CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Selangor] Tiada peningkatan mendadak harga ikan, sayur di Lembah Klang

[Copy link]
Post time 6-12-2022 03:39 PM | Show all posts |Read mode

Tinjauan harga barangan basah di Pasar Moden Seksyen 6. FOTO ASYRAF HAMZAH

Shah Alam: Bekalan dan harga bahan basah seperti ikan di sekitar Lembah Klang didapati masih terkawal dan mencukupi.

Ia diakui peniaga yang mendakwa harga jualan tidak meningkat mendadak selain tiada masalah bekalan seperti yang berlaku di beberapa negeri berikutan Monsun Timur Laut.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Seksyen 6 di sini, mendapati harga ikan kembung antara RM18 hingga RM23 sekilogram, ikan pelaling RM10 hingga RM18, udang RM20 hingga RM38 dan sotong RM39 hingga RM45.

Peniaga ikan, Zainuddin Ismail, 57, yang sudah lebih 30 tahun menjalankan perniagaan itu berkata, setiap kali tibanya musim monsun harga jualan akan meningkat sedikit berikutan nelayan tidak turun ke laut.

Bagaimanapun, setakat ini harga jualan masih sama dan tiada masalah bekalan daripada pemborong di kawasan Kuala Selangor dan Selayang.

"Bekalan ikan kita terima sekarang ini masih ikan segar daripada pembekal. Saya menjual ikan pelbagai jenis dan kualiti jadi harga berbeza mengikut kualiti.

"Tapi pelanggan boleh membuat perbandingan dan pilihan masing-masing," katanya ketika ditemui Harian Metro hari ini.

Seorang lagi peniaga, Dani Yusof, 31, berkata, harga jualan beberapa ikan menyaksikan peningkatan RM1 sahaja, manakala hasil laut lain masih dijual pada harga sama sejak beberapa bulan lalu.

Bagi peniaga sayur, Zulfadhli Ismail, 40, berkata, mereka tidak mengalami masalah kekurangan bekalan dan kenaikan harga daripada pihak pembekal walaupun berada dalam musim monsun serta banjir.

Katanya, setakat ini bekalan sayur masih lagi mencukupi untuk jualan harian dan tidak menjejaskan perniagaan, namun masih berdepan masalah bekalan telur.

Sementara itu, Nordiana Md Sidek, 40, mengakui harga ikan dan sayuran tidak menyaksikan peningkatan mendadak serta berpatutan.

"Saya suka membeli barang keperluan di pasar kerana harganya lebih murah dan kualiti lebih baik. Setakat ini saya lihat harga masih lagi berpatutan," katanya.

Bagi Siti Mardiah Abas, 58, pula, harga beberapa jenis bahan basah didakwa mengalami sedikit peningkatan tetapi tidak terlalu ketara.

Katanya, peningkatan harga biasa berlaku pada musim monsun dan kebanyakan pembeli memahami keadaan itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yur-di-lembah-klang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.058700 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list