CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 867|Reply: 11

[Politik] 'Semalam aku masih terdengar-dengar kau berkata kita tak akan gadai prinsip demi kuasa'

[Copy link]
Post time 6-12-2022 10:28 AM | Show all posts |Read mode
'Semalam aku masih terdengar-dengar kau berkata kita tak akan gadai prinsip demi kuasa'

https://www.bharian.com.my/berit ... kita-tak-akan-gadai

Oleh Mohamed Farid Noh - Disember 5, 2022 @ 3:38pm
farid_noh@bh.com.my


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan

PASIR GUDANG: Luahan hati Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dalam bentuk puisi yang ditujukan kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) hari ini menimbulkan tanda tanya.

Ia berikutan bait-bait puisi nukilannya itu menyatakan PKR dan PH seolah-olah menggadai prinsip dan perjuangan asal parti demi kuasa.

Dalam puisi bertajuk 'Ku Simpan Risalah Reformasi Di Dalam Peti' yang mempunyai 16 rangkap itu, Hassan meluahkan kekecewaan dengan perkembangan politik terkini yang dipercayai merujuk kepada PKR dan PH yang sanggup membentuk kerajaan dengan Barisan Nasional (BN).

Beliau secara tersirat, menyatakan bagaimana Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memberikan jaminan kepada pengundi bahawa beliau tidak akan sesekali menggadai prinsip demi kuasa.

"Maka, aku pun percaya, lalu aku kumandangkan suara keyakinanku ke setiap penjuru tanah air tercinta ini, ke bukit ke gunung, ke lembah, ke lurah ke tanah datar aku berbicara.

"Bahawa hidup ini hanya sekali, maka marilah kita rakyat marhaen, warga bawahan rakyat jelata, demi keadilan kita bersama, aku seru kita bawa perubahan hakiki yang kita panggil reformasi," tulisnya dalam puisi yang dimuat naik menerusi Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Hassan turut menyatakan perasaan malunya apabila terpaksa membuat keputusan menyimpan semua ucapan dan tulisannya yang mempromosikan reformasi, slogan politik yang sinonim dengan PKR.

"Kini aku malu pada diri sendiri, aku malu untuk ucapkan kata-kata keramat itu lagi, separuh jiwaku telah mati, aku merasa tewas, ketika menang tanpa integriti seperti ini," luahnya.

Hassan sebelum ini adalah wakil rakyat PKR yang lantang dan konsisten tidak bersetuju kluster mahkamah dilantik dalam Kabinet kerajaan baharu.

Jumaat lalu, Anwar yang juga Pengerusi PH dilaporkan mengumumkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, walaupun Presiden UMNO itu berdepan 47 pertuduhan rasuah dan pecah amanah di mahkamah.

Ketika berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Anwar beberapa kali dilaporkan mengulangi pendirian bahawa kerajaan yang akan dibentuknya sekiranya PH berjaya dalam pilihan raya itu, tidak akan sesekali memasukkan ahli politik yang terpalit kes mahkamah.

PUISI KU SIMPAN RISALAH REFORMASI DI DALAM PETI

Semalam aku masih terdengar-dengar
Kau berkata
Kita tidak akan menggadai prinsip demi kuasa
Maka, aku pun percaya
Lalu aku kumandangkan suara keyakinanku
Ke setiap penjuru tanahair tercinta ini
Ke bukit ke gunung, ke lembah, ke lurah
Ke tanah datar aku berbicara
Bahawa hidup ini hanya sekali
Maka marilah kita rakyat marhaen,
warga bawahan rakyat jelata,

Demi keadilan kita bersama,
aku seru
Kita bawa perubahan hakiki
yang kita panggil reformasi
Tetapi hari ini aku dikejutkan
Dengan istilah-istilah asing sama sekali
Aku mendengar orang berkata
tentang Machiavellian dan real politik
Lalu tersentaklah aku dari mimpi ngeri

