CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 653|Reply: 2

[Tempatan] Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dilantik jadi Pengerusi MQ Tech

  [Copy link]
Post time 6-12-2022 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sisturNgensot at 6-12-2022 09:47 PM



KUALA LUMPUR: MQ Technology Bhd (MQ Tech) membuat penetapan semula membabitkan jawatan pengurusan tertingginya dengan melantik Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sebagai Pengerusi yang baharu berkuat kuasa 5 Disember 2022.

Nurulhidayah sebelum ini memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MQ Tech selepas dilantik bagi memegang jawatan itu pada 2 Jun lalu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MQ Tech mengumumkan Pengerusinya, Datuk Lim Char Boo ditetapkan semula sebagai Naib Pengerusi berkuat kuasa pada hari yang sama.

Nurulhidayah, 44, adalah anak kepada Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Antara pengalamannya termasuk berkhidmat sebagai Naib Presiden Komunikasi Korporat (Pengurus Besar) di Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dari Disember 2012 hingga April 2016.

Nurulhidayah memegang ijazah komunikasi daripada Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Lincoln University College.

MQ Tech adalah syarikat yang terbabit dalam perniagaan perkakasan dan prototaip, yang membangunkan acuan, alatan, jig serta lekapan yang digunakan dalam pembuatan pemacu cakera keras, industri automotif dan perubatan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
all is swell again in zahid's world. thank u to anwar n zahid coalition, kak long can breath again.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp zaman sblm kak long dibenci, ramai selebriti rapat dgn dia termasuk penyanyi bernombor. Adakah mereka2 ini akan kembali menghimpit kak long?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.055742 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list