CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 1

[Tempatan] Mat Sabu dah kenal pasti telur. Tak lama lagi akan ada lambakan telur kembali

[Copy link]
Post time 6-12-2022 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sumber luar dikenal pasti untuk tampung bekalan telur - Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengenalpasti beberapa sumber dari luar negara untuk menampung keperluan bekalan telur ayam dalam negara sebagai pelan jangka pendek.

Jelas Menterinya Mohamad Sabu, inisiatif tersebut bukan untuk menekan pengusaha industri telur ayam tempatan, sebaliknya bagi memastikan bekalan telur ayam dalam negara tidak terputus
.
“Kementerian telah mengenalpasti beberapa sumber dari luar untuk menampung keperluan bekalan dalam negara dengan kadar segera bagi memastikan keterjaminan telur ayam di pasaran.

“Keperluan membawa masuk telur ayam dari sumber luar juga akan dikaji semula setelah bekalan telur ayam kembali stabil,” katanya dalam satu kenyataan
.
Tambah beliau, kementerian akan memastikan telur ayam yang diterima adalah selamat daripada penyakit serta menepati piawaian yang ditetapkan.
Beliau turut telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian untuk melihat impak mengimport telur ayam dari sumber luar kepada industri telur ayam tempatan sedia ada, serta meminta Agrobank untuk mengemukakan cadangan bagi membantu pembekal dan pengusaha kecil supaya mereka kekal berdaya saing.

“Kementerian yakin isu kekurangan bekalan telur ayam dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan kerjasama pelbagai pihak,” jelasnya.

Ahli Parlimen Kota Raja itu bagaimanapun tidak mengumumkan harga telur baharu seperti yang dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

BACA: Harga telur ayam diumum lebih murah esok - PM Anwar

Katanya pada sidang media, Mohamad dijangka mengumumkan harga telur baharu yang lebih rendah setelah mengadakan perbincangan.

“Ada beberapa langkah diambil yang diharap akan diumumkan oleh beliau (Mohamad) esok dengan harga lebih rendah kerana mengurangkan
kebergantungan kepada kartel. Jadi, kita harap jumlah pengedaran telur dalam pasaran cukup dan harganya akan dikurangkan,” kata Anwar pada Isnin.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dikaji dikaji dikaji

Ni je standard menteri PH? Rakyat nak tindakan konkrit  dengan HASIL yg segera. Bukan citer ko plan nak buat apa. Yg macam tu acik gomen pun boleh citer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.063993 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list