CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Melaka] 'Saya ikhlas sapu sampah itu...'

[Copy link]
Post time 6-12-2022 03:42 PM | Show all posts |Read mode

BASRI menyapu sampah di Pantai Puteri. FOTO Nazri Abu Bakar.

Melaka: Tanpa paksaan, tanpa bayaran, namun ia bukan masalah buat bekas pesara tentera Basri Yusof, 65 sering dilihat menyapu sampah di Pantai Puteri di sini.

Katanya, dia ikhlas berbuat demikian kerana rasa cintanya kepada kebersihan dan keindahan pantai sekali gus membolehkan orang ramai selesa berkunjung di pusat peranginan berkenaan.

Tindakannya itu menimbulkan persoalan orang ramai yang sering tertanya-tanya adakah dia bekerja dengan syarikat pembersihan, dibayar upah atau dipaksa mana-mana pihak.


Menurutnya, dia sudah melakukan aktiviti berkenaan kira-kira empat tahun lalu bagi mengisi masa terluangnya selepas bersara lebih 20 tahun lalu.

Katanya, dia memang sukakan kebersihan dan menyapu, mengumpul dan mengutip sampah di sekitar pantai berkenaan.

"Saya selesa dengan cara ini selain mengeluarkan peluh saya juga rasa sihat dan cergas dan tidak hanya duduk di rumah saja.

"Apa yang penting saya ikhlas kerana apabila ia menjadi rutin harian saya, sudah tentu saya akan terus berbuat demikian selagi terdaya, "katanya yang tinggal di kampung berhampiran.

Katanya, jika pantai bersih sudah pasti ramai pengunjung akan beriadah di kawasan berkenaan sekali gus merancakkan industri pelancongan di Melaka.

Bagi peniaga di kawasan berkenaan Nani Damsah, 56 berkata, Basri sememangnya dikenali penduduk dan peniaga kerana kerajinannya.

Katanya, walaupun ada pekerja pembersihan namun Basri tetap membersihkan kawasan persekitaran sama ada pada sebelah pagi atau petang.

Beliau berkata, keikhlasan Basri amat dihargai dan sesekali peniaga turut bersama-sama beliau membersihkan kawasan pantai berkenaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... las-sapu-sampah-itu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.591097 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list