CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 934|Reply: 12

Wanita Orang Asli Mati Dipijak Gajah, Rumah Diserang Awal Pagi Ketika Semua Tengah Sedap Tdur

[Copy link]
Post time 6-12-2022 12:51 PM | Show all posts |Read mode
LIPIS: Seorang wanita Orang Asli maut akibat dipijak kawanan gajah liar di Kampung Simoi Baru, Pos Betau di sini pada awal pagi hari ini.


Akibat kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa, Wak Angkat Yok Tong, 39, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 4.40 pagi tentang kematian seorang wanita di kampung itu kerana kawasan kediaman dan kebun pisang diserang oleh kawanan gajah liar.




Foto: Utusan Online




“Ketika kejadian, mangsa bersama lapan ahli keluarga lain sedang tidur dalam rumah kayu dinding buluh yang kelilingi oleh pokok pisang dan berhampiran kebun getah. Ketika menceroboh kebun pisang di kawasan itu, kawanan gajah liar dipercayai menarik dinding rumah keluarga mangsa dan menyebabkan kediaman berkenaan bergoyang.


“Akibat tarikan serta goyangan yang kuat, kesemua sembilan orang ahli keluarga tersebut tersedar dan masing-masing melarikan diri dalam keadaan gelap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Menurut Azli, selepas berkumpul semula, ahli keluarga berkenaan baharu menyedari mangsa tiada dan kemudiannya berusaha mencari di persekitaran kawasan tersebut.


“Mayat Wak Angkat ditemukan di dalam kawasan pokok pisang berhampiran rumah mereka,” katanya.


Azli berkata, selepas menerima maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Koyan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa meninggal dunia akibat cedera parah selepas dipijak oleh gajah liar.


Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Lipis untuk bedah siasat.


Sementara itu, ibu saudara dan juga jiran mangsa, Norfini Ajik, 50, berkata, selepas berbual bersama keluarganya, dia masuk tidur pada pukul 3.30 pagi dan kelazimannya tidak mengesyaki sesuatu malapetaka akan berlaku di kawasan kediaman tersebut.


“Ketika pukul 4 pagi, saya terkejut mendengar jeritan dari rumah mangsa yang jaraknya kira-kira 50 meter dan mendapati beberapa ekor gajah liar berada berdekatan rumah mangsa. Saya mendengar ahli keluarga mangsa meminta supaya lari menyelamatkan diri dalam keadaan yang masih gelap. Saya sekeluarga juga keluar untuk menyelamatkan diri dan lari ke kawasan yang agak jauh dari tempat kejadian,” katanya.


Cerita Norfini, apabila keadaan reda dan kawanan gajah liar meninggalkan kawasan itu, mereka berkumpul berdekatan rumah mangsa dan mendapati anak saudaranya, Wak Angkat tiada bersama mereka.


Katanya, dengan pertolongan jiran sekampung, mereka mencari Wak Angkat dan terkejut melihat keadaan mangsa yang cedera parah dan sudah tidak bernyawa lagi di kebun pisang berdekatan rumah.


Beliau berkata, anak saudaranya mempunyai tiga orang anak lelaki dan empat perempuan tinggal di situ turut ditemani oleh adik iparnya ketika kejadian tersebut.


Menurutnya, dia sedih dengan kehilangan anak saudaranya yang cukup baik hati dan suka membantu ketika susah dan senang.


Jelasnya, kejadian pencerobohan gajah liar ke kampung tersebut pernah dialami beberapa kali, tetapi tidaklah sampai mengancam nyawa seperti kejadian awal pagi hari ini. – CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdendam ke tu?
I suka baca pasal gajah, bagi i dlm byk2 haiwan dia misteri and unik.
Dlm cite ape nth yg budak tarzan tu, byk fact yg i baru tahu pasal gajah.
Kt msia plak, gajah pedendam, klu telinga dia melibas2 tu mkne nye dia ready nk serang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:34 PM | Show all posts
kesiannya tgh tido x sempat lari
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:22 AM | Show all posts
aduh penyettt
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ngah.mamai.kot
Gelap2 gitu.nak.lari.mana pung dah kelammkabut..
Kesian.nya
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:31 AM | Show all posts
kesiannya. kira jauh juga la penempatan org asli di dalam hutan ni ya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2022 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Lewat gak tidur kul 3.30 baru masuk tidur.

Anak2 dia lupa nak kejutkan mak dorang ke apa? Ramai gak anak dia kan kalau kawen muda maybe anak2 dia dh besar2 belaka. Biasanya mak yg terjaga dulu dan kejutkan anak2 n suami tp kali ni suami dan anak2 lari semua selamatkan diri tp si mak lak tertinggal. Mak pun ikutkan muda lagi baru 39.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 11:05 AM | Show all posts
gelap2 gitu nak laripun tak nampak kot..kesian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 12:04 PM | Show all posts
kesiannya,
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 7-12-2022 10:31 AM
kesiannya. kira jauh juga la penempatan org asli di dalam hutan ni ya.

Byk kg org asli hanya jalan balak atau sungai je blh baru blh smpai tempat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 12:28 PM | Show all posts
ya, gajah memang pendndam.

i pernah pergi meeting (projek area pahang gituh), si arkitek ni dok cerita pasal gajah. asik cerita pasal projek macam2 masalah, tetiba ni pasal gajah. seronok pulak cerita pasal binatang. dia ada experience yang gajah tu memang pendendam dan akan ingat sesuatu perkara. dia hanya akan balas dendam ikut masa yang sesuai. baru i tahu. i ingatkan gajah ni macam tak ada perasaan.

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
noorhairiahma replied at 7-12-2022 12:28 PM
ya, gajah memang pendndam.

i pernah pergi meeting (projek area pahang gituh), si arkitek ni dok cer ...

Saya pernah pergi ke kg raja di dungun ke kemaman( pendalaman) masa tu ada serangan gajah ni. Dgr cerita ketika singgah minum. Katanya sekawan gajah serang sebuah rumah ni. Tapi yg dia serang tu sorang aje walau dlm rumah tu ada org lain. Mati dipijak juga. Katanya sebelum mangsa ada terserempak dgn kawanan gajah tu. Lebih kuranglah kisahnya. 10 tahun lebih dah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 03:34 PM | Show all posts
lepas ni minta buat mcm latihan kebakaran tu...siapkan 1 tmpt utk berkumpul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.065001 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list