View: 2052|Reply: 15
|
[Tempatan]
Asri Hamidin dicutikan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) baharu akan dilantik?
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Status Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Seri Asri Hamidin menjadi teka-teki apabila beliau tidak kelihatan ketika majlis sambutan hari pertama Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi.
Malah, ketika sidang media selepas program taklimat dengan Perdana Menteri yang dihadiri pegawai kanan Kementerian, Anwar turut menyebut perbincangan mengenai kedudukan penasihat kewangan negara dengan KSP baharu.
Beliau yang diminta mengulas mengenai kedudukan penasihat khas kewangan yang diketuai Tan Sri Mohd Hassan Marican, menyatakan sebarang perkara termasuk keahlian dan akses terhadap maklumat kewangan negara akan dibincangkan dengan pegawai kanan kementeriannya serta KSP yang baharu.
"Saya perlu berbincang dengan Tan Sri Hassan mengenai syarat serta keutamaan.
"Dan sudah tentu kami akan merujuk berbincang dengan pegawai kanan berkaitan dan KSP baharu," katanya.
Anwar bagaimanapun tidak menyatakan siapa KSP baharu itu manakala hantaran melalui akaun Twitternya juga tidak menyebut mengenai KSP baharu.
Sementara itu, BH difahamkan bahawa Asri, 56, yang dilantik pada 2020 sudah dicutikan.
Cubaan untuk mendapatkan maklumat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali tidak berhasil.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1036248/asri-hamidin-dicutikan-ketua-setiausaha-perbendaharaan-ksp-baharu
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kata tak nak kacau penjawat awam... |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh... Lagi 4 tahun service tu |
|
|
|
|
|
|
|
creep_bite replied at 7-12-2022 12:44 AM
Dulu kata tak nak kacau penjawat awam...
Dia kan muka penipu. |
|
|
|
|
|
|
|
creep_bite replied at 7-12-2022 12:44 AM
Dulu kata tak nak kacau penjawat awam...
Dengar boleh percaya jangan |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah....acik porem bangang ni mana reti membaca.jenis baca tajuk...itupun hauk |
|
|
|
|
|
|
|
Senang2 ko lantik je wan jijah jadi ksp, senang laki bini buat keja |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingergrumpy at 7-12-2022 06:41 AM
Not surprising that a number of difficult but probably the right calculated decisions need to be made as you move forward to an already difficult government that was formed from a coalition..kata anak jiran aku yg 3 tahun....
Gosh this 3 yr old mind kid.....pikirannya melangkau usia....
|
|
|
|
|
|
|
|
ade sangkut kes 600b kot noh. tiberrr plak stor sampah terbakorrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Kadok da naik junjung. Tahniah msia. |
|
|
|
|
|
|
|
dia dah start dah…..
jarum halus in action |
|
|
|
|
|
|
|
elok la hapuskan musuh keliling pinggang dulu untuk lebih mudah buat kerja, nanti kena sabotaj |
|
|
|
|
|
|
|
nak siasat 600b, kena la yg terlibat dicutikan. kenapa tak cuti sekali ksn tu, dia setiausaha kabinet kot, semua keputusan dia yg advice |
|
|
|
|
|
|
|
kesian acik Asri, semoga dapat pencen nohhh |
|
|
|
|
|
|
|
biasalah bila dah berkuasa anything can happen |
|
|
|
|
|
|
| |
|