CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1951|Reply: 5

'Saya dan Farid seperti abang, adik' - Ahirine Ahirudin

  [Copy link]
Post time 6-12-2022 02:38 PM | Show all posts |Read mode
'Saya dan Farid seperti abang, adik' - Ahirine Ahirudin


Farid membantu Ahirine pakai topi keledar.


Kuala Lumpur: Pelakon Ahirine Ahirudin, 26, berharap tidak timbul salah faham terhadapnya berikutan video dengan hero filem Remp-It 2 iaitu Farid Kamil yang membantunya memakai topi keledar sebagaimana dimuat naik di aplikasi Tik Tok.

Menurut Ahirine, tindakannya tampil menjelaskan suasana yang berlaku memandangkan orang ramai menyebut nama isteri Farid, Diana Danielle di ruangan komen video berkenaan.

"Saya dan Farid seperti abang dan adik, tidak sangka pula video berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dikalangan wargamaya. Bukan dengan dia saja, malah saya juga akrab dengan produksi untuk filem terbabit.

'Filem Remp-It 2 adalah percubaan sulung saya dalam bidang seni tempatan. Malah, saya masih baharu dan banyak tunjuk ajar diberikan oleh barisan pelakon filem berkenaan.

"Jadi, bagi saya tidak timbul istilah sekadar ingin bermesra dan sebagainya. Apatah lagi, saya menghormati status Farid sebagai suami orang dan bapa kepada dua cahaya mata.

"Malah, saya turut bersyukur kerana isterinya, Diana Danielle begitu memahami situasi itu, malah menggalakkan orang ramai untuk ke pawagam bagi memberikan sokongan terhadap filem arahan Farid," katanya.

Ahirine yang juga pemegang Ijazah Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), turut berterima kasih kepada Farid dan FKX Film kerana melamarnya membintangi Remp-It 2 sekali gus membawanya masuk dalam bidang lakonan.

"Dalam filem ini, saya terbabit dengan motosikal lasak. Sedikit sebanyak memang karakter saya, sebab saya pun bekerja di bengkel juga selain berlatih di situ. Pada saya, impian akhirnya jadi kenyataan kerana saya memang minat sangat nak berlakon.

"Saya seronok dan bangga berganding dengan Farid yang dianggap 'legenda' dalam industri filem. Memang tak duga dan seperkara lagi tak sangka juga dia sangat ramah dan baik. Dia banyak memberi tunjuk ajar dari segi lakonan," katanya.

Ahirine juga tidak kekok bekerja dengan barisan pelakon lain seperti Cat Farish (Macha), Niezam Zaidi (Spark), Izzue Islam (Deqwan) dan Farez Ridzwan (Ajak).


Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ik-ahirine-ahirudin

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2022 02:39 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow..aset dia..memang sesuai beelakon drama rempit,bohsia
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:29 AM | Show all posts
what a family she came from.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tlglah jgn nak beradik abang sgt...istilaj tu tk.sesuai n wofe pasti kecik ati...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde bakat pun anak rockybru ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.075771 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list