CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1775|Reply: 14

[Dunia] Tak sia-sia hilang dari mesyuarat, Zafrul & Agong buka lembaran bersejarah di UAE

  [Copy link]
Post time 6-12-2022 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 6-12-2022 06:18 PM

KUALA LUMPUR: Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Petronas, telah menandatangani perjanjian bersejarah dengan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) untuk meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 meliputi kawasan konsesi seluas 2,000 kilometer persegi di wilayah Al Dhafra.

Perkembangan ini adalah hari yang penting untuk syarikat, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tengku Muhammad Taufik.

“Saya amat gembira untuk menyatakan bahawa hubungan dua hala Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia yang telah lama terjalin dan membuahkan hasil itu telah berkembang menjadi kerjasama antara Petronas dan ADNOC.

“Petronas berbesar hati mendapat peluang ini untuk meneroka dan menilai tenaga bukan konvensional dengan rakan kongsi yang progresif dan berpandangan ke hadapan seperti ADNOC,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Tengku Muhammad Taufik dan Menteri Industri dan Teknologi Maju UAE serta Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan ADNOC Dr Sultan Ahmed Al Jaber.

Ia disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Aziz.

Tengku Muhammad Taufik berkata kerjasama itu memberikan bukti yang kukuh terhadap kepakaran Petronas di Kanada dan Argentina yang telah dibangunkan sejak sedekad lepas.

“Kami berharap dapat membawa pengalaman ini kepada sumber bertaraf dunia di Abu Dhabi. Ia akan turut menyaksikan Petronas meluaskan jejak tenaga bukan konvensional globalnya untuk merangkumi Emiriah Arab Bersatu dalam portfolio sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Al Jaber berkata UAE berbesar hati untuk bekerjasama dengan Petronas dalam konsesi minyak bukan konvensional yang bersejarah ini.

“Anugerah ini membuka lembaran baharu untuk kerjasama tenaga strategik dalam hubungan yang telah lama terjalin antara UAE dan Malaysia serta ia mengukuhkan kedudukan UAE sebagai destinasi pelaburan yang dipercayai,” katanya.

Beliau berkata: “Sebagai antara pengeluar minyak dan gas yang kurang intensif karbon, ADNOC akan terus membuka nilai secara bertanggungjawab daripada sumber hidrokarbon yang luas di Abu Dhabi melalui cara yang mampan dan dipercayai untuk memacu pertumbuhan ekonomi tempatan dan menyokong keselamatan tenaga global, sejajar dengan hala tuju kepimpinan UAE.

“Oleh itu, kami telah memacu pengurangan risiko untuk sumber minyak bukan konvensional di Abu Dhabi dan berharap untuk membina ini bersama PETRONAS bagi merealisasikan potensi penuh Unconventional Onshore Block 1.”

Petronas akan memegang 100 peratus ekuiti dan pengendalian untuk meneroka dan menilai minyak bukan konvensional di kawasan konsesi itu untuk tempoh sehingga enam tahun.

Selepas fasa penilaian yang berjaya, rakan kongsi boleh memasuki konsesi pengeluaran yang ADNOC mempunyai pilihan untuk memegang 50 peratus kepentingan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/12/06/agong-zafrul-saksi-perjanjian-bersejarah-petronas-dan-syarikat-minyak-uae/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 02:05 PM | Show all posts
that's explain almost everything about him for the past few days

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 6-12-2022 02:05 PM
that's explain almost everything about him for the past few days

Heheheh hikayat tengkusikal
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak harapkan Duta Khas Ke Fadang Fasir Timor Leste kirim salam alaikum jah lah


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:22 PM | Show all posts
Aikkk 1-2 hari lepas pakat menghentam Mutri ni ckp gi tgk world cup, tiba tiba rini semua pakat menjilat balik kah? ini la netizen Malaysia. Dulu abah baca doa pakat puji my abah bla bla.semlm mutri naik train rini pakat ramai ramai melambung tinggi puji  abis tu yang uols naik train hari hari gi kerja ada mutri puji bagus pengundi aku!!..........benda tgh wangi ni jgn la puji melambung tinggi sgt kita pakat tgk dulu ke arah mana hala tuju.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:28 PM | Show all posts
dia ini memeng bukan ahli politik, saya suka sbb dia org technical & berkerja...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Duta Timor Tengah ya habibi ya maulana tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya habibi ya maulana, cabut gigi pakai spanar





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 02:52 PM | Show all posts
Tak perlu duta timur tengah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Istana negara siap keluar statement lagi pasal tg zaf ni nak tangkis spekulasi liar pasal tgk world cup..tpi iols harap jagong bawak tg zaf betul betul tgk world cup .biar berdarah mata yg mengecam
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 03:12 PM | Show all posts
kalau nak harapkan yang lalu, berbondon sembang ke US itupun lepas macam2 jokowi closed deal.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mendonia Petronas. Malaysia Airlines bila nk buka lembaran baruuu.. London je long haul dek. Akak nk gi Safari..tibahh…manjahhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 03:47 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 6-12-2022 02:43 PM
Ya habibi ya maulana, cabut gigi pakai spanar{: ...

Ah masih tak boleh celen yg berikut ini..



Aji bawang pakai toncit

Wakahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 04:09 PM | Show all posts
perkembangan yang menarik buat PETRONAS. Boleh kira-kira bonus 24 bulan nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:27 PM | Show all posts
so  betullah kabar2 angin sephoi2 bahasa tu ekkk

kabel jagong rupanyieerrrrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.065954 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list