CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 0

[Politik] Rafizi Ramli hilang ingatan, kata Wan Saiful

[Copy link]
Post time 6-12-2022 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Rafizi hilang ingatan -Wan Saiful

https://www.utusan.com.my/berita ... ingatan-wan-saiful/

Oleh MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
6 Disember 2022, 1:03 pm


WAN SAIFUL WAN JAN

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli disifatkan seperti individu hilang ingatan apabila tidak menentang pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, Ahli Parlimen Pandan itu, sebelum ini pernah mengkritik agar Perdana Menteri tidak memegang portfolio Menteri Kewangan.

Menurut Wan Saiful, Rafizi dan pemimpin muda dalam PKR bukan lagi masa hadapan politik negara tetapi sekadar harapan Anwar yang juga Presiden PKR.

“Rafizi pernah berkata dia menentang Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan, tapi bila Anwar ambil jawatan Menteri Kewangan, Rafizi terus amnesia (hilang ingatan).

“Saya langsung tidak menyangka bahawa Rafizi juga seorang penjilat Anwar. Rupa-rupanya Presiden dan Timbalan Presiden serupa sahaja. Demi jawatan dan kedudukan, sanggup menjual diri dan menggadai perjuangan,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook milik beliau, hari ini.

Wan Saiful turut menyelar kenyataan Rafizi bahawa perlantikan Anwar sebagai Menteri Kewangan disebabkan situasi ‘luar biasa’.

“Konon-kononnya ini masa yang luar biasa dan membolehkan prinsip dilupakan. Sebenarnya ujian yang menentukan kita berprinsip atau tidak ialah ujian pada waktu yang luar biasa.

“Nyata sekali perjuangan Pakatan Harapan (PH) adalah penipuan demi nafsu dan tiada prinsip,” katanya.

Semalam media melaporkan Rafizi yang juga Menteri Ekonomi menyifatkan jawatan Menteri Kewangan digalas oleh Anwar disebabkan negara berada dalam situasi yang luar biasa.

Jelasnya ia ekoran kerana tiada parti yang dapat membentuk satu kerajaan dan bagi mengelakkan pertikaian antara parti-parti bergabung membentuk kerajaan. –UTUSAN

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.714043 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list