CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2667|Reply: 36

Wanita Menyampah Adik Ipar 'Over Manja', Ada Suami Tapi Minta Abang Bayar Bil Bersalin Hospital Swasta Dan CL

[Copy link]
Post time 6-12-2022 05:21 PM | Show all posts |Read mode
Pepatah air dicincang tak akan putus' menggambarkan hubungan adik-beradik yang tak dapat dipisahkan meskipun sering bertelingkah dan berbeza pendapat.


Bagaimanapun, kadang kala terdapat juga adik-beradik yang gemar mengambil kesempatan atas kebaikan yang diberikan seperti perkongsian seorang wanita di laman sosial baru-baru ini.


Segalanya dikatakan bermula kerana suaminya yang merupakan anak kedua daripada tujuh beradik terlampau prihatin dalam menggalas tanggungjawab sebagai anak lelaki sulung.




Gambar Hiasan




Malah, dia sanggup melepaskan adik-adik yang lain berkahwin terlebih dahulu selain menaja setiap perkahwinan yang dilangsungkan.


"Suami dah complete semua dengan kerja dan gaji yang stabil, ada rumah, kereta dan motosikal.


"Semasa kami bertunang dan rancang nak berkahwin, adik bongsu yang dah bertunang awal pun nak berkahwin juga.


"Jadi kami rancang buat kenduri sekali kerana mak mentua pun dah tak berapa kuat nak buat kenduri banyak kali. Tapi adik dia tak mahu," luahnya.


Sudahlah ingin berasingan, dia meminta supaya kendurinya ditaja dengan alasan adik-beradik yang lain pun ditaja oleh si abang.


Bukan itu sahaja, dia turut berlebih-lebih dalam segala hal sehingga mengambil perkhidmatan perancang perkahwinan (wedding planner) yang cajnya seperti hotel walaupun kenduri dibuat di rumah.


"Disebabkan kesian dengan suami, aku cadangkan kenduri kami dibuat secara kecil-kecilan dan tiada resepsi. Lagipun pengantin PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), nikah pun ada had.


"Kemudian, kami pergi bulan madu dan melancong menghabiskan masa bersama... rezeki murah kerana suami naik gaji, pangkat dan elaun semuanya.


"Aku pun kerja waktu pejabat seperti suami, jadi sering singgah rumah mak mentua. Kadang-kadang aku masak atau beli makanan kat luar, tapi adik ipar bongsu sering datang rumah untuk makan bersama," katanya.


Menurutnya, sikap 'manja' adik iparnya itu semakin menjadi-jadi ketika sedang hamil sehingga meminta ditaja untuk bersalin di hospital swasta.


Malah dia membentak dan merajuk apabila kemahuannya tidak dituruti.


"aling terasa apabila dia cakap 'kakak tak mengandung lagi, mana tahu lepas belanja dia beranak kat swasta ni datang rezeki anak'.


"Tiba masa dia bersalin, dia pergi juga ke hospital swasta... kemudian dia hubungi suami aku, menangis-nangis minta bayarkan bil.


"Beberapa hari selepas itu, tiba-tiba dia dengan suami dan anaknya datang ke rumah aku sebab nak berpantang. Katanya ada pendingin hawa, baby tak boleh panas.


"Sampai tahap suami terpaksa upah CL (confinement lady) untuk jaga dan memasak," luahnya yang mengakui tersiksa dengan sikap adik ipar berkenaan.


Susulan perkongsian tersebut, warganet menyuarakan pandangan masing-masing.


Apa yang menghairankan adalah rata-ratanya beranggapan wanita berkenaan tidak sepatutnya merungut kerana si abang sanggup berbelanja untuk adiknya.


"Aku rasa suami kau okay nak belanja adik dia, kau yang panas b****t cemburu? Perkara ni selagi suami kau tak tegur directly adik dia, aku anggap suami kau okay.


"As long as nafkah, rumah, keperluan kau semua cukup... why not! Tu duit laki kau dan minah pemalas tu adik dia... kalau si abang yang tukang cari duit pun tak bising, kenapa kau nak bising.


"Well, that's your husband punya choice. As long as your needs tak terabai and that he prioritises your needs first and your husband choose to do so, I rasa tak ada masalah pun dia nak belanja adik dia.


"Dalam rezeki kita ada bahagian orang lain. Mungkin asbab suami suka memberi kepada adik-adik tu yang buat dia makin murah rezeki, selagi tiada tekanan emosi... okay la," ujar beberapa netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam hal ni laki ko la slh...ptt awal2 time mntak sponsor kawen tu dh kene sekeh berkali2..nak kawen tp abg yg sakit kepala.. bongok
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by naina at 6-12-2022 09:12 PM

