan alam semulajadi. Antaranya The Acre by Farm Fresh – restoran yang baru dibuka dengan pemandangan indah dalam persekitaran ladang yang sesuai untuk aktiviti bersiar-siar bersama keluarga, malah turut menawarkan lawatan pendidikan untuk anak-anak. Selain itu, Benua Equestrian Stables juga menawarkan latihan menunggang kuda.

Enklaf eksklusif ini menawarkan gaya hidup mewah dengan akses mudah kepada kemudahan pendidikan tinggi serta latihan bertaraf premium. Universiti Putra Malaysia (UPM), Petronas New Leadership Centre, Institut Semarak Felda (ISEF), Maybank Academy, Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) selain pelbagai institut bioteknologi semuanya terletak hanya 10 minit dari komuniti bertaraf eksekutif ini.

Pekarangan UPM juga meliputi taman komuniti, selain taman sensori kanak-kanak dalam lingkungan satu kilometer dari DCC, amat ideal bagi pembeli yang mendambakan kediaman yang mampu meningkatkan kualiti kehidupan serta kesejahteraan keluarga.

“Kedudukannya memang di tengah-tengah, iaitu kira-kira 6km ke selatan KL dan utara Putrajaya. DCC juga menawarkan akses bebas tol ke pusat pentadbiran, Kajang, KLIA, dan kawasan kejiranan lain di Bangi,” katanya.

Lokasinya tidaklah terlalu hampir dengan hingar-bingar CBD, tetapi masih cukup dekat untuk anda memandu masuk ke KL.

Memandangkan pejabat kini bukan lagi semestinya hab pusat untuk para pekerja, trend terkini yang semakin popular dalam bidang hartanah ketika era pascapandemik ini menunjukkan peralihan kepada kawasan luas yang mampu menawarkan gaya hidup lebih mampu milik, tetapi masih dekat dengan segala kemudahan ditawarkan di pusat bandar.

Dengan kebanyakan infrastruktur dan kemudahan telahpun dilengkapkan, pembangunan di KL South – tidak kiralah baharu atau sedia ada – nyata akan lebih berkembang lagi seterusnya menjadikan hartanah di situ jauh lebih menarik di masa akan datang sama ada untuk dihuni mahupun sebagai pelaburan di hari muka.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Lukut north panggil KL south.

Prrfthhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
KL la sgt ..pdhal dah hujung dah nk masuk n9..pastu bangunan tinggi lebih 40 tingkat...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 09:25 AM | Show all posts
fefeeling urban gichew nama omputih
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 09:30 AM | Show all posts
bukan kampung kerinci kah ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2022 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 7-12-2022 09:30 AM
bukan kampung kerinci kah ni...

Itu bangsar south
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2022 09:54 AM | Show all posts
Bangi South pun ada kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:33 AM | Show all posts
kat mana pulak KL south bedebah hanat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 10:38 AM | Show all posts
venom1 replied at 7-12-2022 09:54 AM
Bangi South pun ada kan?

pj south pun ada
kenapa hanat2 ni gila sgt dgn south?
kurang north


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:41 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 7-12-2022 02:38 AM
pj south pun ada
kenapa hanat2 ni gila sgt dgn south?
kurang north

bunyi dia urban abg abu. mcm south korea
klu letak north.. mcm mundur sikit.. mcm north korea
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:46 AM | Show all posts
TabletSusu replied at 7-12-2022 10:41 AM
bunyi dia urban abg abu. mcm south korea
klu letak north.. mcm mundur sikit.. mcm north korea :lol ...

ohhhhhh logik juga
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:48 AM | Show all posts
TabletSusu replied at 7-12-2022 10:41 AM
bunyi dia urban abg abu. mcm south korea
klu letak north.. mcm mundur sikit.. mcm north korea :lol ...

kenapa tak west, or east?


east timor, timur timor



Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:52 AM | Show all posts
bangi = south kl

shah alam ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 11:03 AM | Show all posts

west xde mngkin sbb PJ dah ada identiti tersendiri yg sama hebat dgn KL
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 11:07 AM | Show all posts
kita perlu bangunkan highway dr johor-pahang-terengganu-kelantan di east coast...lebih kurang mcm PLUS Highway
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Jln uniten tu kalau jem cam hanat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 12:24 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 7-12-2022 12:27 PM
Dengan globalisasi dialami sejak beberapa dekad ini, bandar metropolitan Kuala Lumpur (KL) semakin berkembang, malah kini ia antara bandar paling ramai diduduki di Malaysia,

haha kl makin berkembang??ayat sebijik mcm artikel dlm majalah tahun 70,80an masa kl masih bbnu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 12:25 PM | Show all posts
nak paling maju Jamaica South la, ada changi airport gittew
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 12:32 PM | Show all posts
kasibiman replied at 7-12-2022 09:18 AM
Lukut north panggil KL south.

Prrfthhh

Lokasyen...lokasyenn.

KL North. (Segambut/Jinjang Tepi)
Bangsar South. (Ulu Kerinchi Dalam Tambahan)
D'sara (Ulu Sungai Buloh/Paya Jaras/Hilir Batang Berjuntai)

Tak eran kalu jajahan Gumbak Bt. Doblas sampai Ulu Yam Lama buleh jadi Genting West.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jugak kl kl tu walaupung haussss jah
Yang btol2.kl south rasanya cheras la.kot..sebab mmg selatan kl kan...
Choi.jah jauh banat gitu panggil kl south..
Nak kasi naik value kan nn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.425895 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list