CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

Berjuta-juta Dana Bantuan Covid-19 AS Dicuri Penggodam China

[Copy link]
Post time 6-12-2022 06:48 PM | Show all posts |Read mode
Penggodam China didakwa mencuri manfaat bantuan COVID-19 Amerika Syarikat (AS) bernilai puluhan juta dolar sejak 2020, menurut Perkhidmatan Rahsia.


Bagaimanapun Perkhidmatan Rahsia enggan memberikan sebarang butiran tambahan tetapi mengesahkan laporan oleh NBC News yang mengatakan pasukan penggodam China yang dilaporkan bertanggungjawab dalam komuniti penyelidikan keselamatan dikenali sebagai APT41 atau Winnti.




Gambar hiasan




Menurut pakar, APT41 ialah kumpulan penjenayah siber prolifik yang melakukan gabungan pencerobohan siber yang disokong kerajaan dan pelanggaran data bermotifkan kewangan.


Beberapa ahli kumpulan penggodaman sudah didakwa pada 2019 dan 2020 oleh Jabatan Kehakiman AS kerana mengintip lebih 100 syarikat, termasuk syarikat pembangunan perisian, penyedia telekomunikasi, firma media sosial dan pembangun permainan video.


"Malangnya, Parti Komunis China memilih jalan berbeza untuk menjadikan China selamat bagi penjenayah siber selagi mereka menyerang komputer di luar China dan mencuri harta intelek yang membantu China," kata bekas timbalan peguam negara, Jeffrey Rosen ketika itu.


Kedutaan China di Washington enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan itu.




Sumber: BH Online








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.051569 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list