CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 2

[Politik] Rakyat Malaysia semakin matang, PRU15 berjalan aman

[Copy link]
Post time 6-12-2022 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Rakyat Malaysia semakin matang, PRU15 berjalan aman


Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Abdullah Sani.


KUALA LUMPUR: Kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu tanpa tercetus sebarang insiden tidak diingini menunjukkan rakyat Malaysia semakin matang dalam menghadapi proses pilihan raya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya berpuas hati apabila PRU15 dapat dijalankan dengan aman hasil kematangan rakyat dan kerja kuat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjaga ketenteraman awam.

"Terima kasih juga diucapkan kepada rakyat Malaysia, termasuklah ahli-ahli politik dan penyokong parti politik yang memberikan kerjasama yang baik bagi membolehkan perjalanan PRU15 berlangsung dengan penuh tertib dan tenteram.

"Kelancaran proses ini menunjukkan masyarakat semakin matang dalam menjalankan tanggungjawab mereka, tanpa perlu mengakibatkan situasi yang mampu mengancam keselamatan seperti yang berlaku di negara asing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan PDRM anjuran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Jenayah (JSPT) Bukit Aman di Dataran Kompleks 3, Cawangan Khas Bukit Aman, hari ini.

Acryl Sani dalam ucapanya turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas PDRM termasuk JPST kerana memberikan komitmen yang terbaik sepanjang PRU15 berlangsung.

"Alhamdulillah, PRU kali ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden besar yang boleh mencetuskan kacau ganggu ketenteraman awam.

"Tahniah diucapkan kepada semua kerana berjaya melaksanakan tugas serta amanah yang diberikan dengan begitu cemerlang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Acryl Sani memuji inisiatif dilakukan JPST bagi menggalakkan orang ramai menjelaskan saman tertunggak termasuk mengadakan kempen pengurangan saman.

"Mengikut rekod dari Januari hingga Oktober 2022, sebanyak 37 kaunter Diskaun Saman 50 peratus dibuka di seluruh negara dengan jumlah kutipan saman sebanyak RM10.37 juta.

"Saya turut memuji tindakan JSPT melaksanakan sistem pembayaran saman secara 'cashless' (tanpa tunai) dan digital melalui portal dan aplikasi 'MyBayar Saman' yang memberikan kemudahan untuk orang ramai menjelaskan saman tertunggak mereka," katanya.

Tambah beliau, dalam tempoh Januari hingga Oktober lalu, seramai 105,260 pengguna menjelaskan kompaun saman menggunakan aplikasi itu membabitkan jumlah kutipan sebanyak RM49.6 juta.

"Syabas dan tahniah diucapkan kepada JSPT atas inisiatif ini, yang jelas mendokong usaha pembangunan digital negara yang sekali gus memudahkan urusan pembayaran saman tertunggak oleh orang ramai," katanya.

Pada majlis sama, Acril Sani turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 10 pegawai polis dan pegawai awam atas prestasi cemerlang mereka di jabatan masing-masing.

Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan khas kepada dua pegawai rendah yang mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan iaituSarjan Abas Hamzah yang berkhidmat di Bahagian Pentadbiran JSPT, Polis Terengganu dan Sarjan Nordin Yahya yang berkhidmat di Cawangan Gerakan JSPT Bukit Aman.


Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... pru15-berjalan-aman

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2022 10:33 AM | Show all posts





MATANG SANGAT
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap ja lebai2 yg menghasot .. hate crime tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.052023 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list