CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1853|Reply: 31

[Politik] ‘Wallahi saya tak ambil duit didakwa RM600 bilion’ – Muhyiddin

  [Copy link]
Post time 6-12-2022 10:43 AM | Show all posts |Read mode
‘Wallahi saya tak ambil duit didakwa RM600 bilion’ – Muhyiddin

https://www.utusan.com.my/nasion ... 0-bilion-muhyiddin/

Oleh MOHD RAFIE AZIMI
6 Disember 2022, 10:39 am


MUHYIDDIN Yassin ketika menyampaikan ceramah Grand Finale PN sempena PRU15 Parlimen Padang Serai di Taman Selasih di Kulim. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

PADANG SERAI: “Wallahi, Wabillahi, Watallahi, satu sen pun wang itu saya tak ambil. Itu bukan duit saya, itu duit rakyat jelata”.

Demikian sumpah dilafazkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas mengenai isu wang RM600 bilion yang didakwa dibelanjakan di bawah era pentadbirannya dahulu.

Menurut Muhyiddin, jumlah sebenar yang dibelanjakan bukanlah RM600 bilion sebaliknya RM530 bilion merangkumi lapan pakej rangsangan ekonomi dan sebahagian besarnya berbentuk non-fiskal iaitu tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan.

“Kita belanja untuk bantu rakyat susah dan semuanya mengikut peraturan. Ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim duduk sebelah pembangkang dan beberapa rang undang-undang dibentangkan di Parlimen untuk mendapat kelulusan termasuk rang undang-undang Covid-19 dan tambahan peruntukan.

“Semuanya ‘halalan toyyiban’ dan diluluskan kerajaan. Yang menguruskan hal ini adalah bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz yang kini sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Maka Anwar boleh panggil Tengku Zafrul ke pejabat dan tanya betulkah RM600 bilion ini Muhyiddin ‘tapau’ semua? Kalau ‘tapau’, saya boleh hadap di mahkamah bila-bila masa,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata demikian ketika menyampaikan ceramah Grand Finale PN sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Padang Serai di Taman Selasih di sini, malam tadi.

Semalam, Anwar menafikan dakwaan menyatakan beliau mengeluarkan arahan supaya siasatan lanjut dijalankan berhubung perkara berkenaan.

Namun katanya, setakat diketahuinya dan melalui maklumat pegawai, terdapat pelanggaran agak serius kerana ia melibatkan perolehan yang terlalu banyak.

Muhyiddin dalam sidang akhbar selepas itu berkata, Anwar selaku Menteri Kewangan juga boleh memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi mendapatkan taklimat mengenai perkara itu.

“Kena faham betul-betul dan jangan sebab ada satu atau dua orang manusia nak bangkitkan cerita, nak cari jalan menjatuhkan imej dan maruah kita, maka dibuat tuduhan melulu. Siasat betul-betul dan selepas itu barulah boleh keluar kenyataan.

“Beliau kata kemungkinan ada benda-benda itu (kesalahan). Jangan buat macam itu kerana sebagai Perdana Menteri, anda mesti bertanggungjawab atas apa yang diperkatakan kerana ia perlu disandarkan kepada fakta serta bukti dan bukannya khabar angin,” katanya. – UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib pun bersumpah..hujung2 kedalam jua
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:01 PM | Show all posts
530 billion ???? gilerrr lahhhhhhhhhhhhhhhh.... apa je ko buat yidin oiiii 530 billion tu ???
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Berat tuduhan ni. Jumlah tu terlampau besar kot.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:05 PM | Show all posts
yelaaa ....anwar bukan ketua pembangkang lagi nak mengharapkan whistleblower dia pegang skrg 'pegang'fakta ko tunggu jela hari ko
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Budget ko tak bentangkheun....ko gunakheun alasan darurat pandemik....parlimen ko tutup for the longest time in history hanya kerana ko takut ada usul undi tak percaya....sekarang kalaupun assumption seperti ini datangnya dari rakyat ...apa lagi piyem sekarang yg ada access to catitan kewangan....ko nak datang sawan apa jadahnya?

Kalau dari mula ko dah bentang and be accountable for your penglulusan budget tersebut didewan rakyat takdaler sampai ketahap ko perlu bersumpah bagai...