Aku anggap yang komen2 bela adik ipar dia tu sejenis kaki sakau mengendeng adik beradik jugak atau blom kawen. Weii adik ipar dia tak tak reti jaga aib suami dia ke semua benda tak mampu tapi hadap duit abang sendiri. Lagi pun bukan keperluan wajib pun nak beranak swasta, CL bagai. Ni mesti bbnu zaman ni yang suka show off dan makan tempat hipster.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang kecam si istri mesti blum kawin atau pun perangei mcm si adik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by namieamuro at 6-12-2022 05:46 PM

panas lagi bace komen kecaman kt tukang ngadu. ni mesti geng2 yg bela biawak pun okey je janji berlaki

sengkek btl laki adik ipar die. sendiri bersedapan. hasil ko mtk org taja. ni bru bab pantang. tah2 anak die nk masok tadika, mesti die mtk abg jugak tanggung. lagi haru kalau time tu abg belum ade  zuriat. mesti ayat yg digunekan psl anak jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak baik cekau hasil org lain susah payah kerja, org tu x ikhlas menyumpah2 anak lahir kena autisme bebal sidrom down taw. Kena ganti penat org itu bekerja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2022 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa guna laki adik dia..agak2 la. Tak malu nya
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke dlm confession tu pengadu cakap suami die merungut ke.. Ape2 pon memang mengada2 adik dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki adik dia la taguna.. bodoh ye yg komen salahkan bini tu kalau aku pun menyampah dah sampai nk pantang kat rumah aku apehal. Belanja rumah korang bukan tau sharing ke laki dia byr semua
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:03 PM | Show all posts
naina replied at 6-12-2022 05:40 PM
Aku anggap yang komen2 bela adik ipar dia tu sejenis kaki sakau mengendeng adik beradik jugak atau b ...

masalah penyokong PN. Kedekut taik idung masin. Pastu ada hati doa minta tuhan permurahkan rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik dia tu mengada2. Mentang2 bongsu so semua kena bagi la apa dia nakk. Boleh blahhh. Aku PON anak bongsu tapi reti la malu tak pernah minta2 duit dari abang kakak aku walau susah camne pun.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat anak buah suami aku ada 3 beradik. Sulong perempuan umur 14 tahun meluat dan menyampah giler dengan adik bongsu dia umur 6 tahun. Bangun tidur nangis2 cari mama macam baby nak susu. Merengek2. Siap berdukung lagi. Mana kakak dia x benci adik sendiri. Kalau tak layan dia menangis kat mama dia siap mama dia pukul bapak dengan kakak dia. Suke la budak tu ketawa ngekek2 mama dia bekap. Sampai ke beso la mama suap mama mandikan berpampers bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 6-12-2022 10:46 PM
naina replied at 6-12-2022 05:40 PM
Aku anggap yang komen2 bela adik ipar dia tu sejenis kaki sakau mengendeng adik beradik jugak atau b ...


Patutnya bila abang dh kawen jgn bebankan dia lagi nak plak adik pun dah berlaki gak kan.

Tp ada sesetengah org mmg rasa harta adik badik adalah milik semua adik badik.
Asal dengar org tu dapat bonus la apa la mesti memasing suh open table belanja semua org.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 6-12-2022 05:44 PM
panas lagi bace komen kecaman kt tukang ngadu. ni mesti geng2 yg bela biawak pun okey je janji berla ...

Yg komen kecam pengadu mcm dah tak betul kepala otak.
Motif sampai berpantang pun kat umah org juga atas alasan ada aircond?
Woihh kalau umah ko panas suh la laki ko pasang aircond bknnya pi umah org lain.

Laki bini dedua tak guna, dr kawen sampai dh  beranak tetap nk menyusahkan org.
Laki adik dia tak de rasa segan ke majlis kawen org taja? Beranak pun org taja? Pastu nak pantang pun kat umah org?
Mesti jap lagi dia suh anak dia plak duk umah abang dia tu,suh tnggung mkn minum dan sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada je yang amik kesempatan atas kebaikan adik beradik ya.
Yang meminjam..pastu liat nak membayar.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 11:04 PM | Show all posts
Nyusahkan orang je kejenya, siap pergi rumah abg sebab econ. Ape ke bengap lakinya pun menurut je, dasar princess down syndrome. Suruhlah laki pasang kat rumah sendiri. Nyibuk rumah org pehal, tak pasal abg tu bermasalah pula ngan bini silap2 becerai berai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 6-12-2022 11:04 PM
Nyusahkan orang je kejenya, siap pergi rumah abg sebab econ. Ape ke bengap lakinya pun menurut je, d ...

Haha
Adek bongsu iols down syndromme
Tapi perangai helok lagi dari binawe ni tau...
Abang2 dia yang suka belanja dia mcm2 sebab dia mmg tak reti nak beli apa apa...
Binawe ni elok.mati je...hidup pon tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:05 AM | Show all posts
Netijen najis yg cerca isteri tu samada perangai pun bewak mcm adik ipar atau tak kawen lagi ataupun single alone forever until 6 feet underground
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:26 AM | Show all posts
kalau aku jadi bini aku control gaji laki aku. puih. adik x adik ko dah ada suami kot beramboslah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 11:45 AM | Show all posts
ambil kesempatan betul, laki adik dia ni biawak apa..yg sokong tu, bak kata natizen, tak kena kat diiri sendiri lah tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.086178 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list