CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 634|Reply: 5

[Politik] Belum ada perbincangan berhubung kerjasama PH-BN di Pulau Pinang

  [Copy link]
Post time 7-12-2022 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


GEORGE TOWN: Belum ada perbincangan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang berhubung kerjasama antara kedua-dua parti itu termasuk berkaitan pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi PH Pulau Pinang yang juga Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika ditanya berhubung perkara tersebut rentetan kerjasama antara kedua-dua parti berkenaan dalam kerajaan perpaduan di peringkat Pusat ketika ini.

Jelas Kon Yeow yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, kedua-dua pihak sama ada DAP atau BN Pulau Pinang masih belum berbincang berhubung isu kerjasama tersebut.

“Belum ada perbincangan di antara PH dan BN, dalam parti DAP pun tidak bincang apa-apa lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, BN Pulau Pinang sehingga kini juga masih belum membuat sebarang kenyataan bagi menjelaskan pendirian berhubung isu kerjasama dengan PH di peringkat negeri itu.

Bagaimanapun, mengambil kira senario perubahan semasa politik di peringkat Pusat, adalah diyakini PH dan BN Pulau Pinang juga dijangka membentuk kerjasama menjelang PRN negeri itu tidak lama lagi.

Ia juga mengambil kira penubuhan kerajaan negeri selepas PRU-15 di Pahang dan Perak yang dibentuk hasil kerjasama antara PH dan BN.

Pulau Pinang antara tiga buah negeri di bawah PH selain Selangor dan Negeri Sembilan yang masih belum membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada PRN bersama-sama tiga lagi negeri di bawah Pas iaitu Kelantan; Terengganu dan Kedah.

Terdahulu, Kon Yeow dilaporkan berkata, tidak ada keperluan untuk ketiga-tiga negeri di bawah PH untuk mengadakan PRN dalam masa terdekat dan perkara itu juga akan mengambil kira beberapa faktor seperti sambutan Tahun Baharu Cina; Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta banyak lagi.

Bagaimanapun, Kon Yeow turut terbuka sekiranya keenam-enam negeri mengadakan PRN serentak bagi menjimatkan kos selain memudahkan orang ramai untuk pulang mengundi. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasional/2022/12/belum-ada-perbincangan-berhubung-kerjasama-ph-bn-di-pulau-pinang/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 01:09 AM | Show all posts
Tak perlulah, dah elok dap memerintah selama ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemimpin UMNO patut dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 08:47 AM | Show all posts
bg la BN memerintah sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2022 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 7-12-2022 07:14 AM
Pemimpin UMNO patut dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang

Setuju banget…
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 09:48 AM | Show all posts
nk senang kira, semua dun pp, n9, selangor bagi kat PH... BN fokus dun kat kedah, ganu, klate..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.078910 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list