Apa ler nak jadi ngan ko abahcow?

Tak pamham ler aku
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:08 PM | Show all posts
kos nk bina putrajaya pun baru RM 8 billion, macam2 kemudahan n peluang pekerjaan n manfaat org ramai boleh dapat... ini 530 billion
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 12:15 PM | Show all posts
Tengok ceramah midin uth PrK padang serai semalam nampak mcm kalut jah… takut kena     siasat ke.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mmmg ler dia tak sakau 600b, cuma kemungkinan ada penyakauan yg berlaku dicelah2 peruntukan yg diumumkan. jumlah besar tu, pegi ngap 10 juta pon orang tak nampak dah esp kalau selit dlm pakej rangsangan kobik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu time debat ..dengar perkataan forensic audit korang gelak..siap kata Jibby menang la apa lah. Now?

“melalui maklumat pegawai, terdapat pelanggaran agak serius kerana ia melibatkan perolehan yang terlalu banyak.”

Wait & see…
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 6-12-2022 12:16 PM
mmmg ler dia tak sakau 600b, cuma kemungkinan ada penyakauan yg berlaku dicelah2 peruntukan yg diumu ...

Saya tak tahu masuk akaun saya.....

Kesian jibon....ini aja silapnya kerana percayakheun org utk jaga akaunnya...

Yg ikhlas,

Kimarkruk,
Penjilat tegar Jibon yg kini dah berpaling tadah semenjak tertubuhnya kerajaan campuran# perpaduan,


Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:22 PM | Show all posts
besarnya nilai. 530 billion mesti disiasat kemana perginya... siapa yang dapat.. berapa banyak.. harap masih ada rekod.. jangan tak ada pulak..... kalau tak ada harap boleh didakwa kerana kecuaian
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:25 PM | Show all posts
... peliknya dah ada bantuan 530 billion pun masih lagi ambik kwsp sendiri.. entah bantuan apa sampai billion2 ... aku dapatlah 5kg beras dan beberapa makanan lain, tp memang bajetnya samapi 530 billionkah dpt mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bakingsoda at 6-12-2022 12:32 PM

asal usul 600b tu nilai yg abahcow sendiri sebut dulu, jumlah tepat rm662 bilion.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menjelaskan lebih RM600 bilion dibelanjakan dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik.

“Sudah banyak kita belanjakan wang tahun ni, tahun lepas. Apa sebab? Covid-19. RM340 bilion untuk pakej-pakej rangsangan, RM322 bilion untuk belanjawan.

Sebanyak RM20 bilion diperuntukkan dalam pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) dengan 20 inisiatif baharu.

Dilancarkan pada bulan lalu, Muhyiddin berkata, pakej baharu itu membabitkan suntikan fiskal baharu kerajaan berjumlah RM11 bilion.

Sepanjang tahun lalu, Putrajaya telah mengumumkan pelbagai pakej rangsangan, iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion, PKS Prihatin (RM10 bilion), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau Penjana (RM35 bilion) dan Kita Prihatin (RM10 bilion).

Awal tahun ini, kerajaan mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) berjumlah RM15 bilion menerusi 22 insiatif dengan tiga matlamat, iaitu memerangi pandemik Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.


https://malaysiadateline.com/muhyiddin-akui-kerajaan-sudah-tiada-banyak-wang/
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 6-12-2022 12:22 PM
besarnya nilai. 530 billion mesti disiasat kemana perginya... siapa yang dapat.. berapa banyak.. har ...


Ini budget darurat ler...mana ada external independent  auditing?..kalo dah tak ada auditing ..mana perlu ada rekod?

Ahgitchewwwwww

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Then let sprm dan polis siasat
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Budget kobid tak dapat mandat ke dek .. cam 1MDB keteww? Cer korek pulak vaksin china pulak? Dengor kata stok berlonggok..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila babi punya duit dibelanja waktu covid..ke jual   aset bawah nilai utk bayar duit kwsp rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:43 PM | Show all posts
Jangan gopoh abah. Lagi teruk abah meroyan lagi terlondeh knp abah beria nak jadi PM.

Abah punya banyak bagi darurat darurat lepas darurat tak kan tak sempat lagi nak sorok fail. Ada la tu yg tak buat keja.


"Saya ada 115 SD"
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.080741 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list