CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 286|Reply: 0

[Tempatan] Caj plastik 20 sen, Selangor kutip RM20 juta

[Copy link]
Post time 6-12-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Berbuih mulut kata takda duit, harga barang melambung, kos sara hidup naik tapi masih terus tabiat membazir duit. Alaa 20 sen je pun kan



SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merekodkan RM20 juta kutipan caj beg plastik 20 sen sejak 2020 hingga Jun tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian, berkata kutipan tinggi yang direkodkan itu disebabkan kurangnya penguatkuasaan larangan penjualan beg plastik susulan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, pada 2020, sejumlah RM6.6 juta (RM6,652,899) kutipan direkodkan, diikuti RM8.5 juta (RM8,512,567.73) pada 2021 dan sehingga Jun tahun ini, jumlah kutipan yang direkodkan adalah RM4.8 juta (RM4,834,983.94).

Katanya, jumlah kutipan sepanjang tahun ini dijangka meningkat sehingga RM9 juta.

"Saya mengaku ada masalah daripada penguatkuasaan terutama ketika pandemik yang mana kita beri kelonggaran kepada peniaga berikutan pendapatan dan perniagaan mereka tidak begitu bagus.

"Kita tidak mahu menyusahkan mereka, justeru penguatkuasaan kurang dijalankan dalam tempoh berkenaan," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Elizabeth Wong Keat Ping (PH-Bukit Lanjan) yang bertanya mengenai tindakan kerajaan terhadap isu penggunaan plastik yang semakin berleluasa.

Mengulas lanjut, Loy Sian berkata, penguatkuasaan secara besar-besaran akan dilaksanakan bermula tahun depan dengan tindakan tegas seperti menarik balik lesen premis perniagaan mungkin diambil.

"Kita juga mungkin mencadangkan untuk menaikkan caj kutipan atau mengadakan hari tanpa beg plastik yang mana tiada penjualan plastik dengan caj 20 sen dibenarkan," katanya.

Sementara itu, Loy Sian berkata, bagi mencegah kejadian pembuangan sisa industri di tebing sungai daripada berulang, kerajaan negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengambil beberapa tindakan termasuk melaksanakan kawalan pada peringkat punca iaitu penguatkuasaan ke atas 4,918 premis yang menghasilkan sisa buangan terjadual di negeri ini bagi memastikan sisa buangan diurus secara selamat mengikut Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

"Dianggarkan dua juta tan buangan terjadual dijana daripada industri di Selangor," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui LUAS juga sedang menggerakkan inisiatif dasar Polluters Pay Principle (PPP) dan Zero Discharge Policy (ZDP).

Katanya, polisi berkenaan adalah pendekatan untuk meningkatkan kebertanggungjawaban sektor pembangunan dan ekonomi terhadap sumber air serta alam sekitar.

"elaksanaan kedua-dua polisi ini dilihat mampu meningkatkan kualiti air sungai dan ekosistem persekitarannya, seterusnya mengurangkan impak negatif daripada sektor ekonomi dan menggalakkan amalan pengurusan terbaik (BMPs) atau teknologi hijau seperti kitar semula efluen.

"Selain itu, kerajaan negeri juga menjalankan penguatkuasaan secara bersasar, pemantauan 24 jam dan memantau tebing melalui teknologi 'drone'," katanya.

Beliau menjawab soalan Gunarajah George (PH-Sentosa) yang bertanya mengenai pembuangan sisa industri di tebing sungai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.056863 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list