CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Kenapa tayang aksi kanak-kanak cuba bunuh diri' - CAP

[Copy link]
Post time 6-12-2022 07:11 PM | Show all posts |Read mode
'Kenapa tayang aksi kanak-kanak cuba bunuh diri' - CAP



Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my



GAMBAR hiasan




Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini mengecam tindakan sebuah stesen televisyen (TV) swasta memaparkan adegan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun cuba membunuh diri dalam sebuah drama bersiri Tamil yang ditayangkan di negara ini.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow berkata pihaknya menerima lebih 50 aduan daripada ibu bapa yang meluahkan kemarahan kerana rancangan sedemikian disiarkan kepada masyarakat tanpa tapisan.

Beliau berkata drama tersebut diterbitkan di India Selatan dan agak popular terutamanya dalam kalangan suri rumah selain menjadi tontonan pilihan keluarga.

"Adalah tidak beretika dan tidak masuk akal untuk menunjukkan kanak-kanak berusia 10 tahun cuba membunuh diri kerana dia ingin tahu siapa bapa kandungnya.

"CAP rasa kita tidak memerlukan drama sebegitu untuk ditayangkan di negara kita dan mengapa stesen TV tempatan tidak menapis adegan sedemikian.

"Adegan itu tidak terpakai di India Selatan bahkan tidak terpakai juga di Malaysia dengan CAP menerima banyak aduan daripada ramai ibu bapa kerana menayangkan adegan itu selama hampir 10 minit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai dan CAP mendesak stesen TV berkenaan memohon maaf dan berjanji tidak mengulangi perkara sedemikian.

CAP turut menggesa pihak bertanggungjawab memainkan peranan aktif dalam menapis kandungan rancangan serta siri televisyen yang diambil dari luar negara.


Disiarkan pada: Disember 6, 2022 @ 6:23pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.274462 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list