Justeru, aku merayu kepada sahabatku,
Berkata luruslah di luar dan di dalam hati
Apakah benar?
Yang lurus itu dakwah,
Politik ini bengkang bengkok rupanya?
Naif sungguh aku ini
Lurus bendul selama ini

Setelah terbangun dari mimpi
Aku ambil peti kayu di tepi katil tidurku
Lalu aku lipat dan kusimpan
Segala risalah dan teks ucapanku
Yang menyeru reformasi, reformasi,
Hampir suku abad, selama ini
Kini aku malu pada diri sendiri
Aku malu untuk ucapkan kata-kata keramat itu lagi
Separuh jiwaku telah mati
Aku merasa tewas
Ketika menang tanpa integriti seperti ini

HASSAN ABDUL KARIM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasi up sket thread nih, coz selama 24 tahun, batak2 panatik reformasi claim terpaling berintergriti
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Solokkk replied at 6-12-2022 09:09 PM
Kasi up sket thread nih, coz selama 24 tahun, batak2 panatik reformasi claim terpaling berintergriti ...

Jeles ler iteww tak dapat jadi kerajaan kerana bengap bodoh sendiri pilih utk tidak kerjasama, engkar saranan agong....last last usaha curi penyamun2 utk kata I have numbers..

Wakahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
just accept the fact yg PH mmg parti takdak integriti, mmg waktu pru suma penipu besar. cakap x srupa bikin. yg dap sebok buat bersih 3.0 4.0 la sama ja bila dpt kuasa xdak plak nk buat bersih dah? dgn zahid nya, dgn lim guan eng dgn syed sadiq dgn PM pegang menteri kewangan? masa najib dulu bukan main bising?? please la. tak payah la nk ckp anwar tu bersih bebenor, PH tu berintegriti menda dah terang2 sblm pru anwar duk berpakat dgn zahid pun x nak terima.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 6-12-2022 09:13 PM
Jeles ler iteww tak dapat jadi kerajaan kerana bengap bodoh sendiri pilih utk tidak kerjasama, eng ...

Dia dah warm up nak meroyan sebelum koyak, kata anak jiran 3 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada juga rupanya macai PH yg agak berakal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Solokkk replied at 6-12-2022 09:24 PM
Dia dah warm up nak meroyan sebelum koyak, kata anak jiran 3 tahun

Boo toe ler sejibik bengap keturunan macam ko.... suruh join up to form kerajaan gabungan
sombong...engkar saranan agong pastuh merengek meroyanis giler babeng....memang dasar sembab

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 6-12-2022 10:15 PM
stingergrumpy replied at 6-12-2022 09:32 PM
Boo toe ler sejibik bengap keturunan macam ko.... suruh join up to form kerajaan gabungan
sombon ...


Mlm2 nih, macam biasa, bolayan jer, species macam nih buang masa jer, kata anak jiran 3 tahun gelak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 09:50 PM | Show all posts
pi mai pi mai tang tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
biarlah dia nak meluah, aku pon kecewa sebenarnya ph sanggup biar wak jahit bermaharajalela, patut putuskan je gabungan kalau bn tetap nak ikut hierarki dlm jawatan menteri cuma bila terbayang combo lagi dahsyat wak jahit + abahcow + ayoh chik, at least sekoq je yg kena telan walaupon pahittt. semoga ada kes yg sangkut bersalah la, aku langsung tak caye wak jahit to innocent, tgk perangai park anak menantu sana sini pon nyampahhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 6-12-2022 11:08 PM
ladybugz replied at 6-12-2022 09:23 PM
just accept the fact yg PH mmg parti takdak integriti, mmg waktu pru suma penipu besar. cakap x srup ...


Setuju. Dan batak2 panatik teformasi lebih baik diam dan redha jer setelah dikencing Pak Non daripada gigih type berjela2 nak justifikasi . Adalah lebih baik batak2 panatik reformasi beri komen2 /cadangan2 yg positif/membina kepada gomen PH untuk kebaikkan marhein dan kembalikan kepercayaan dari marhein.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Org sastera, pasti la pandai berkata2, sampai terkesima batak2 panatik reformasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.061830 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list