CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Wanita rugi RM7.74 juta, sindiket guna taktik baharu

[Copy link]
Post time 6-12-2022 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Ejen hartanah kerugian lebih RM7.74 juta selepas terpedaya dengan taktik baharu sindiket Macau scam yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, polis menerima laporan daripada wanita berusia 66 tahun terbabit, 12.30 tengah hari semalam.

Menurutnya, mangsa mendakwa menerima panggilan daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai Bahagian Khidmat Pelanggan KKM Cawangan Putrajaya, 18 Mei lalu.


"Suspek menyatakan bahawa terdapat 52 dos Vaksin Sinovac dimohon atas nama mangsa secara tidak sah dan satu tindakan siasatan sedang dijalankan oleh pihak KKM.

"Panggilan mangsa kemudian disambungkan kepada pegawai 'polis' yang mana dalam perbualan itu, suspek memaklumkan bahawa terdapat waran tangkap atas nama mangsa kerana terbabit aktiviti pengubahan wang haram.

"Mangsa dinasihatkan supaya membuka tujuh akaun bank baharu dan menyerahkan kesemua maklumat akaun itu kepada suspek. Suspek turut mengarahkan mangsa membuat transaksi pemindahan wang simpanannya berjumlah RM7,739,356 ke dalam tujuh akaun berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amihizam berkata, selepas transaksi berjaya, mangsa membuat semakan dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan dimaklumkan bahawa terdapat transaksi pengeluaran dari tujuh akaun itu.

Berikutan itu, katanya, mangsa tidak puas hati dan rasa tertipu kerana transaksi pengeluaran dilakukan tanpa pengetahuannnya.

Beliau berkata, mangsa kemudian tampil membuat laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon individu yang tidak dikenali dan pastikan membuat semakan dengan agensi berkaitan terlebih dahulu sebelum membuat transaksi pemindahan wang, tidak mendedahkan data peribadi serta membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman web htpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.

Tambahnya, orang ramai juga boleh membuat laporan ke CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika mempunyai maklumat berkenaan sindiket penipuan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -guna-taktik-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.273567 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list