CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 689|Reply: 3

Ramai Peniaga ‘Angkat Kaki’ Dari Pasar Malam, Jadi Penghantar Barangan

[Copy link]
Post time 6-12-2022 06:51 PM | Show all posts |Read mode
Pandemik Covid-19 seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan antara punca mengapa ramai peniaga ‘angkat kaki’ mencari rezeki di pasar malam sehingga menyebabkan lokasi tumpuan suatu ketika dahulu kini kurang pengunjung.


Selain itu, kenaikan harga barangan mentah dan kos sara hidup juga mendorong golongan peniaga beralih arah kepada perniagaan tepi jalan atau menjadi penghantar barangan.


Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Malam Bumiputera Shah Alam dan Klang, Kamarul Nizam Razak berkata, masalah kekurangan peniaga perlu diatasi bagi memastikan pasar malam terus relevan dalam kalangan masyarakat.




PASAR malam dahulu menjadi tumpuan pengguna mencari barangan keperluan, namun situasi itu berubah selepas Covid-19. – GAMBAR HIASAN





“Pendapatan peniaga pasar malam ini adalah secara harian. Sejak PKP, ramai beralih kepada pekerjaan lain yang memberikan mereka pendapatan tetap.


“Kekurangan peniaga pasar malam khususnya golongan peniaga barangan am, pakaian atau aksesori dianggarkan merosot 20 peratus hingga 30 peratus.


“Kalau peniaga tidak ramai, pasar malam pun kelihatan tidak meriah. Secara tidak langsung, orang ramai tidak tertarik untuk datang ke pasar malam,” katanya.


Dalam pada itu, Kamarul Nizam mengakui peningkatan harga makanan di pasar malam juga salah satu faktor membuatkan pelanggan berjimat-cermat untuk berbelanja.


Bagaimanapun, katanya, para peniaga tidak boleh lari daripada menaikkan harga kerana tidak mahu terus menanggung kerugian dengan pelbagai kos lain seperti sewaan tapak, peralatan berniaga dan upah pekerja.


“Saya akui makanan dijual ada peningkatan dalam 20 hingga 30 peratus berikutan barang basah juga naik.


“Peniaga sayur-sa­yuran dan buah, mereka juga terpaksa menaikkan harga atas faktor cuaca, kerana apabila cuaca buruk kebanyakan tanaman sukar bertahan. Jadi bekalan sangat terhad.


“Peniaga tidak boleh berte­rusan jual pada harga sama, jadi terpaksa naikkan harga bagi mendapat pulangan modal semula,” katanya.


Kamarul Nizam memberitahu, peniaga berusaha ke arah pendigitalan bagi memudahkan pe­langgan yang datang berkunjung.


“Bagi persatuan dan peniaga, kami telah diarahkan untuk menggunakan bayaran digital.


“Selain itu, platform Warungku atau WarungMall, turut membantu kami para peniaga untuk kekal relevan dalam era digita­lisasi ini,” jelasnya.


Namun, ujarnya, kaedah tersebut agak susah untuk diadaptasi peniaga yang berusia.




Sumber: Kosmo








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak lama lg, rider pun ramai dok bawah pokok je...

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CiliPadiSedap at 6-12-2022 07:51 PM
jazaa100: Tak lama lg, rider pun ramai d ...


Tak lama lagi , kaka pasang hon kapal terbang.. kaka hon kapal terbang boeing su 57 mana2 musibat langgar traffick merah .

Minggu ni dah dua kali nyaris accident sebab orang lain langgar lampu merah.ini semua musibat
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga makanan dah dok niaga tepi jalan ..pacak khemah selagi boleh ..niaga hari2 bukan macam pasar malam sekali seminggu,pindah randah ..sewa tapak pasar malam pun dah sama mcam sewa kedai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.061688 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list